Kalau dah bapanya seorang pereka fesyen, sudah tentu anaknya mendapat sentuhan eksklusif si bapa untuk apa jua pakaian yang bakal digayakan! Itulah kelebihan yang dimiliki oleh Rizqaa apabila bapanya mereka busana khas untuknya ke sekolah!
“Hmm.. when your dad is a fashion designer and he decides to do my own school uniform”-RIZMAN NORDIN.
Menjengah ke laman Instagram milik Rizman, pereka fesyen terkenal itu memuat naik beberapa keping foto Rizqaa yang mengenakan pakaian rona hijau untuk ke sekolah. Menariknya, pakaian tersebut mendapat sentuhan dari Rizman sendiri yang mereka pakaian tersebut khas untuk puterinya itu!
Foto tersebut turut menarik perhatian beberapa selebriti tempatan antaranya termasuklah Mira Filzah,Catriona Ross dan Linda Rafar yang memuji pakaian yang digayakan oleh Rizqaa ke sekolah!
Ads
Untuk rekod, Rizqaa mula mendaftarkan diri ke tadika pada tanggal 10 Januari yang lalu. Keterujaan Rizman mahupun isteri tersayang, Nurida Suraya menghantar anak perempuan mereka ke tadika jelas terpancar apabila memuat naik beberapa foto kerenah Rizqaa di tadika pilihan mereka.
Ads
Kecomelan wajah Rizqaa sering menarik perhatian umum apatah lagi dengan penataan gaya yang diselaraskan oleh kedua ibubapanya yang sentiasa nampak cantik dan sepadan. Untuk rekod, Rizman mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Nurida Suraya pada 13 September 2019 dan dikurniakan anak perempuan, Princess Rizqaa pada tahun 2020.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasut merupakan keperluan untuk penjagaan kaki setiap individu. Pemilihan kasut yang sesuai dengan anda mestilah mengurangkan rasa sakit dan tekanan apabila berjalan atau berlari.
Kira-kira 75 hingga 80 peratus golongan dewasa di negara ini mengalami masalah berkaitan kaki. Tetapi kebanyakannya enggan mendapatkan khidmat nasihat pakar. Atas faktor itu, pemilihan kasut yang tepat penting kerana ia bukan saja pelengkap gaya, malah menentukan tahap kesihatan kaki seseorang.
Menyedari kepentingan pemilihan kasut yang betul, Pengasas dan Pengarah Urusan XES Shoes, Simpson Wong Kean Hin berkongsi mengenai bagaimana jenama lokal yang sudah 21 tahun berada di pasaran ini menjadi jenama yang bermula dari bawah.
Menurut Simpson Wong lagi, saban tahun, jenama ini terus mencipta keyakinan sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia. Malah ia pernah menerima pengiktirafan termasuklah sebagai Most ‘Malaysian Brand’ Shoe Outlet Chain Store dan Superbrands Malaysia Award diterima baru-baru ini.
Menyemarakkan sambutan Syawal tak lama lagi, jenama kasut tempatan ini juga tidak ketinggalan menawarkan pakej istimewa tahun ini. Ia dilihat menerusi promosi terhebat, Raya Double Special ‘Buy 1 Free 1’ di cawangan terpilih jenama kasut itu sejak 20 Mac lalu hingga 7 Mei depan.
“Apa yang menjadikan jenama ‘lokal’ ini sangat dipercayai adalah mengutamakan setiap perincian rekaan kasut sesuai dengan kaki rakyat Malaysia. Tentunya ia menjadi keselesaan abadi dan semestinya mesra poket, yakni lebih jimat serta trendy. Sebagaimana promosi beli satu percuma satu ini.
“Variasi kasut dijual juga untuk semua lingkungan umur dari golongan wanita, lelaki dan kanak-kanak dengan harga tidak melebihi RM250. Ia bagai sebuah pusat sehenti yang memudahkan seisi keluarga mendapatkan sepasang kasut idaman.
“Paling utama, jenama kami bukan hanya cantik dipakai dan dipandang. Tetapi menitikberatkan aspek keselesaan, kepuasan, harga berpatutan dan trendy untuk dijadikan jenama kasut pilihan raya tahun ini,” katanya.
Simpson Wong menambah, saban tahun sudah menjadi tradisi sambutan raya, semestinya rakyat Malaysia teruja membuat persiapan.
“Ada yang ada rezeki lebih, semuanya nak berganti baru. Ada yang sibuk beli dan tempah baju baharu warna sedondon dengan padanan kasut ‘trendy’.
“Ada yang teruja nak tukar perabot rumah. Ada berkira-kira nak beli kereta baharu bagi keselesaan balik kampung. Pendek kata, semua nak serba baru demi menyuntik semangat beraya.
Malah menurut pengasas dan pengarah urusan jenama itu, Simpson Wong Kean Hin, bagi menambah keriangan beli belah itu turut ditawarkan hadiah istimewa menerusi pembelian mininum.
“Jadi selain berjimat dengan beli satu kasut percuma lagi sepasang, pelanggan juga akan mendapat sampul raya istimewa serta beg beli-belah eksklusif masing-masing untuk pembelian minumum sebanyak RM120 dan RM150,” katanya yang turut menyambut seruan kerajaan memperkenalkan produk pada harga yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Jenama ini asalnya bermula dari tahun 2002 di kedai pertamanya yang terletak di
Carrefour Wangsa Maju. Kini, jenama itu berkembang dengan lebih 120 cawangan di seluruh Malaysia. Ia termasuklah ditempatkan di pasaraya Lotus, Giant, NSK, Mydin dan Aeon Big.
Tak ketinggalan di pusat beli belah Paradigm Mall, Sunway Putra Mall, Melawati Mall, Batu Pahat Mall, KB Mall, Mahkota Parade Mall dan banyak lagi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika percutian, keselesaan dan penampilan selalunya dua perkara yang mesti seimbang. Ada yang mahu nampak bergaya tetapi tidak tahu atau keliru tentang cara memilih pakaian yang praktikal.
Sebagai public figure terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo sentiasa tampil anggun. Biarpun ringkas namun masih tetap nampak bergaya sepanjang percutian.
Bukan sahaja pakaian yang selesa, pemilihan warna dan layering juga sangat penting untuk kelihatan bergaya termasuk bersedia menghadapi pelbagai cuaca sepanjang perjalanan.
Inspirasi gaya Dian Sastro ini boleh menjadi rujukan untuk suai padan pakaian.
Dian turut berkongsi pemilihan aksesori dan material yang memainkan peranan besar dalam mencipta penampilan yang berkelas.
Berikut beberapa gaya perjalanan Dian Sastro yang boleh dijadikan inspirasi ketika bercuti.
Dian memulakan gayanya dengan kemeja hitam lengan panjang digabungkan dengan blazer labuh berwarna sama, lengkap dengan seluar berwarna krim yang memberi kesan ringan tetapi formal. Cermin mata hitam sebagai pelengkap menambahkan aura stylish.
Untuk gaya lebih santai lagi stylish, Dian memilih baju sejuk tebal digabungkan dengan seluar. Tas Goyard merah menjadi statement piece yang menambah rona terang di sebalik pakaian neutral. Rambut yang disematkan dengan hair clip menambah kesan yang kemas.
Dian juga sering bergantung kepada teknik layering untuk penampilan yang hangat dan bergaya. Gabungan kemeja kotak-kotak, vest putih, dan coat bulu coklat tebal memberikan kesan mewah lagi selesa.
Untuk gaya kasual, Dian memakai kemeja putih labuh yang digabungkan dengan skirt satin bersama kasut Converse yang memberikan sentuhan sporty.
Pilihan lain Dian ialah kemeja biru muda yang dibalut dengan coat tebal ala blazer, digabungkan dengan jeans dan sling bag berwarna coklat. Sneakers melengkapkan penampilan ini dengan sentuhan praktikal dan selesa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi peminat sukan badminton tempatan, pasti sudah tidak asing dengan Goh Liu Yin, pemain badminton Malaysian dalam acara beregu yang berganding dengan Chan Peng Soon di mana mereka menduduki Kedudukan Dunia BWF No. 3 di acara beregu campuran. Selain dari bakat dan kemahiran yang ditonjolkan oleh atlet berumur 33 tahun dari Alor Gajah Melaka itu, kecantikan serta keayuannya turut mendapat perhatian ramai.
Ini terbukti menerusi setiap hantaran di Instagramnya di mana Goh Liu Yin banyak berkongsikan gambar-gambar aktiviti sehariannya dan sering kali mendapat pujian dari netizen dan warga maya.
Dan baru-baru ini, meninjau artikel yang ditulis oleh sebuah portal di Indonesia, Intepseleb dan sports.okezone.com mereka turut mengulas dan mengakui kecantikkan Goh Liu Ying yang dikatakan persis selebriti atau pelakon Korea.
Malah artikel itu turut memuji pencapaian Goh Liu Ying dalam sukan badminton yang ternyata boleh dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia.
Untuk rekod, Goh Liu Ying memulakan kerjayanya sebagai pemain badminton sejak 10 tahun dan kini dia tersenarai antara 10 pemain beregu campuran terbaik dunia. Goh Liu Ying juga turut meminati sukan lain seperti golf dan juga renang.
Pada Sukan Olimpik Musim Panas 2016, Goh Liu Ying bersama Chan Peng Soon berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul pingat perak buat pertama kali untuk acara Badminton Beregu Campuran.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.