Umur di antara 35 ke 40 tahun ialah usia dimana kebanyakan kita mula diuji kehidupannya.
Ujian itu mungkin datang dari ibu bapa seperti jatuh sakit atau kematian, dari pasangan hidup seperti perceraian atau hubungan yang hambar, ataupun dari anak-anak yang meningkat remaja.
Ads
Sememangnya bermula usia ini, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepada-Nya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolongan-Nya.
Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berhemat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang yang kurang bijak tetap terlena dan langsung tak membuka hati terhadap panggilan Allah malah tetap hanyut dengan kemewahan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada urusan akhirat.
Umur 35 ke 40 tahun ini menjadi lebih menarik apabila Al-Quran di dalam surah Al-Ahqaaf Ayat 15 ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,
Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang di saat mengandungnya berserta dengan menyusuinya dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang telah sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata,
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).
Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta mewahnya, tanaman dusunnya, haiwan ternakannya, harta-hartanya, anak-anaknya dan cucu-cucunya.
Alangkah baik jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar kuliah agama, ibadah di masjid, kerjakan umrah dan haji.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayani nafsu yang marak menyala padahal kerut dan uban sudah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta di luar, sedangkan rumah tangga yang halal dibiar berantakan.
Ada yang merasa masih sihat, walaupun sahabat-sahabat dan saudara mara banyak yang sudah meninggal. Itu semua seakan bahan cerita, “Ehh, tak sangka…tiba-tiba je meninggal di usia muda.”
Ads
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih lalai dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih peka untuk menyahut panggilan pulang ke kampung abadi.
Sehingga tiba saat roh kita diseret kembali meringkuk di hadapan Tuhan.
Ads
Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah SAW pernah bersabda,
Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Kalau sekarang kita rasa 35 ke 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama? Bayangkan satu harinya… bersamaan ribuan tahun!
Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal kebaikan kita.
Oleh karena itu, lihatlah diri anda, sudahkah kita mempersiapkan bekalan yang sepatutnya?
Allah Taala berfirman,
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA. (Al-Hasyr:18)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasih sayang seorang isteri terhadap suami memang tiada sempadan. Tugas seorang isteri melayan suami tetap menjadi keutamaan walau setinggi mana sekalipun pangkat seorang isteri. Kan syurga isteri di bawah tapak kaki suami!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar telah ‘mencuri’ hati setiap wanita yang bergelar isteri baru-baru ini apabila menyediakan sarapan untuk suaminya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam keadaan sedang kuarantin.
Titah Raja Permaisuri Agong, “Siapa pun kita, jika sudah berkahwin tetap seorang isteri,” Tunku Azizah pakai topeng muka dan sarung tangan buat sarapan untuk YDP Agong.
“Setiap pagi, saya siapkan sarapan untuk Tuanku Agong. Nasib baik lah Tuanku memang santap hanya telur setengah masak untuk breakfast,”.
“Setiap hari juga caterer akan hantar nasi lemak atau mee goreng atau beehoon atau kuay teow. Beginilah setiap hari kami self quarantined dan distancing, saya akan pakai mask dan gloves untuk masak sendiri untuk Tuanku Agong.
No matter who you are, who you are married to, regardless of race, wealth, religion or creed, you are still a wife. It is our duty to serve our husband and family, and I rather quite enjoy it! Serve with love,” titah Raja Permaisuri Agong.
Alahai, tak sangka Datuk Lee Chong Wei romantik orangnya! Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan pada November ini, ada ucapan manis dititipkan jaguh badminton negara khas buat isteri tercinta Datin Wong Mew Choo. Istimewanya, selepas tujuh tahun bergelar suami isteri dan dikurniakan dua anak… inilah pertama kalinya Datuk Lee Chong Wei berkongsi sisi romantis secara terbuka kepada peminat.
Yang pasti insan paling bertuah tahun ini tentunya Datin Wong Mew Choo kerana selain menerima kata-kata indah daripada suami tersayang, beliau juga akhirnya dapat menikmati fasa bulan madu biarpun sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Tumpang bahagia!
Memetik ucapan Datuk Lee Chong Wei di Instagram, dapat digambarkan yang lagenda sukan berusia 36 tahun ini sedang meniti detik bahagia di samping keluarga. “There was
a time. A long time ago. She was there. Sometimes looking at me. Sometimes ignoring me. A naive me was too shy to ask for her phone number, too stupid to know a girl’s mind.
As dumb as I may be, one of my teammates is dumber. He told me to pluck rose petals to see if she liked me. I said I didn’t have the money. He said pluck shuttlecock feathers. I followed. Baru I tahu shuttlecock 16 feathers.
Lebih 16 tahun kemudian, dia kini adalah ibu kepada dua anak saya. Happy 7th wedding anniversary my wife. Saya lelaki paling bertuah di dunia apabila awak setuju untuk menjadi isteri saya. Maaf kerana tidak dapat bersama buat masa ini kerana komitmen kerja. Ramai yang menganggap saya bertuah kerana berjaya memenangi pelbagai kejuaraan. Hakikatnya, saya rasa lebih bertuah kerana berjaya memenangi hati awak.”
Sebagai mengotakan janji kepada Datin Wong Mew Choo untuk pergi honeymoon sebaik mengumumkan persaraan pada Jun lalu, Datuk Lee Chong Wei akhirnya memenuhi hajat berkenaan dengan membawa isteri tercinta ke Maldives, Santorini dan Rome, Itali. Meskipun dapat kembali menghangatkan kasih sayang sesama mereka… namun akui Datuk Chong Wei, dia dan isteri tidak mampu tinggalkan kedua-dua anak mereka terlalu lama kerana rindu.
Ujarnya, “Seindah macam mana dunia luar pun, tak seindah negara sendiri bersama anak-anak tersayang. Honeymoon kali ini memang mantap, tapi hati bini dan saya dah mula rindu kat Malaysia terutama kedua-dua anak dan nasi lemak.”
Datuk Lee Chong Wei yang dilahirkan pada 21 Oktober 1982 berkahwin dengan Datin Wong Mew Choo yang juga bekas pemain badminton negara pada tanggal 10 November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Kingston Lee dan Terence Lee masing-masing berusia enam dan empat tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkedu tengok rumah banglo mewah milik selebriti Bollywood, Shilpa Shetty Kundra. Tidak ubah seperti istana! Tidak hanya memiliki keluasan yang mengagumkan, siling rumah jelitawan ini juga direka hingga mencecah setinggi 14 kaki bertujuan mencipta gambaran luas dan besar bak mahligai.
Paling menarik, rumah agam ini mempunyai pemandangan laut dan terletak di pesisir pantai Juhu di Mumbai, India! Bayangkan, tiap hari dapat menghirup udara segar dan menikmati tiupan angin laut yang nyaman.
Dalam kalangan peminat Bollywood, kekayaan yang dimiliki Shilpa Shetty bukan lagi perkara asing. Suami tersayang iaitu Raj Kundra merupakan usahawan kelahiran British yang menjalankan pelbagai pelaburan termasuk kelab kriket dan seni bela diri. Raj mengahwini Shilpa pada tahun 2009 dan sepanjang 12 tahun melayari rumah tangga, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Viann Raj Kundra yang kini berusia 9 tahun.
Teringin untuk mempunyai anak lagi, pasangan romantis ini menerima kehadiran bayi perempuan Samisha Raj Kundra pada 15 Februari 2020 menerusi kehamilan ibu tumpang. Ini kerana Shilpa berdepan masalah untuk hamil dan pernah beberapa kali mengalami keguguran.
Kisah rumah agam Shilpa Shetty dan suami mula menjadi bualan apabila aktres ini kerap memuatnaik video dan aktivitinya bersenam di rumah. Melalui perkongsian tersebut, ramai
yang menyedari kemewahan rumah figura ini.
Menghadap Laut Arab, segala hiasan dan dekorasi kediaman menggabungkan elemen glamor dan moden kontemporari mewah ilham Shilpa sendiri. Malah mereka turut menggelarkan kediaman ini sebagai Kinara.
Saat melangkah masuk Kinara, rona-rona semula jadi seperti coklat, krim dan hitam melatari segenap sudut kediaman. Tidak ketinggalan, seni bina India yang dipadankan bersama pemilihan perabot moden menjadi titik tumpuan di dalam rumah. Antara ruang yang ada di dalam banglo mewah ini termasuklah gimnasium yang lengkap dengan peralatan senaman terkini, sudut bar, ruang makan, kuil dan landskap taman yang cantik serta luas.
Melihat cita rasa Shilpa, wanita berusia 45 tahun ini jelas membuktikan minatnya yang cukup menggemari hiasan seperti arca dan struktur. Misalnya, di ruang tamu rumah terdapat arca seekor kuda. Sementara di taman, tempat kebiasaannya dia bersenam dan melakukan yoga pula mempunyai struktur patung Buddha.
Mengintai kehidupan mewah pasangan ini, Raj Kundra dilaporkan memiliki 4 buah rumah agam lagi di London, Dubai dan India. Pada tahun 2010 ketika sambutan ulang tahun perkahwinan pertama, Shilpa menerima hadiah sebuah apartment di bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa namun ia kemudiannya dijual pada tahun 2015.
Pada hari lahir Shilpa yang ke-35 pula, suami tercinta sekali lagi menghadiahkan rumah kepadanya dan kali ini ia merupakan sebuat unit penthouse di London. Selain mempunyai aset hartanah, mereka juga memiliki koleksi kereta mewah antaranya Mercedes Benz, Audi, Ferrari dan Lamborghini.
Kredit foto: Instagram Shilpa Shetty
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sentiasa berpijak di bumi nyata, Muabellaz atau nama penuhnya Nur Nabilah Zulyadaini tak lupa asal-usul dirinya sebagai anak seorang nelayan dan pernah hidup susah.