Nada ivory dengan perabot moden scandinavian menguasai interior kediaman Ameera Zaini. Reka pelannya kemas, sengaja diatur luas dan berjarak bagi menghidupkan tema mesra si kecil. Kata usahawan tudung ini, isu keselamatan menjadi prioriti memandangkan dia mempunyai dua hero yang sedang membesar.

Bermula sebagai model Muslimah, langkah Ameera Zaini, 32 tahun, terus cemerlang dalam bidang pengacaraan dan perniagaan. Berbekalkan raut wajah rupawan dan minat terhadap fesyen Muslimah, kemunculan wanita ini jelas disenangi ramai.

IKLAN

Terkenal dengan imej tudung bawal, gaya Ameera Zaini sering menjadi rujukan dan inspirasi peminatnya. Namun tatkala mendaki puncak kerjaya, dunia pula dilanda pandemik COVID-19, sekaligus membataskan pelbagai resolusi yang digenggam oleh ibu beranak dua itu.

Terpesona melihat kelembutan wajah Ameera

 

Ameera sering tampil dengan fesyen sopan dan up-to-date

 

Kosmetik dan beg tangan teman baik Ameera

Terpaksa melalui proses melahirkan seorang diri, pengalaman Ameera Zaini (Meera) yang juga ibu kepada Mateen dan Baby Daniel yang lahir sewaktu PKP menjadi topik gaya hidup Nona kali ini.

Nona: Kongsikan perkembangan terbaru Meera?

AZ: Alhamdulilah tahun ni merupakan tahun kelima Meera mengacara di CJ Wow Shop. Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran, tapi kali ni Meera ambil keputusan untuk lebih mengutamakan perniagaan.

Ameera Zaini Official kini sedang sangat sibuk dengan persiapan raya, selari dengan sasaran kami tahun ni untuk tingkatkan pengeluaran bagi memenuhi demand yang makin bertambah. Hampir setiap minggu juga kami muncul dengan printed collection baru.

Ameera menggayakan koleksi baru AZ Lovisa

 

AZ mempertaruhkan pelbagai koleksi square printed

 

#OOTD Ameera dalam AZ Avar

Nona: Sambutan pelanggan dan jualan tudung sepanjang musim pandemik?

AZ: Sejujurnya Meera pun agak risau kalau bisnes tak boleh beroperasi. Tapi rezeki tak pernah salah alamat. Yang berlaku pula sebaliknya apabila sambutan meningkat terutamanya penjualan online. Meera yakin PKP memberikan lebih kuasa membeli dari segi online, dimana lebih ramai orang duduk atau bekerja dari rumah.

Selepas kami fully utilise platform digital Ameera Zaini Official, demand dan brand awareness juga meningkat naik, selain pelanggan baru juga yang kian bertambah.

Nona: Ceritakan pengalaman Meera melahirkan bayi sewaktu negara melaksanakan PKP.

AZ: Masa kerajaan umumkan PKP, masa tu Meera tengah sarat mengandung. Boleh dikatakan tengah menunggu hari. Dari satu aspek, Meera bersyukur kerana nak pergi check-up pun rasa selamat sebab tak crowded. Yang susahnya dari segi persiapan, semua kena buat dan beli online, tunggu parcel yang tak sampai-sampai sebab lambakan parcel dan sebagainya.

Masa nak melahirkan pula, cabarannya suami tak boleh teman untuk bersalin. Maklumlah fitrah seorang wanita mesti harapkan suami ada di sisi ketika saat-saat ni. Sayangnya tak boleh sebab polisi hospital tak membenarkan suami bersama isteri di labour room. Mujurlah dia dibenarkan menemani Meera sampai saat nak melahirkan.

Tarikh 8 Mei 2020, Meera selamat melahirkan Daniel pada jam 9.29 malam. Bertuah rasanya kerana Meera dapat doktor yang baik walaupun tak ditemani suami. Dia selalu bagi kata semangat untuk hilangkan rasa takut, malah berkali-kali doktor sedapkan hati dan cakap bahawa Allah ada bersama Meera. Jadi Meera pun berserah pada Allah dan berjaya melaluinya dengan baik.

Tetap menawan selepas melahirkan

Sebenarnya banyak beza berpantang ketika PKP dengan hari biasa, contohnya tiada saudara mara yang datang melawat. Biasalah dalam budaya kita mesti datang menziarah ibu lepas bersalin.

Mujur ibu bapa Meera tinggal berdekatan dan jarak rumah kami hanya 15 minit je, so Meera masih lagi boleh berpantang dengan ibu sendiri. Cuma famili mertua tak dapat datang sebab mereka dari Kelantan. So kami hanya berhubung dengan video call je.

Nona: Siapa uruskan keluarga dan rumah sekarang?

IKLAN

AZ: Sebelum ni memang Meera akan bawa Mateen ke sana, ke sini. Pergi studio mengacara, pergi ofis, pergi meeting… dia tak penah tinggal. Tapi sejak pandemik, saya risau nak bawa mereka keluar.

Jadi saya dan suami decided untuk bergilir tapi dalam masa yang sama, kami ada pembantu juga untuk tolong dari segi penjagaan rumah dan keluarga.

Ameera sendiri memastikan kediamannya sentiasa kemas

 

Ameera memastikan ruang dapurnya sentiasa bersih

 

Kamar anak-anak juga sentiasa tersusun rapi

 

Suasana selesa menjadi tempat anak-anak membesar dengan sihat

 

Dulu Mateen selalu dibawa menemani ibunya ke mana saja

Nona: Cara luangkan masa dengan keluarga?

AZ: Pandemik membuatkan pergerakan kita terbatas. Tapi walaupun hanya di rumah, Meera tetap akan cari idea berkaitan aktiviti motor and sensory skills anak-anak. Contohnya messy play, water play dan buat cupcake decoration.

IKLAN
Walaupun duduk di rumah namun aktiviti tetap fun!

Nona: Sejak bila Meera minat seni dekorasi rumah?

AZ: Sejak kecil lagi sebab mak Meera pun suka hias rumah. Sampai sekarang pun kami masih bertukar pendapat untuk menghias. Bila Meera pergi kedai perabot atau nampak benda yang cantik untuk rumah, Meera mesti akan share dengan mak. Sekarang bila dah kahwin, suami pun ada minat yang sama. Itu yang lebih menyeronokkan.

Nona: Konsep dekorasi yang diterapkan?

AZ: Tiada konsep yang spesifik. Tapi Meera suka something yang nampak bersih, kemas dan eksklusif. Nak kata ada spesifik tema, tak ada. Semuanya dari hati, kalau nampak cantik, kami okay je.

Kami juga selalu bertukar pendapat, husband kadang lepaskan je Meera nak deko bilik macamana tapi sudut ruang tamu kami buat sama-sama. Takdelah macam Meera control sendiri rumah tu.

Yang penting rumah kemas dan susun aturnya mesra si kecil. Meera kena utamakan anak-anak juga. Tak boleh ada barang-barang yang banyak dan kena ada ruang yang luas untuk mereka bergerak. Maklumlah Meera ada dua hero so kena pastikan rumah kemas, bersih dan selamat dalam masa yang sama.

Gandingan hydrangea dan pasu chinoiserie penyeri meja kopi

 

Sudut tepi diberi nafas tersendiri dengan lampu meja

 

Hiasan berwarna putih dan emas menyuntik gaya elegan

 

Cermin dinding di ruang makan menyerlahkan ilusi lebih luas

Nona: Harapan Meera dalam bisnes dan famili?

AZ: Impian nak bantu ramai orang dalam bisnes. Meera ada sistem reseller yang dapat membantu orang ramai menjana pendapatan sampingan. Meera harap dengan program reseller di Ameera Zaini Official dapat membantu lagi ramai orang yang memerlukan kerja dan membantu mereka menambah pendapatan khasnya wanita untuk menyokong ekonomi suami.

Meera harap juga segala yang diusahakan ini akan memberi manfaat bukan saja untuk bisnes tapi untuk semua orang.