Ingat lagi dengan telenovela, Yo Soy Betty, La Fea (I am Betty, the ugly) yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia sekitar tahun 90an?
Kisah kehidupan seorang gadis naif dan lurus bernama Betty yang rajin bekerja namun disebabkan wajahnya yang tidak cantik dia sering dipandang rendah.
Paling tak dapat dilupakan juga penampilannya yang ‘skema’ berkaca mata tebal, memakai pendakap gigi (braces), gaya rambut yang lucu (bangs hair) dan sering memakai pakaian besar.
Ads
Memang mencuit hati kalau diimbau kembali karakter serta jalan cerita telenovela ini. Namun akhirnya dia berubah menjadi seorang gadis yang sangat cantik.
Watak ini berjaya dihidupkan oleh pelakon jelita kelahiran Colombia, Ana Maria Orozco. Diam tak diam Ana kini sudah pun berusia 49 tahun tetapi apabila melihat raut wajah terkininya itu tidak menunjukkan usia yang sebenar, awet muda sungguh.
Ads
Ibu anak 2 ini makin cantik dan hot! Penampilannya kian menawan mengalahkan orang muda. Sering tampil dengan gaya rambut yang panjang mengurai menambahkan kesan cantik pada dirinya.
Ads
Berikut wajah terkini Ana Maria Orozco di usia yang hampir mencecah 50 tahun.
Kalau tengok susuk tubuh ramping dan rupa parasnya pasti ada yang beranggapan umur penyampai radio ini berada dalam lingkungan lewat 20an. Hakikatnya, Aishah Jennifer Mohamed Sinclair sudah pun berusia 43 tahun. Memang awet muda dan cantik orangnya!
Bergelar ibu kepada dua orang anak, Aishah Sinclair merupakan anak kepada pasangan Mohamad Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman.
Bapanya berketurunan Inggeris sementara ibu Aishah pula keturunan Melayu. Jadi, tidak hairanlah bintang Gol & Gincu ini kekal cantik. Mewarisi gen cantik kedua-dua ibu bapa.
Malah adik-beradik lelaki Aishah juga iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair dan adiknya, Adam Sinclair yang merupakan suami penyanyi Yuna turut memiliki rupa paras kacak.
Difahamkan Aishah gemar menjalani gaya hidup aktif dengan menyertai pelbagai program larian dan marathon. Hobi itu dikatakan mula terbit sejak dia menemani bapa tersayang suatu ketika dulu.
Sehingga ke hari ini Aishah telah menyertai lima marathon di peringkat luar negara dan tiga daripadanya di Jepun. Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah menyertai ekspedisi mendaki Everest Base Camp kira-kira empat tahun lalu.
Mendirikan rumah tangga bersama Sheikh Abdul Shahnaz pada tahun 2006, perkahwinan Aishah dan suami lebih bermakna dengan kehadiran dua puteri comel mereka iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth. Januari lepas merupakan ulang tahun perkahwinan ke-17 Aishah dan suami tercinta!
Yang pasti, jelitawan ini seorang yang sangat mementingkan ikatan kekeluargaan. Bukan hanya rapat dengan kedua-dua ibu bapa dan adik-beradik bahkan Aishah cukup mementingkan waktu berkualiti di samping suami dan anak-anak.
Buktinya, ketika menjalani sesi fotografi Nona 3 Dekad hampir sembilan tahun lalu, Aishah banyak bercerita tentang anak tersayang. Selain terbuka berkongsi sisi peribadi, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini juga seorang yang bercita-cita tinggi dan mesra.
“Saya menggunakan pencuci, pembersih dan pelembap wajah untuk menjaga kesihatan kulit muka. Selain itu, demi memastikan kesihatan yang baik saya akan minum air putih
secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari dan melakukan senaman.
“Memandangkan kulit saya sangat sensitif terhadap matahari, saya turut mengamalkan pemakaian bedak sejuk,” ujarnya.
“Dalam dunia fesyen, saya meminati Audrey Hepburn. Manakala bekas wartawan perang CNN, Christiane Amanpour pula adalah individu yang saya kagumi untuk dijadikan sebagai
contoh dalam kerjaya. Sikap berani dan komited beliau begitu menarik perhatian saya,” jelas jelitawan ini.
“Saya berasa amat bersyukur dan bahagia kerana dikurniakan dua orang puteri, Soraya Ann dan Aina Elisabeth. Kehidupan saya lebih bermakna sejak bergelar ibu kepada dua orang puteri yang menyerikan lagi rumah tangga kami sekeluarga,” jelansya.
“Simple & Comfort! Saya gemar mengenakan jacket, jeans dan shirt untuk gaya harian dengan penggayaan warna seperti hitam, kelabu, putih atau coklat,” katanya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Badan dah kurus tapi pipi pula nampak tembam ditambah pula dengan dagu yang berlapis! Jadi apa nak buat? Sebenarnya, tanpa perlu menjalani pembedahan serta mengeluarkan kos yang banyak pun masih ada cara yang lebih mudah, selamat dan semula jadi untuk melenyapkan masalah dagu berlapis. Tinggal rajin atau tidak sahaja.
Walaupun prosesnya tidak sepantas rawatan moden namun cara ini lebih mudah dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua. Apa yang penting konsisten dan sabar, itulah kunci kejayaan utama untuk mendapatkan bentuk wajah tirus serta dagu yang runcing.
Perlu ke bantuan alat-alat pelik menguruskan wajah seperti yang banyak dijual di Internet? TIDAK. Anda ikut saja 4 cara di bawah ni!
Jangan Mengambil Ubat Secara Berlebihan
Apa saja jenis ubat ubatan pasti akan terkandung bahan-bahan kimia sekaligus berisiko untuk mendapat kesan sampingannya dalam jangka masa panjang. Salah satunya ialah pembengkakan kesan pengambilan ubat berlebihan tanpa nasihat doktor. Pembengkakan ini bukan hanya terjadi pada badan bahkan juga wajah. Ia juga tidak bagus untuk organ dalaman.
Minum Banyak Air Putih
Lemak dipercayai mudah larut dengan air putih. Maka disarankan untuk mengamalkan meminum air putih sebanyak 8 gelas sehari. Bukan hanya di badan malah lemak di sekitar wajah juga akan berjaya dikurangkan apabila anda mengamalkan meminum air putih setiap hari. Minimum adalah 2 liter.
Urutan Rahang
Juga salah satu cara bagi menghilangkan lemak di pipi dan dagu yang boleh dipraktikkan di rumah. Namun pastikan caranya betul kerana boleh menyebabkan kulit kendur. Lakukan dengan betul. Bukan saja lemak dapat dikurangkan bahkan aliran darah pun menjadi lancar.
Caranya, urut wajah dari atas ke bawah. Kemudian teruskan urutan dari dagu ke atas menuju pipi. Seterusnya, tepuk-tepuk lembut di bahagian dagu menggunakan ais batu dan tuala hangat selama setengah jam.
Buat Senaman Wajah
Lakukan senaman wajah pada waktu senggang secara rutin. Proses metabolisme menjadi lebih sempurna dengan sel kulit wajah yang lebih segar melalui senaman wajah. Lemak akan mudah terbakar dan hilang. Caranya, pegang leher dengan kedua-dua tangan kemudian angkat kepala ke atas agar dapat merenggangkan otot rahang. Buat 10 kali sehari untuk hasil yang terbaik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rambut adalah mahkota wanita serta aksesori yang paling bernilai. Sebaik anda mendandannya, ia boleh menukar keseluruhan penampilan dan wajah anda. Tahukah anda, untuk menjaga rambut juga ada tip dan triknya sendiri. Kebanyakan wanita mengharapkan rambut yang sihat dan lebat namun tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan rambut seumpama itu.
PERHATIKAN HUJUNG RAMBUT
SEMBUR BOBBY PIN
BERTUKAR KEPADA SUTERA
URUT KULIT KEPALA
SIKAT SESUAI
KENALI BERUS SIKAT
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!