MasyaAllah, ramai yang memuji penampilan sopan dan menutup aurat Bunga Citra Lestari yang mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini. Sejuk mata memandang gaya Muslimah penyanyi popular Indonesia tersebut sepanjang berada di Tanah Suci.
Tak dinafikan, Bunga kelihatan lebih ayu dan mempersona dalam persalinan seumpama itu.
Rata-rata peminat setia Bunga Citra Lestari di Indonesia mahupun Malaysia memberi reaksi teruja dan gembira apabila pelantun lagu Cinta Sejati ini berkongsi momen bahagianya di Mekah bersama keluarga.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar figura berusia 40 tahun ini kekal istiqamah dan berubah menjadi insan lebih baik.
Sehingga kini, perkongsian berkenaan meraih hampir sejuta ‘likes’!
Anggun dalam persalinan putih bersih, dedah Bunga, “Alhamdulillah. Umrah di malam terakhir di tahun 2023. Thank you 2023, it’s been amazing. Happy New Year.”
Pemergian Bunga ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah ditemani suami tercinta, Tiko Aryawardhana. Turut kelihatan di samping mereka ialah anak lelaki dan ibu Bunga iaitu Noah Sinclair dan Emmy Syarif.
Terpancar wajah bahagia dan ceria Bunga dan keluarga tersayang sepanjang berada di sana. Apatah lagi dengan penampilan Bunga Citra Lestari yang meraih tumpuan.
Ads
Pastinya ibu seorang cahaya mata ini mahu menyambut permulaan tahun baharu 2024 dengan sebaik mungkin dan berusaha menjadi insan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Bunga Citra Lestari kembali bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana pada 2 Disember lalu. Terdahulu, dia mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 namun meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 13 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila negara sudah beralih ke fasa endemik, kebanyakan pejabat sudah memulakan pengoperasian penuh di pejabat manakala hanya sebilangan kecil masih mengguna pakai konsep bekerja dari rumah.
Apabila sudah selesa bekerja dari rumah, mungkin agak ‘liat’ dan ‘janggal’ apabila terpaksa bekerja dari pejabat bukan?
Buat anda yang bekerja di pejabat, meja kerja adalah zon peribadi kedua selepas rumah. Sudahkah meja kerja anda terasa seperti rumah kesayangan yang menenangkan? Jika belum, 8 trik ini boleh dimanfaatkan untuk mengembalikan mood bekerja pasca endemik ini. Selamat mencuba!
Koleksi Kesayangan
Barangan kesayangan atau salah satu koleksi terbaik mampu menghilangkan tekanan dek kerana bebanan kerja yang menimbun. Ambil masa untuk menatap koleksi kesayangan anda. Ia mampu meningkatkan semangat bekerja.
Foto Insan Tersayang
Perasaan sayang terhadap keluarga sentiasa menjadi sumber motivasi yang terbaik. Susun koleksi foto kenangan bersama keluarga seperti percutian di sudut meja kerja. Atau, anda boleh menampalnya sahaja di papan tanda.
Quotes
Paling bernilai ialah kata-kata yang diungkapkan oleh mereka yang berpengalaman seperti ibu bapa. Catatkan kata-kata tersebut dan tampal. Anda juga boleh menjadi lebih kreatif dengan menjadikannya sebagai wallpaper desktop komputer di meja kerja.
Post-It Notes
Selain berfungsi sebagai peringatan untuk tugas-tugas dan deadline, lembaran post-it juga boleh dikreatifkan dengan dekorasi yang mempunyai pelbagai variasi warna. Kumpulkan beberapa klasifikasi tugasan ke dalam warna-warna tertentu dan atur bersama-sama foto insan tersayang.
Papan Tulis
Dua jenis papan tulis yang sesuai digunakan di meja kerja ialah papan styrofoam dan papan putih. Papan styrofoam boleh dicantikkan dengan kertas dinding. Pilih warna post-it yang sepadan dan kontra dengan kertas dinding. Kertas dinding juga boleh digunakan untuk dekorasi penyekat antara meja kerja dengan kerja meja lain.
Tanaman Pasu Mini
Tanaman mampu memberikan impak yang segar pada minda. Meletakkan sebuah pasu mini berisi tanaman hijau tanpa bunga boleh memberi kesan umpama membawa ‘halaman rumah’ ke ruang kerja. Kajian menunjukkan ia mampu meningkatkan mood serta produktiviti kerja.
Kebersihan Dan Kekemasan
Letak berbagai-bagai item dekoratif secara teratur. Letakkan bakul sampah berhampiran meja kerja dan pastikan ia sentiasa berada dalam keadaan bersih. Atur ritma kerja mengikut keutamaan dan deadline. Letakkan barang-barang yang tidak digunakan ke dalam rak atau laci. Jadikan meja kerja sebersih dan sekemas yang mungkin.
Warna
Menurut kajian, warna terang dan lembut boleh menjadikan seseorang lebih tenang. Nuansa Scandinavian hitam putih juga boleh diterapkan. Letak aksen warna dengan memilih peralatan menulis berwarna cerah seperti kuning atau merah. Menambah tanaman atau bunga boleh juga dilakukan bagi memberikan nuansa warna pada meja kerja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun kajian menunjukkan ramai wanita yang berusia lebih dari 35 tahun boleh mengalami pelbagai komplikasi ketika hamil, namun masih ramai lagi wanita dalam usia ini yang berjaya melalui kehamilan tanpa apa-apa masalah pun. Langkah pertama yang mesti diambil ialah jangan mendengar nasihat-nasihat negatif dari mana-mana pihak walaupun ianya dari mulut keluarga sendiri. Langkah seterusnya ialah mendapatkan khidmat nasihat doktor perbidanan yang terdekat untuk memeriksa kehamilan. Seterusnya, doktor itu akan membantu sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi anda.
Risiko-risiko mengandung ketika berusia 40 tahun ke atas:
Risiko keguguran. Dijangka 25% kehamilan di usia 40-an berakhir dengan keguguran sebelum janin berumur 3 bulan, tetapi fenomena ini adalah satu fenomena yang berlaku secara rawak dan ianya di luar kawalan kita. Data ini juga menunjukkan, kebanyakan kehamilan akan lahir sebagai bayi iaitu, 25% gugur dan 75% selamat dilahirkan nanti (kehamilan di usia 20-an juga menanggung risiko keguguran pada tahap 12.5%).
Risiko Down Syndrome kepada janin. Memang ada kajian melaporkan bahawa 1 dalam 106 wanita yang hamil pada usia 40 tahun akan mendapat bayi yang mengalami masalah Down Syndrome. Namun, anda sendiri boleh melihat bahawa dari statistik di atas, 105 dari 106 wanita dalam kumpulan ini akan menimang cahaya mata yang TIDAK mengalami masalah Down Syndrome.
Risiko kencing manis dan darah tinggi ketika hamil dikatakan lebih kerap menyerang wanita berumur 40-an. Jika ini berlaku kepada anda, janganlah risau kerana doktor akan memantau masalah ini. Pesakit yang mengalami masalah ini dan bayi mereka selalunya akan selamat dan sihat, dengan syarat, mereka ini mengikut nasihat doktor dan mengambil ubat mengikut dos yang disyorkan.
Risiko kelahiran melalui pembedahan LSCS. Kajian menunjukkan bahawa lebih ramai wanita yang hamil di usia 40-an memerlukan pembedahan untuk melahirkan bayi mereka. Pada pendapat saya, jika pembedahan adalah cara terbaik untuk anda bila tiba masanya nanti, ikutlah nasihat doktor. Pembedahan secara elektif adalah prosedur yang selamat kepada ibu dan juga bayi yang ada di dalam kandungan.
Kehamilan adalah waktu untuk kita tersenyum gembira sambil mengucap syukur serta memanjatkan doa kepada Tuhan. Nikmatilah waktu kehamilan anda. Banyakkan berbincang dengan suami serta kawan-kawan yang bersikap positif.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda melalui Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA, pasti anda akan dapat melihat sebuah bangunan rona putih yang tersergam indah dengan gabungan senibina yang menawan. Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya apakah sebenarnya bangunan tersebut. Ia merupakan sebuah hotel dikenali sebagai Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA.
Mula beroperasi sejak Julai 2018 yang lalu, bangunan indah yang menggunakan latar rona putih sebagai elemen utama ini telah direka oleh Encik Amir Hamzah, dari HIJJAS Architects + Planners yang mengetengahkan gaya senibina yang berlatarkan keindahan senibina Malaysia yang kaya dengan seni dan budaya untuk sebuah hotel yang mengambil pendekatan Syariah.
Malah, HIJJAS Architects + Planners turut mencipta nama dalam bidang senibina dengan merekacipta bagunan-bangunan ikonik di ibu negara antaranya termasuklah Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya Masterplan, Menara Shell Tower di Kuala Lumpur dan ibu pejabat Telekom Malaysia. Tidak hairanlah mengapa ia begitu dikenali sehingga diberi tanggungjawab untuk mereka Malaysian Pavilion di 2015 World Expo yang dianjurkan di Italy.
Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA terletak hanya beberapa minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA 2. Ia juga amat mudah dihubungkan dengan Litar Antarabangsa Sepang dan pusat petadbiran negara di Putrajaya. Malah, bagunan yang tersergam indah ini turut diberi penghargaan sebagai The Best New Hotel Construction and Design” di Asia Pacific Property Awards edisi Malaysia. Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA menyediakan rekaan senibina bertaraf dunia dengan mengetengahkan rekaan senibina Islam dan konsep rekaan berdasarkan penambahan yang dilakukan di Masjidil Haram, Saudi Arabia.
Malah, bahagian luar Mövenpick Hotel & Convention Centre mengetengahkan konsep intricate patterns dengan pengaruh senibina gemoteri Islam dan ayat kufi, salah satu kaligrafi Islam yang terkemuka. Manakala bahagian dalaman pula terutamanya di bahagian bankuet ia mengaplikasikan teknik three-dimensional effect yang diinspirasi dari senibina Islam di Alhambra, Spain selain beberapa pengaruh senibina Turki dan Iran.
Lanskap hotel seluas 7.2 hektar juga mengetengahkan konsep kehijauan dengan kolam renang berkonsep reflective yang menenangkan. Ia mengambil kira konsep tropikal dan pencahayaan yang minimum untuk bahagian luaran dan dalaman hotel.
Selain itu, bagunan setinggi 9 tingkat ini mempunyai high open space dan lif berdinding kaca yang membolehkan pengunjung melihat keindahan secara keseluruhan. Malah pengunjung juga boleh mendapat akses mudah dari Pusat Konvensyen dari bangunan hotel yang banyak memudahkan pergerakan terutamanya ketika musim haji. Pusat Konvensyen ini boleh memuatkan sehingga 1,500 tetamu selain ia boleh dijadikan bilik seminar dan sebagainya. Terdapat 10 bilik seminar selain lounge untuk VIP dan lain-lain perkhidmatan tambahan.
Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA mempunyai 333 bilik termasuklahlah suite mewah yang dilengkapi dua bilik tidur selain lounge eksekutif dan enam restoran yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa. Selain itu, sebagai hotel yang mengetengahkan konsep mesra Syariah, ia mempunyai kemudahan riadah yang berasingan untuk pengunjung lelaki dan wanita termasuklah kolam renang, pusat senaman dan spa. Selain itu, ia turut mempunyai empat bilik mesyuarat yang selesa, dua bilik boardrooms, kolam renang untuk kanak-kanak, ruang permainan dan kemudahan gelanggang tennis.
Malah, ketika ketibaan musim haji, Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA digunakan sebagai lokasi untuk para jemaah haji berkumpul sebelum berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat Haji. Tidak hairanlah mengapa elemen Islam menjadi elemen utama yang diketengahkan selaras menjadikan hotel yang penuh keistimewaan ini begitu dekat di hati setiap muslim di Malaysia.
JAWAB SOALAN DI BAWAH UNTUK MEMENANGI BAUCER ISTIMEWA DARI MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE.CARANYA MUDAH, JAWAB SOALAN DI BAWAH DENGAN MENINGGALKAN JAWAPAN DI RUANGAN KOMEN.SERTAKAN HASHTAG #MAJALAHNONAXMOVENPICKKLIA.
1.BERAPAKAH BILIK YANG TERDAPAT DI MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE.
2.SIAPAKAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MEREKACIPTA MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE?
3.APAKAH KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PENGUNJUNG DI MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE?
4.DIMANAKAH TERLETAKNYA MOVENPICK HOTEL & CONVENTION CENTRE?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.