Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila dapat diberikan ruang dan peluang melakukan kebajikan sebagai usaha untuk dijadikan sebagai saham akhirat. Begitulah yang diusahakan oleh Yayasan Ammirul Ummah (YAU), yang melancarkan Program Wakaf 10,000 Naskah Al-Quran bertujuan untuk menyemarakkan lagi rasa sayang terhadap Al-Quran dan memperkasakan nilai Islamiah di rantau Asia Tenggara.
IKLAN
Majlis pelancaran yang diadakan di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati itu dirasmikan oleh Pengarah Urusan YAU, Ibrahim Ridhwan Ismail bersama-sama dengan Premier Volunteer YAU, Seniwati Fauziah Ahmad Daud.
Antara personaliti popular yang turut hadir memeriahkan majlis adalah Kismah Johar, S Atan, Sandakiah Aziz, Aiman Badrul dan Zaidi Omar.
Fokus utama program tersebut dilancarkan bertujuan untuk mewakafkan 10,000 naskah Al-Quran ke Jawa Barat, Indonesia. Tidak bernokhtah di situ sahaja, YAU juga turut membina enam masjiddi beberapa kawasan dalam Indonesia iaitu Masjid Al Ma’mun di Garut, Masjid Nurul Jihad di Lombok, Masjid Darussalam di Jakarta, Masjid Al-Ikhlas di Tasik Malaya, Masjid Az Zikri di Medan serta Masjid Darul Ibtida di Serang.
Menurut Ibrahim, usaha murni mewakafkan 10,000 naskah Al-Quran yang mempunyai terjemahan itu melengkapkan keseluruhan jumlah wakaf pada tahun 2022 sebanyak 50,000 naskah kepada pelbagai pihak. Tambahnya lagi, program kebajikan yang diadakan oleh YAU merupakan hasil sumbangan derma daripada individu dan badan-badan korporat.
IKLAN
Jika lihat pada tahun lalu, 2021, kami telah berjaya mewakafkan 135,000 naskah Al-Quran kepada umat Islam di Indonesia. Tahun ini, angkanya kian meningkat.
kami juga sedang dalam proses untuk menyiapkan pembinaan beberapa masjid iaitu Masjid Al Mukarramah di Buton, Masjid Miftahul Jannah di Donggola, Masjid Nurul Mujahidin di Luwu serta Masjid Miftahussudur di Nusa Tenggara.
Antara inisiatif lain yang menjadi induk utama YAU dalam mempertabatkan negara Islam di Asia Tenggara ialah dengan menganjurkan Kuliah Dhuha yang dikelolakan oleh PU Syed Mohd Bakri Syed Ishak serta penerbitan filem pendek dakwah iaitu Iqra’ dan Aidil & Atok arahan Fauziah Ahmad Daud.
IKLAN
Selaku Premier Volunteer, Fauziah Ahmad Daud turut sentiasa memuat naik perkongsian mengenai program dan usaha yang dilakukan oleh YAU bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan membaca Al-Quran sejak dari kecil.
Rezeki Tuhan itu luas. Jika tiada rezeki anak hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Selama mana pun kita menunggu, berikhtiar dan setialah menanti zuriat daripada-Nya.
Peminat seni masih lagi teruja dengan berita kehamilan Dato’ Siti Nurhaliza. Selepas tiga kali menjalani proses IVF dan entah berapa banyak usaha yang pernah dilakukan, akhirnya Tuhan mengurniakan anugerah terindah pada ulang tahun perkahwinannya yang ke-11.
Hakikatnya ramai pasangan yang berkongsi nasib serupa dengan penyanyi No. 1 negara itu. Reda dan pasrah atas ketentuan Ilahi, tapi pada masa yang sama tetap berusaha menanti kehadiran cahaya mata.
Antara ikhtiar tradisional yang selalu dibuat ialah berurut membetulkan peranakan dan memakan buah zuriat. Namun peluang masih lagi kabur jikalau terdapat masalah perubatan lain yang belum diselesaikan.
Apakah punca masalah kesuburan ini? Nona mendapatkan penjelasan Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Pakar Regency, Dr. Thokha Muhammad berkaitan hal ini.
============================================
Dianggarkan tidak kurang dari 15% daripada jumlah penduduk dunia yang tidak subur atau mandul. Keadaan yg sama juga berlaku di Malaysia. 30% kemandulan adalah berpunca daripada suami, 30% daripada isteri, 30% daripada kombinasi suami dan isteri dan 10% adalah dari punca yang tidak diketahui.
Mujurlah rawatan kesuburan pada hari ini tidak lagi serumit dahulu. Jika sebelum ini, rawatan kesuburan banyak tertumpu kepada mencari punca kenapa seseorang itu tidak mampu hamil. Banyak masa yang dihabiskan.
Walaupun akhirnya mungkin punca diketahui, tetapi penantian yang begitu lama menyebabkan kebanyakan pasangan berputus asa dan tidak meneruskan dengan rawatan.
PUNCA KEMANDULAN
Kualiti sperma yang rendah (oligospermia) atau tiada (azoospermia).
Endometriosis.
Fibroid.
Tiub fallopian tersumbat.
Sindrom ovari polisistik.
Secara asasnya, seorang wanita tidak hamil kerana ovum (benih wanita) dan sperma (benih lelaki) tidak dapat berjumpa.
Pada sesi pertama di klinik, beberapa perkara rutin akan dijalankan seperti mengetahui sejarah ringkas berkenaan kemandulan, ujian analisis sperma, pemeriksaan ultrasound pelvis untuk memastikan tiada unsur-unsur seperti sista ovari, fibroid atau hydrosalphine (tiub yang bengkak/tersumbat yang boleh menjejaskan kesuburan wanita) serta ujian darah untuk hormon-hormon tertentu.
SYARAT HAMIL
Suami mempunyai sperma dan hidup.
Wanita mempunyai ovari yang mampu menghasilkan telur/ovum.
Wanita mempunyai rahim yang mampu membesarkan janin.
Pasangan akan diterangkan bahawa terdapat tiga kaedah rawatan kesuburan dengan kos dan kadar kejayaan yang berbeza.
Ketiga-tiga kaedah bermula daripada permulaan yang sama iaitu rangsangan ovari untuk membesar dan mematangkan telur. Setelah ia tercapai, pasangan yang dirawat boleh memilih kaedah rawatan yang diingini.
(1) Kaedah Natural (Peluang 5-10%)
Keadaan untuk mencapai kehamilan dilakukan dengan cara merangsang ovari untuk menghasilkan beberapa telur/ovum yang kemudian dimatangkan dan ditetaskan. Pasangan akan dimaklumkan untuk bersama pada waktu subur supaya seks secara semula jadi agar peluang untuk hamil lebih tinggi.
(2) Kaedah Separa Natural atau Permanian Berhadas/Intrauterine Insemination (IUI) (Peluang 10-20%)
Ovari dirangsang untuk membesar dan mematangkan beberapa biji telur. Penetasan telur akan dirancang. Sperma suami diproses dan diolah, kemudian di deposit ke dalam rahim isteri dengan harapan sperma dapat berenang ke dalam tiub fallopian untuk bertemu dengan telur/ovum.
Persenyawaan berlaku di dalam tiub fallopian. Embrio yang terbentuk akan digerakkan ke dalam rahim untuk tujuan implantasi.
(3) Kaedah Artifisial atau Bayi Tabung Uji/In vitro Fertilisation (IVF) (Peluang 50-60%)
Sperma dan ovum disenyawakan di luar dan kemudian dimasukkan semula ke dalam rahim untuk dibesarkan. Keseluruhan proses natural sebelum proses implantasi akan dilangkau (bypass). Rawatan dimulakan pada hari ke-2 haid. Suntikan hormon setiap hari di lemak perut (seperti suntikan insulin) selama 10 hari.
Telur yang matang akan disedut menggunakan jarum melalui faraj dengan bantuan ultrasound. Kaedah ini dilakukan dengan bius sepenuhnya.
Telur yang matang akan disenyawakan dengan sperma di makmal dan diinkubasi pada suhu 37 darjah Celsius. 2 hari kemudian, 2-3 embrio yang terbentuk akan dimasukkan semula ke dalam rahim. Embrio yang selebihnya akan dibekukan untuk kegunaan akan datang.
PELUANG
Hakikatnya tanpa rawatan, terdapat 15 pasangan bagi setiap 100 pasangan yang tidak akan berpeluang mendapat zuriat. Ini adalah satu jumlah yang besar.
“Kita beruntung hidup pada zaman di mana rawatan kesuburan adalah serba canggih dan mampu memberi kejayaan yang tinggi. Pada suatu ketika dahulu, rawatan IVF tidak mungkin dapat dikecap oleh kebanyakan pasangan kerana kosnya yang terlalu tinggi,” ujar Dr. Thokha.
Pada masa kini, dengan kos di antara RM15,000 ke RM20,000, kebanyakan pasangan berpeluang mendapat zuriat yang dinanti-nantikan. Secara logiknya, jika kos bukan menjadi penghalang, IVF sepatutnya menjadi pilihan utama bagi setiap pasangan.
IVF yang dilakukan oleh pasangan muda akan memberikan kejayaan yang lebih tinggi kerana embrio yang terbentuk berkualiti tinggi berbanding dengan pasangan yang lebih lanjut usia.
Embrio muda yang dibekukan boleh digunakan berulang kali dengan kejayaan yang tinggi dan dengan kos yang lebih rendah pada masa yang akan datang.
Untuk mengulangi prosedur IVF menggunakan embrio yang telah dibekukan, kos menjadi lebih murah (sekitar RM5,000). Dengan kejayaan 50-60%, setiap pasangan yang menggunakan kaedah ini kebanyakannya akan berjaya hamil.
Diharap apabila kaedah IVF suatu ketika nanti sudah menjadi pilihan utama pasangan untuk mendapat zuriat, kemandulan akan dapat dirawat sepenuhnya dan hampir setiap pasangan akan berpeluang mendapat anak. Norzalina Mohd Alias
Seluruh hidup Kak KM bertukar menjadi gelap-gelita saat anak kesayangan iaitu Rania Razman atau Baby Rania diuji masalah kesihatan jantung pada 19 Julai lepas. Ditemui Nona baru-baru ini, usahawan Sweet Dara ini mengaku tidak berdaya namun akur dengan takdir ilahi dan berfikiran positif.
Syukur, atas doa daripada pelbagai pihak Rania kini semakin beransur baik.
Mengimbas kembali detik cemas itu, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli turut menzahirkan ucapan terima kasih buat followers dan masyarakat yang prihatin serta mendoakan anak ketiganya itu.
“Alhamdulillah berkat semuanya mendoakan anak Kak KM dia selamat, alhamdulillah. Sihat sejahtera. Semua orang memang tanya macam mana keadaan Rania, sebenarnya dia belum pun operation. Doktor akan bagi date kemudian.
Bulan 10 ni follow up so sekarang ok, alhamdulillah sihat je. Dia sakit jantung dari kecil, jantung dia berlubang. Dari kecil memang doktor kata tak payah nak operation atau tutup lubang sebab dia kata tak ada apa-apa. Benda tu simple je. Boleh je hidup macam biasa.”
Ujar anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini lagi, “Tapi bila dia dah besar, jantung dia makin sempit. So dia tak boleh nak nafas dan tak boleh nak pam. Memang kena juga buat (operation) sebenarnya. Tapi kemudianlah.”
Menceritakan situasi yang dialami ketika memasuki dewan bedah menemani Rania, Kak KM berkata dia tiba-tiba diselubungi rasa sedih yang teramat dan ‘lemah’.
“Spontan je sebenarnya waktu itu kita teman Rania ke bilik operation untuk masukkan kamera. Masa tu doktor nak tidurkan dia, doktor cakap “Puan, mengucapkan ke anak tu”. Masa tu, tak boleh berdiri. Longgar habis dah kaki. Masa tu terus melalak.
Masa tu Kak KM seorang, memang terus nak jatuh. Masa tu juga memapah dekat pintu, buat video cakap tolong doakan anak Kak KM.
Benda tu spontan je tapi alhamdulillah ramai yang mendoakan. Terima kasih banyak-banyak. Allah je yang balas budi baik you all semua.”
Dalam pada itu, Kak KM menjelaskan dia kini faham mengapa Rania enggan ke sekolah selama ini disebabkan masalah kesihatan.
“Kita tetap berdoa bagi kata-kata semangat untuk baby sebab dia pun down juga, kesian sebab dia baru nak mulakan hidup. Umur dia baru 13 tapi patut pun lah selama ni dia kan viral tak pergi sekolah, saya dah faham dah sebenarnya dia tak boleh bernafas.
Dia tak tahu nak cakap macam mana, yang kita pun tak tahu. Kita ingat dia ok rupanya inilah dia sebenarnya punca.”
Selain Rania, ahli perniagaan terkenal ini juga mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nabila Razman, Fariz Razman dan Cinta Carissa.
Ikan adalah antara makanan sihat terbaik untuk tubuh. Kaya dengan nutrien seperti protein dan vitamin D. Malah ikan juga kaya dengan sumber asid lemak omega-3, yang sangat penting untuk tubuh. Halangan untuk beriadah di luar boleh diganti dengan pengambilan makanan yang sihat
Ikan tinggi dengan sumber nutrien penting
Keseluruhannya, setiap jenis ikan sangat baik untuk kita. Ia mengandungi protein berkualiti tinggi, iodin dan pelbagai vitamin serta mineral tambah-tambah lagi ikan yang tergolong dalam golongan ‘fatty fish’ seperti salmon, sardin, tuna dan tenggiri.
Fatty fish ini tinggi dalam nutrien lemak termasuk vitamin D, nutrien yang bertindak seperti steroid hormon dalam tubuh. Asid lemak omega-3 ini penting untuk tubuh dan otak untuk berfungsi dengan baik. jadi, amalkan makan ikan dua kali seminggu untuk mendapatkan nutrien terbaik untuk tubuh.
Kurangkan risiko serangan jantung dan strok
Kedua-dua penyakit ini saling berkait rapat dan sangat digeruni. Asid lemak pada ikan memberi kebaikan kepada kesihatan jantung disebabkan kandungan omega-3. Terdapat banyak kajian menunjukkan kebaikan ikan pada tubuh manusia.
Nutrien penting untuk perkembangan
Lemak asid omega-3 sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan otak dan kesihatan mata. Ini diikuti DHA yang terkandung dalam ikan. Sebab itu ibu-ibu yang menyusu atau yang sedang hamil sangat digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi asid lemak omega-3.
Namun, perlu diingat, sesetengah ikan mengandungi bahan merkuri tinggi, ironiknya membawa kepada masalah perkembangan otak. Disarankan, wanita hamil untuk makan ikan salmon, sardin dan trout tidak lebih daripada 340gm seminggu. Kena rajin menimbang ya!
Membantu kawal depresi, menjadikan anda lebih gembira
Kemurungan adalah gangguan jiwa yang sangat serius dan biasa berlaku, tambah-tambah lagi sejak akhir-akhir ini. Ciri-cirinya; emosi sering terganggu, kekurangan tenaga dan hilang minat untuk menyertai aktiviti mahupun bersosial.
Terdapat kajian menunjukkan asid lemak omega-3 bertindak melawan depresi. Maksudnya, ikan boleh membantu membuatkan anda lebih gembira dan meningkatkan kualiti kehidupan lebih baik untuk anda. Malah asid lemak omega-3 juga membantu gangguan jiwa seperti bipolar disorder.
Sumber vitamin D
Vitamin D sentiasa mendapat perhatian dalam dunia kesihatan. Vitamin ini menjadi hormon steroid dalam tubuh lebih-lebih lagi bagi anda yang jarang ‘bertemu’ matahari. Jika anda tidak suka makan ikan, boleh juga cuba mengambil pil minyak ikan atau supplemen yang mengandungi vitamin D.
Mengurangkan risiko Type 1 Diabetes
Autoimmune disease berlaku apabila system imunisasi menyerang tisu badan yang sihat sebagai contoh penyakit diabetes tahap 1. Ia menyerang sel di pankreas yang menghasilkan insulin. Baik untuk anda mahupun kanak-kanak, ikan sentiasa membantu memelihatan kesihatan anda menjadi lebih baik.
Membantu mencegah asma pada kanak-kanak
Rasa sukar bernafas dan dada menjadi sesak adalah tanda-tanda asma yang ketara pada kanak-kanak. Ada yang mengaitkannya dengan masalah genetic, ada juga yang mengatakan ia disebabkan persekitaran berhabuk dan tercemar.
Kajian menunjukkan pengambilan ikan yang kerap boleh menurunkan risiko asma kepada kanak-kanak sebanyak 24%, tetapi tiada kesan signifikan pada orang dewasa.
Melindungi penglihatan ketika berusia
Semakin awal anda mulakan pelan pemakanan dengan pengambilan ikan, semakin tinggi peluang anda untuk menjaga penglihatan. Walaupun sudah berusia, anda masih memiliki penglihatan yang terang dan jelas!
Meningkatkan kualiti tidur
Anda susah tidur? Berita baik untuk anda! Dalam kajian selama 6 bulan terhadap 95 lelaki pertengahan usia, pengambilan ikan salmon dalam setiap hidangan 3 kali seminggu membawa perubahan dalam rutin tidur mereka. Para pengkaji memberi spekulasi mungkin ia disebabkan vitamin D yang ada pada ikan salmon.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...