Dato’ Seri Vida memang sinonim dengan fesyen unik dan extravaganza. Bukan hanya kejayaannya sebagai usahawan menjadi perhatian ramai. Bahkan cita rasa fesyen dan penampilan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd ini juga sering mencuri tumpuan khalayak.
Bersempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang berlangsung baru-baru ini, gaya Dato’ Seri Vida ketika pertunjukan jenama fesyen Behati sekali lagi menjadi tumpuan.
Apa tidaknya, dia tampil dengan busana unik berkilauan rona perak dengan membaluti tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki. Memang lain daripada yang lain!
Ia ternyata mengundang pelbagai reaksi warga maya hingga ada yang melabel penampilan Dato’ Seri Vida seolah-olah ‘Ikan Bakar’ yang ditutupi dengan balutan aluminium dan tidak kurang juga menyifatkan persalinan eksklusif berkenaan seperti sut angkasawan.
Tidak melatah dan bersikap tenang, pemilik nama Hasmiza Othman ini menerima setiap pandangan masyarakat dengan hati terbuka. Walau usahawan kelahiran Kelantan ini meniti usia 52 tahun namun dia berani berfesyen dan mencuba perkara baru.
Pujian patut diberikan kepada wanita berjiwa cekal ini kerana menyerlahkan peribadi sebenarnya sebagai usahawan yang sanggup ambil risiko berdepan pelbagai kemungkinan.
Tak hairanlah, bisnes dan namanya mampu bertahan dalam industri hingga ke hari ini.
Sementara itu, menjengah media sosial milik pereka fesyen Behati iaitu Khai Kel Wen, IG story di sebalik tabir pertunjukan KLFW berkenaan yang dibuat kenalan rapat pereka fesyen itu mendedahkan sikap profesional Dato’ Seri Vida.
View this post on Instagram
“She called out Kel’s name backstage like a son. And upon seeing that Kel was busy, she sat down on a wood plank just minding her business. Sometimes I catch her recording audio messages using her phone and singing in Kelantanese accent.
She doesn’t smile unnecessarily. And finally when Kel was ready he said, “Thank you for coming Datuk”. To which she replied, “Tukar sini sajalah. Senang.”
This relationship could only come from trust. And I observed the whole thing like a fly on the wall.”
Selain tampil dengan gaya itu, Dato’ Seri Vida pernah mengejutkan khalayak dengan busana seakan membawa selimut dan bertelekung meleret di salah sebuah majlis hiburan.
Bagaimana pun, bukanlah selalu ibu ini bergaya unik ketika hadir majlis.
Hujung tahun lalu Dato’ Seri Vida kelihatan menawan dan cantik dari hujung rambut ke hujung kaki dalam persalinan indah Khuntumn rona pastel ketika memenuhi undangan sebuah majlis perkahwinan.
Terserlah keayuan dan kelembutan dirinya.
Begitu juga ketika dia menghadiri show bersama Majalah Nona dengan busana merah ilham Khuntumn.
Rata-rata followers dan peminat memuji gaya sederhana serta jelita Dato’ Seri Vida.
Dato’ Sri Vida memiliki Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan dikurniakan dua anak iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zacquan atau mesra disapa Kacak.
Artikel selanjutnya https://www.nona.my/rumah-flat-je-tapi-macam-kondo-influencer-ini-buat-ruang-jadi-mewah-kemas-eksklusif/