Puteri Deena Ali Al-Juhani Abdulaziz memang terkenal dengan gayanya yang sangat stylish dan bijak memilih fesyen sementelah pernah menjadi Ketua Editor di Vogue Arabia. Kelibatnya di dalam dunia fesyen sentiasa mencuri tumpuan.

Usahawan, Bekas Editor & Ada Anak Kembar, Puteri Diraja Arab Ini Terkenal Gaya ‘Stylo’  
Foto: Instagram @deenalajuhanidaily
Usahawan, Bekas Editor & Ada Anak Kembar, Puteri Diraja Arab Ini Terkenal Gaya ‘Stylo’  
Foto: Instagram @deenalajuhanidaily

Wanita cantik yang berusia 45 tahun ini merupakan puteri Kerajaan Arab Saudi dan telah berkahwin dengan anggota Kerajaan Arab Saudi, Sultan bin Fahad bin Nasser pada tahun 1998.

Usahawan, Bekas Editor & Ada Anak Kembar, Puteri Diraja Arab Ini Terkenal Gaya ‘Stylo’  
Foto: Instagram @deenalajuhanidaily
Usahawan, Bekas Editor & Ada Anak Kembar, Puteri Diraja Arab Ini Terkenal Gaya ‘Stylo’  
Foto: Instagram @deenalajuhanidaily

Atas dasar cintanya kepada fesyen Puteri Arab Saudi ini telah membuka butik yang digelar D’NA di Riyadh pada tahun 2006. Berbeza dengan usahawan lain mahu produk yang mereka dagangkan menghasilkan jualan yang berganda-ganda, wanita yang dilahirkan di California, Amerika Syarikat ini punya cara yang tersendiri.

Usahawan, Bekas Editor & Ada Anak Kembar, Puteri Diraja Arab Ini Terkenal Gaya ‘Stylo’  
Foto: Instagram @deenalajuhanidaily
Usahawan, Bekas Editor & Ada Anak Kembar, Puteri Diraja Arab Ini Terkenal Gaya ‘Stylo’  
Foto: Instagram @deenalajuhanidaily
Usahawan, Bekas Editor & Ada Anak Kembar, Puteri Diraja Arab Ini Terkenal Gaya ‘Stylo’  
Foto: Instagram @deenalajuhanidaily

Apa yang menariknya tentang butik ini ialah tidak semua orang boleh membeli helaian baju yang tergantung di raknya. Kalau nak beli baju di butik D’Na ini hanya yang dapat jemputan dari Puteri Deena Al-Juhani saja yang boleh membelinya atau members-only boutique. Bayangkan kalau mampu pun nak beli tapi tak dapat jemputan khas dari puteri ini berputih mata untuk menggayakan koleksinya.

Walaupun mengekalkan cara yang eksklusif seperti itu, bisnes yang diusahakan oleh wanita yang dilahirkan di California, Amerika Syarikat ini begitu sukses. Pada tahun 2013, telah membuka cawangan di Doha, Qatar.

Usahawan, Bekas Editor & Ada Anak Kembar, Puteri Diraja Arab Ini Terkenal Gaya ‘Stylo’  
Foto: Instagram @deenalajuhanidaily
Usahawan, Bekas Editor & Ada Anak Kembar, Puteri Diraja Arab Ini Terkenal Gaya ‘Stylo’  
Foto: Instagram @deenalajuhanidaily

Puteri Deena Al-Juhani nampaknya tak mahu mengalah dengan arus kemodenan. Puteri Deena Al-Juhani telah melancarkan DNACHIC.com bagi membolehkan peminatnya membeli-belah secara atas talian.

Usahawan, Bekas Editor & Ada Anak Kembar, Puteri Diraja Arab Ini Terkenal Gaya ‘Stylo’  
Foto: Instagram @deenalajuhanidaily
Usahawan, Bekas Editor & Ada Anak Kembar, Puteri Diraja Arab Ini Terkenal Gaya ‘Stylo’  
Foto: Instagram @deenalajuhanidaily

Bahagia dengan suaminya, Puteri Deena Al-Juhani telah dikurniakan tiga orang anak, seorang puteri dan dua orang putera kembar.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI