Pesona dimiliki Noryn Aziz seringkali mencuri perhatian peminat. Wanita ini sentiasa berada dalam kelas tersendiri biarpun ramai yang sukar menerima rentak lagu yang dibawakan. Bagi Noryn, setiap hari adalah pelajaran baru baginya dan sedaya boleh, dia ingin mencari lagu yang boleh menembusi hati semua pendengar.

IKLAN

UJIAN HORMON Penting Untuk Lihat KESESUAIAN Menjaga KESIHATAN – Noryn Aziz

“Sewaktu memasuki Gegar Vaganza, banyak kali saya rasa tak mampu bertahan. Mungkin dalam minggu ketiga atau keempat, saya akan tersingkir. Tetapi, minggu demi minggu semakin banyak saya pelajari dan semakin tinggi semangat untuk terus menyanyi kerana sokongan peminat yang begitu kuat kepada saya. Lantaran itu, saya masih mencari lagu-lagu yang lebih fokus kepada penerimaan secara mass dan mudah diterima, berbanding gaya lebih urban sebelum ini,” katanya.

Tidak hanya bersandarkan rezeki dalam dunia nyanyian, Noryn kini mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan. Koleksi tudung di bawah jenama By_Noryn yang baru dilancarkan pada Februari lalu mendapat sambutan cukup menggalakkan.

https://www.instagram.com/p/BvVnLi-Ba87/?utm_source=ig_web_copy_link

“Alhamdulillah sambutan sangat bagus. Kalau saya tahu penerimaannya baik, mungkin saya akan mulakan lebih awal dulu tetapi kerana bimbang terlalu banyak pilihan tudung di pasaran, saya jadi tak berani. Rezeki Allah luas, itu sahaja yang kuatkan saya untuk meneruskan niat berniaga.

Perniagaan ini pun saya bina untuk diri saya dan masa depan Umar. Pada masa sama, saya ingin membantu orang-orang sekeliling saya dari segi kewangan kerana cabaran hidup sekarang ini sangat sukar. Koleksi By_Noryn mengetengahkan instant shawl dan hoodie yang mudah dibentuk dan susah berkedut. Paling penting, penampilan nampak stylish dan affordable,” katanya.

Malah Noryn sendiri berharap agar setiap wanita berusaha untuk menjana pendapatan sendiri untuk membantu ekonomi keluarga dan masyarakat. “For me, every woman is a superwoman, kerana wanita itu berdaya dan bijak dalam menguruskan keluarga.”

https://www.instagram.com/p/BwHNTT_FK_C/?utm_source=ig_web_copy_link

IKLAN

Uji hormon

Tidak terkecuali dalam soal kecantikan dan kesihatan, Noryn juga percaya kedua-dua elemen ini bergerak seiring. Semakin usia meningkat, semakin banyak perkara perlu diteliti. “Anak saya Umar adalah fokus utama. Setiap aktiviti dilakukan bersama seperti bersenam, membeli-belah dan sebagainya. Selain itu, kini saya lebih mengutamakan kesihatan. Saya mempunyai seorang doktor untuk monitor kesihatan melalui ujian hormon.

It feels good kerana kita tak mampu untuk menduga dan melihat kesihatan dalaman. Suplemen yang diambil pula adalah untuk kesihatan hasil dari ujian darah hormon yang dilakukan.

IKLAN

Suka untuk saya berkongsi dan berpesan kepada para wanita terutamanya untuk membuat pemeriksaan hormon. Kita perlu tahu apa keperluan tubuh dan tidak perlu mengikut rejimen yang kadangkala tidak sesuai untuk tubuh kita. Hampir tiga tahun saya tumpukan kepada pemeriksaan hormon, and its worth it. Alhamdulillah saya lebih sihat mental dan fizikal,” katanya.

https://www.instagram.com/p/BudiWJUDG7e/?utm_source=ig_web_copy_link

6 April lalu, Noryn baru saja selesai dengan konsert Soul Sisters Bersama dua lagi penyanyai hebat, Misha Omar dan Siti Sarah. “Bukan mudah bergabung di atas satu pentas tetapi masing-masing mempunyai ilmu dan pengalaman yang banyak dalam bidang nyanyian. Memang dalam wishlist saya untuk membuat persembahan bersama dan menjadi impian setiap artis untuk berada atas pentas konsert. Music is my passion.

“Saya hargai setiap saat saya di pentas nyanyian. Jika dulu saya lebih kepada nyanyian teknikal kerana saya suka mencabar diri tetapi akhirnya saya sedar, sesebuah nyanyian itu perlu menyentuh hati pendengar,” akhiri juara Gegar Vaganza 5 ini. Noryn juga pernah menerima anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik dan menjadi pemenang tempat ketiga di World Champion of Performing Arts di Los Angeles pada 2009 serta mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas 2010.

Kredit foto: NONA EDISI APRIL 2019 dan Instagram Noryn Aziz

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI