Terpegun tengok penampilan Datin Alyah baru-baru ini. Mana tidaknya, nampak makin berseri-seri dan sihat. Tambahan pula dia baru saja memenangi anugerah di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23. Alhamdulillah, rezeki berganda!
IKLAN
Sering berkongsi perkembangan seni dan aktiviti terkini bersama followers, isteri Dato’ Ramli MS tersebut menerusi media sosial miliknya cukup terbuka mendedahkan ‘rahsia’ di sebalik penampilan hari ini. Memang tak dinafikan, penampilan Datin Alyah jauh berbeza daripada beberapa tahun lepas.
Bagi empunya diri, pastinya perubahan ini umpama memberi ‘nafas baharu’ kepada Datin Alyah.
“Ramai yang tanya macam mana boleh kurus? Orang tahu Alyah pernah besar dulu 68kg dan ada macam-macam penyakit yang paling teruk gastic sampai muntah-muntah.
Kalau siapa yang follow Alyah dari dulu pasti ada baca Alyah masuk hospital sebab gastic teruk. Dan bila badan makin naik, makin naik nak diet memang susah sebab gastic yang Alyah alami.
Sampai ada yang kata Alyah pregnant ke? Kalau betul takpa, alhamdulillah.
Masalahnya belum ada rezeki lagi. Terus bersangka baik pada Allah SWT.”
Dedahnya lagi, “Cerita pasal kerja pula ya. Ada waktu Alyah tolak nak pergi show sebab tak boleh nyanyi dengan baik. Kejap-kejap semput, kejap-kejap lelah.
IKLAN
Dan bila orang sibuk menegur saiz badan kita, Alyah mula rasa down ya. Down sangat. Sebab kita tak pernah sebesar ini sebelum ini.”
Tanpa berselindung, penyanyi bersuara lunak ini memberitahu dia nekad membuat perubahan terhadap dirinya selepas berjumpa pakar bedah gasteroenterologist yang dikenali sebagai Dr Mustafa Mohammed Taher.
“Dari situ sedikit demi sedikit semua berubah dan kembali seperti saya 12 tahun lepas. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT bukan size yang Alyah nak tekankan tapi sihat yang selalu diminta.
Mohon doakan kesihatan Alyah ok dan Alyah selalu doakan untuk korang juga.”
“Alyah pernah buat bariatric operation 5 bulan lepas. Dan tiada rahsia untuk Alyah sembunyikan. Mengenang kembali macam mana Alyah pernah ulang alik pergi klinik dan hospital.
Allah SWT bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja dan beriadah. Sebesar-besar syukur saya panjatkan pada ilahi.”
Anak kepada bekas perdana menteri Malaysia yang ke-8, Najwa Mahiaddin yang melebarkan sayap sebagai penyanyi, mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai hasrat mengikuti jejak langkah bapanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menceburi arena politik negara.
Menurut Najwa, dia akan tetap memberikan sepenuh tumpuanya terhadap kerjaya seni yang dimiliki dan belum bersedia untuk menceburi bidang lain.
Tak Reti Nak Berpolitik! Najwa Punyai ‘Jiwa’ Anak Seni
“Saya tak reti nak berpolitik. Secara peribadi, jiwa saya memang lebih tertumpu kepada bidang seni,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Got To Go’ ini turut menjelaskan, meskipun lahir dalam keluarga ahli politik, namun, Najwa tidak pernah rasa tertekan untuk melakukan perkara yang disukainya.
“Saya tak rasa sebegitu kerana keluarga saya memang sangat faham yang saya memang tidak mempunyai minat ke arah politik. Mereka memang menyokong kerjaya seni saya sejak awal lagi.
“Mereka tahu saya sukakan bidang seni. Bila saya masuk ke universiti pun saya belajar mengenai muzik.
“Jadi, saya tidak pernah rasa tertekan dan keluarga pun tak pernah memaksa saya untuk menceburi sesuatu bidang itu kerana mereka tahu saya sudah ada pilihan sendiri,” ujarnya lagi.
Najwa berkata demikian ketika ditemui pada di majlis tayangan perdana filem Rahsia yang berlangsung di GSC Cinema, Mid Valley, Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu.
Masih Mencari Keseimbangan Anatara Keluarga Dan Kerjaya
Menjawab kepada karier seni yang dilihat agak perlahan berbanding rakan artis lain, Najwa memaklumkan bahawa status ibu sedikit sebanyak membataskan dirinya bergiat aktif dalam bidang seni
“Buat masa sekarang, saya masih lagi mencari keseimbangan diantara kerja dan keluarga. Kalau saya terpaksa keluar bekerja, ibu saya yang akan menjaga anak saya kerana saya tiada pembantu dan segalanya saya buat sendiri.
“Adik-beradik lain pun ada membantu juga. Jadi sementara anak masih kecil ini, saya mahu gunakan kesempatan itu untuk lebih dekat dengan anak saya. Sekarang pun dia sudah faham bila saya harus keluar bekerja,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Najwa turut berharap agar single terbaharunya yang berjudul Alunan Lara yang menjadi lagu runut bunyi bagi filem Rahsia dapat membuka peluang-peluang baharu untuk mengatur semula kerjaya seninya.
“Ketika fasa pandemik, saya pula mengandung. Memang waktu rehat itu agak lama. Namun, saya tetap mempunyai kerja seni di belakang tabir yang tidak memerlukan saya untuk ke hadapan.
“Mungkin baru sekarang pihak media dan peminat dapat melihat saya kembali. Saya juga banyak melakukan kerja-kerja di studio yang bakal keluar tidak lama lagi
“Disebabkan fokus untuk membersar anak, saya kini masih merancang untuk menghasilkan lagu baru. Jadi, saya harap lagu Alunan Lara yang menjadi OST untuk filem Rahsia dapat membuka peluang-peluang baharu untuk saya,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Tiada ruangan di rumah yang mengekspresikan diri mutlak anda melainkan melihat akan ruang tamu anda. Maka, persembahkanlah diri anda dengan menitikberatkan pengaturan dekorasi dan tata rias interior untuk memperindah ruang tamu di samping menciptakan aliran tenaga yang positif bagi anda sekeluarga yang condong bersantai di samping para tetamu yang diundang Syawal ini.
SOFA
1. Pastikan titik paling pusat di ruang tamu, tidak lain tidak bukan adalah pemilihan sofa yang menepati gaya elegan untuk membangkitkan aura ruang tamu anda. Pilihlah sofa kulit hitam untuk gaya klasik moden. Selain musah di suai padan, ia memberikan sentuhan elegan selain sesuai untuk semua ruang tamu.
2. Pilihlah sofa bersifat moden yang menggabungkan bentuk dan fungsi praktikal lantas menjadi hiasan penambah baik pada ruang tamu. Pilihan fabrik bercorak klasik dikatakan paling sesuai jika mahu mewujudkan ruang bergaya eksklusif. Manakala, reka bentuk corak berjalur, geometri dan bintik adalah pilihan yang sesuai bagi mereka yang mahu menghasilkan suasana ringkas atau berkonsep kontemporari.
3. Lahirkan suasana lapang menerusi susun atur santai ruang duduk. Tempatkan beg kacang atau bean bag di sekitar sofa mengikut kesesuaian gaya dalaman.
LANGSIR
1. Seelok-eloknya jika pilihan langsir bersesuaian perabot dan hiasan interior, meskipun tidak sedondon namun paling tidak menciptakan keseimbangan yang menawan.
2. Untuk tampak elegan, rekaan kain langsir yang menarik iaitu keratan kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya merupai tali leher yang menonjolkan gaya klasik. Stail ini juga boleh digayakan dengan hiasan berkedut di atas dan dinaikkan seri dengan penggunaan renda.
3. Bagi yang inginkan unsur mewah, gunakan potongan scallop kain jenis satin untuk gaya Klasik.
4. Kebiasaannya, fabrik 100 peratus kapas atau campuran kapas dan polyster ataupun kain renda atau satin yang berbidang besar adalah pilihan afdal kerana ia senang dijahit, selain mudah dijaga dan juga terbukti tahan lama.
5. Pilihan kemasan fabrik langsir nipis rona krim pula membuatkan suasana ruang tamu itu lebih mesra dan harmoni sepanjang masa.
PERMAIDANI
1. Pemilihan sesebuah permaidani yang berunsur mewah dapat memperelok sesuatu ruang tamu. Kehadiran sebuah karpet juga akan menghilangkan kesan ruang tamu yang terkatung-katung di lantai selain mewujudkan bahang meriah di ruang tamu anda lebaran ini. Pilih antara permaidani sutera buatan tangan untuk memberikan kesan ekslusif
2. Pilih karpet yang bermotif sekiranya anda mempunyai sofa yang polos atau sebaliknya untuk tidak menimbulkan suasana kontra dan kacau.
3. Warna juga memainkan peranan yang penting. Warna sedondon, cocok untuk nuansa ruangan yang tenang. Ataupun, bagi yang gemarkan nuansa yang lebih ceria, pilihlah permaidani corak geometrik berlatarkan warna garang dan terang.
MEJA KOPI
1. Sebuah meja kopi cenderung memiliki permukaan yang kukuh dan apa jua aksesori dapat di susun atur mengikut cita rasa anda. Akan tetapi, jangan meletak terlalu banyak perhiasan pada meja kopi hingga menyebabkan hilang fungsinya. Gunakan bahagian tengah meja untuk mempamerkan hiasan dan pastikan bahagian setiap sisi dibiarkan kosong.
2. Kerusi, dengan garis melengkung dan kontur indah juga dapat menambahkan sedikit kesan kelembutan pada ruangan lantas memperindah ruang tamu untuk tampak anggun.
3. Meja kopi dan meja sisi boleh dijadikan ruang penyimpanan tertutup kerana meja kopi berbentuk kotak berukir dari bahan kayu boleh diisi dengan majalah dan lain-lain untuk mengelakkan dari kelihatan tidak terurus.
KABINET
1. Kabinet hiasan di penjuru selain mempertontonkan koleksi pinggan mangkuk peribadi, ia juga turut membantu menjimatkan ruang. Pilihlah kabinet hiasan berasaskan kayu jati yang kaya dengan seni ukiran yang unik. Apatah lagi elemen hiasan jati termasuk kabinet mempunyai keunikan dalam menampilkan gaya eksklusif serta tidak lapuk ditelan zaman.
2. Untuk membangkitan suasana mewah, perabot antik berwarna coklat gelap antara ciri menepati gaya ini, walaupun mahal tetapi bagi yang idamkan ciri-ciri purba elegan pasti menyukainya.
3. Himpunan warna garang dan perabot rekaan moden lagi terkini menjadi kayu ukur gaya anggun ini. Sisipkan perabot klasik bagi menambahkan daya tarikan.
LAMPU
1. Mereka yang menjadikan lampu hiasan candeliar sebagai titik tumpu ruang, pastikan tiada sebarang lampu tambahan ditempatkan berdekatan. Ini kerana lampu ini berpotensi menenggelamkan keindahan candeliar itu. Tren kini, lampu candeliar kristal menjadi kegilaan.
2. Lampu dengan pencahayaan boleh laras membantu menyenangkan hidup. Ia membenarkan anda mengawal jumlah cahaya mengikut keperluan pada sebarang masa dan tempat.
3. Pilihlah lampu pendarfluor kerana lebih baik berbanding bercahaya terang kerana mampu menjimatkan sehingga 70 peratus kos elektrik. Tidak dinafikan harganya lebih mahal, namun jangka hayatnya 10 kali lebih panjang daripada lampu bermentol putih.
AKSESORI
1. Buang perhiasan tidak perlu dengan meninggalkan satu dua yang dikira penting meliputi majalah di atas meja, bekas bunga, kusyen hiasan dan sebagainya.
2. Cermin hiasan berupaya mewujudkan kesan luas secara ilusi. Gantung di tempat strategik terutama dinding bertentangan jendela bagi mendapatkan pantulan panorama luar, di dinding menghadap pintu dan di ruang yang memuatkan himpunan karya seni. Bagi yang ingin memperlihatkan ruang tampak luas dan ekslusif, gunakan cermin hiasan jati.
3. Bagi yang kreatif dan suka berfanatasi, letakkan dekorasi kertas dinding yang bercorak dan warna yang sesuai dengan selera anda. Padankan dengan perabot anda. Untuk tampak ruang tamu tampak anggun, pilih motif bunga-bungaan ataupun warna yang bernuansa keemasan; untuk tampil mewah di mata pengunjung.
WARNA HANGAT CAT DINDING
1. Syawal ini, tampilkan dinding ruang tamu anda, dengan kelompok warna hangat untuk mewujudkan suasana lebih ramah, dan ceria. Beranikan diri untuk mengecat dengan warna merah hangat.
2. Padu padankan warna coklat dengan permaidani dan perabot sedondon pada ruang tamu untuk tampil hebat. Ada kalanya penggunaan warna dinding coklat pada sebuah daun pintu rumah dan jendela juga akan mempercantik tempat tinggal anda.
Media sosial kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup. Boleh dikatakan setiap perkara banyak mengalami perubahan dengan adanya media sosial.
Ibarat tidak boleh hidup tanpa media sosial. Berpada-padalah kerana ia boleh memberi kesan buruk khususnya kepada kesihatan mental.
Baik dan buruknya pengaruh media sosial bergantung kepada cara kita menggunakannya. Jadilah pengguna media sosial yang bijak. Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan media sosial tidak lagi sihat buat anda.
(a) KETAGIHAN
Ia sangat mudah dilihat apabila seseorang itu seringkali mahu menekan butang log in sedangkan baru saja beberapa minit menekan butang log out.
Ketagihan lain termasuklah sentiasa memantau timeline 24 jam, sentiasa berfikir semua orang perlu tahu apa yang dilakukan melalui status, foto mahupun video serta sentiasa menambah kenalan baru.
(b) GEMAR MENYENDIRI
Terlalu banyak waktu menggunakan media sosial lebih cenderung untuk anda menyendiri. Aktif di media sosial hanya menjadikan anda lebih banyak berinteraksi dengan kenalan di alam maya saja berbanding di alam realiti. Ini membuktikan media sosial tidak lagi sihat buat anda.
(c) PEKERJAAN TERABAI
Ada kalanya media sosial berada pada tahap prioriti berbanding pekerjaan. Jika anda seringkali bertangguh mahupun mengabaikan pekerjaan utama dengan alasan media sosial maka waspadalah. Kerana ia boleh menghancurkan masa depan anda tanpa disedari.
(d) BOROS
Jika bajet untuk mengisi kuota internet setiap bulan lebih besar berbanding perbelanjaan lain yang lebih penting bermakna media sosial sudah ‘mengganggu’ kewangan anda.
Itu belum lagi ketagihan berbelanja secara online. Bukan hanya mental yang sakit bahkan dompet juga sakit.
(e) KESIHATAN TERABAI
Ada yang sampai ke tahap lupa waktu untuk makan dan beristirahat. Bahkan, sanggup melupakan rasa penat semata-mata untuk bermedia sosial.
Tanpa sedar kesihatan mata juga akan terjejas dek kerana terlalu lama menghadap skrin. Kesimpulannya, tahap kesihatan boleh terjejas hanya kerana terlalu leka dengan media sosial. Amy Mohd