Bagi wanita berhijab, penggayaan tudung amat penting untuk digayakan di hari raya. Maklumlah, hari raya disambut setahun sekali dan pastinya setiap wanita ingin tampil cantik dan menawan. Terdapat banyak pilihan tudung diluar sana yang boleh dijadikan pilihan. Namun ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan agar penampilan di hari lebaran terlihat sempurna. Jom Nona kongsikan beberapa tip penting untuk pemilihan tudung di pagi Syawal.

IKLAN

 

JENIS FABRIK

Pilih jenis fabrik tudung yang selesa dan saiz yang sesuai dengan bentuk muka anda. Pelbagai jenis kain yang sesuai untuk dijadikan tudung seperti kain bawal, sutera, viscose dan sifon. Contohnya, tudung jenis bawal sesuai dipakai oleh kebanyakan individu. Namun anda perlu menggosok tudung bawal terlebih dahulu sebelum memakainya. Elakkan memakai tudung dari fabrik jenis jarang yang boleh menampakkan leher anda.

Tudung Banyak Tapi Tak Tahu Nak Pakai Mana Satu, Ikuti 3 Tip Pilih Tudung Ni!

 

CORAK TUDUNG

IKLAN

Pilih corak atau motif tudung yang samar-samar dan susunan corak yang tidak tertumpu di sekeliling wajah anda. Jika anda memilih tudung mempunyai border atau kaki, pastikan border tersebut tertumpu di bahagian hujung tudung dan bahagian kepala bebas dari sebarang corak. Pilih corak tudung yang sopan dan sesuai dengan imej seorang muslimah. Elakkan memakai tudung bercorak unsur binatang seperti corak harimau atau bercorak abstrak buah catur.

Tudung Banyak Tapi Tak Tahu Nak Pakai Mana Satu, Ikuti 3 Tip Pilih Tudung Ni!

IKLAN

 

PADANAN TUDUNG

Elakkan memadankan tudung bercorak bunga dengan baju yang juga bercorak bunga. Ini akan membuatkan penampilan anda kelihatan terlalu sarat dan berserabut. Padanan yang sesuai adalah dengan memilih rona tudung yang lebih lembut berbanding rona baju. Elakkan memilih tudung yang mempunyai rona sedondon dengan corak baju kerana ia kelihatan tidak menarik. Pastikan anak tudung yang dipakai terlindung di sebalik anda untuk imej yang lebih kemas.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI