Sebut sahaja jenama Duck, pasti terbayangkan warna ungu yang menjadi trademark jenama itu. Malah, umum sedia maklum bahawa pengasas disebalik jenama gah ini merupakan figura yang sememangnya dikenali ramai.
Kejayaan pemilik nama Vivy Sofinas Yusof, atau lebih mesra disapa sebagai Vivy yang berjaya menempa nama sebagai usahawan pada usia 28 tahun sememangnya cukup membanggakan rakyat Malaysia dan wajar dijadikan sumber inspirasi.
Lebih mengagumkan lagi, Vivy bukan sahaja seorang model, blogger, ikon fesyen dan juga ibu kepada tiga orang cahaya mata. Malah, ia juga adalah antara perintis dalam dunia perniagaan dalam talian paling popular di Malaysia.
Anak kelahiran Kajang ini merupakan pengasas bersama FashionValet, salah satu laman sesawang dalam talian yang menawarkan pelbagai label popular. Kejayaan yang diraih wanita muda ini bukanlah mudah yang disangka.
Mula Berjinak Di Alam Perniagaan Di Usia Muda 28 Tahun!
Vivy bermula dengan menulis di blognya sendiri, Proudduck.com dan telah mengelola laman blognya lebih tujuh tahun bermula dari zaman kolej ketika belajar di London.
Menerusi Blog itu, Vivy banyak bercerita mengenai kisah cinta, kerjaya, keluarga dan kini kehidupan hariannya sebagai seorang ibu. Ramai follower yang mengikut blognya dan dari situ Vivy mula mengumpul peminat tersendiri.
Ads
“Sebenarnya Vivy tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan mahupun fesyen. Vivy mengambil jurusan undang-undang dari London, ‘School Of Economics’, manakala Fadzaruddin (suami Vivy) pula lulusan kejuruteraan penerbangan angkasa.
“Pada awalnya, FashionValet mula beroperasi sejak bulan November 2010 dengan hanya 10 jenama tempatan sahaja yang mengambil bahagian. Kini, Vivy dan suami mempunyai 30 orang pekerja dan stok barangan lebih dari 400 jenama dari serata Asia Tenggara,” ujar wanita kecil molek anak kelahiran Kajang ini.
Ads
Sekadar info, FashionValet menawarkan pelbagai pakaian fesyen dan aksesori dari pereka karya seni tempatan dan luar negara seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk Till Dawn dan banyak lagi.
Meskipun harga produk yang dijual di FashionValet agak mahal, tetapi menurut Vivy mereka berpegang kepada prinsip menyediakan produk yang berkualiti kepada pelanggan.
Kembangkan Perniagaan Hijab Sebagai Soerang Muslimah
Tidak hanya berhenti di situ – sebagai seorang wanita Islam, Vivy mengembangkan perniagaannya daripada hanya menjual pakaian kepada mempunyai tudung jenama sendiri, selendang dUCkscarves.
Ads
Selain daripada itu, dia juga turut menjual peralatan alat tulis, iaitu alat tulis dUCk dengan pelbagai reka bentuk sesuai untuk pelanggannya yang kebanyakannya merupakan kaum wanita.
Sejak pelancaranya, hingga ke hari ini selendang dan alat tulis dUCk sentiasa menerima sokongan yang menggalakkan daripada pelanggan dan sering habis dijual setiap sekali dilancarkan.
Ituah keistimewaan Vivy Yusof yang kini menjadi ikon fesyen. Mempunyai follower di laman instagramnya berjumlah 1.8 juta dan apa sahaja yang digayakan Vivy akan menjadi ikutan serta sorotan warganet.
Biarpun sibuk dengan kerjaya, Vivy tetap menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu kepada keluarganya. Pelbagai kejayaan ditempa dan menjadi inspirasi kepada hijabi di luar sana yang mengangkat Vivy sebagai idola mereka.
10 Zulhijjah jatuh pada hari ahad ini, bermakna seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya aidiladha. Hari raya aidil adha juga terkenal sebagai Raya Kurban atau Raya Haji. Ini kerana pada hari ini umat Islam melakukan ibadah kurban atau penyembelihan binatang dan juga tanda sudah selesai mengerjakan rukun haji.
Melakukan ibadah kurban sangat dituntut oleh agama. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, “Ibadah korban merupakan sunat muakkad yang amat digalakkan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban,”
Ibadah korban adalah satu ibadah yang agung dan disediakan ganjaran pahala yang cukup besar oleh Allah SWT.
Kelebihan melakukan ibadah korban sebagimana hadis; Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban).
Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” (Riwayat al-Tirmizi : 1493).
Penyembelihan binatang kurban ini paling afdal untuk dilaksanakan pada hari raya aidiladha adalah dengan menumpahkan darah korban.
Berikutan tentang persoalan tentang ibadah kurban yang dilakukan oleh anak terhadap ibunya yang sudah meninggal dunia, jawab Dato’ Seri Dr. Zulkifli, “Sebaiknya adalah melakukan ibadah korban ke atas dirinya sendiri serta diiringi dengan niat untuk disedekahkan pahala tersebut kepada ibunya,”.
Manakala menurut Imam Nawawi pula, jika seseorang melakukan ibadah korban ke atas orang lain tanpa keizinan maka, tidak terlaksana ibadah korban ke atasnya.
Menurut Dr. Wahbah Zuhaili pula, “Begitu juga, tidak boleh ke atas orang yang meninggal dunia. Namun, jika ianya diwasiatkan ma, ianya adalah harus,”.
Sumber: Instagram @drzulkifli.albakri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkara yang paling merisaukan perempuan bila bersukan adalah kalau pakaian yang dikenakan tidak sesuai dengan aktiviti. Boleh potong mood nak bersenam tau.
Namun begitu, kebanyakkan yang melakukan aktiviti bersukan terutamanya workout di gimnasiumini memilih baju sukan yang agak menjolok mata dan mengenakan jersi ketat.
Pernah menimbulkan perbalahan netizen mengenai aurat wanita terutamanya wanita bertudung, isu tersebut agak sensitif memandangkan ia dilihat kurang manis kerana tidak sesuai dengan penampilan.
Pergi Gym Pakai Dress?
Walau bagaimanapun, penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul Aina Abdul telah mematahkan stereotaip itu dengan hadir ke gimnasium dengan memakai dress labuh serta tidak ketat sama sekali.
Rileks dan bersahaja, Aina mampu sahaja mengangkat dumbbells dan bersenam seperti biasa tanpa perlu menggayakan baju sukan yang ketat ataupun mendedahkan bentuk fizikalnya.
Tindakan Aina Tuai Komen Positif Netizen
Posting tersebut juga disertakan dengan kapsyen mengatakan yang dia hadir ke gimnasium selepas bekerja dan terserempak dengan penyanyi lelaki, Syamel yang turut berada di sana.
Perkongsian video di Intagram penyanyi itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada rakan selebriti dan juga warganet. Rata-rata memuji penampilan Aina yang masih lagi menjaga penampilan walaupun sedang bersenam.
Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa pun penampilan Aina di Gym ini memang cool dan patut dipuji!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari REMAJA.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Penantian selama 20 tahun Leow Kam Choy, 53, untuk menggenggam segulung ijazah sarjana terbalas apabila beliau dapat meraikan hari graduasi bersama kedua anak perempuannya pada Majlis Konvokesyen UTM kali ke-65.
Beliau yang juga merupakan alumni UTM 1993, berkongsi kisah di sebalik penantian 20 tahun yang perlu dilaluinya sebelum berjaya menggenggam Ijazah Sarjana dalam jurusan Pentadbiran dan Pembangunan Tanah selepas tempoh 3 tahun pembelajaran.
“Saya pernah melanjutkan pengajian Master dalam jurusan Pentadbiran dan Pengurusan Tanah pada tahun 2002, tetapi kerana keadaan yang tidak mengizinkan ketika itu saya tidak dapat menamatkannya.
Maka kejayaan hari ini merupakan sesuatu yang amat bermakna bagi saya kerana penantian selama 20 tahun berbaloi. Lebih bermakna apabila secara kebetulan saya juga dapat bergraduasi bersama kedua-dua anak perempuan saya,”.
Hasil pengorbanannya itu, Leow Kam Choy kini memiliki firmanya sendiri iaitu Juruukur Megah Jaya yang beroperasi di Taman Desa Skudai. Kelonggaran bekerja dari rumah ketika pandemik telah menghidupkan kembali semangat juang beliau untuk menyambung pengajiannya yang tertangguh.
Tidak menyangka akan bergraduasi bersama ayah tersayang, Leow Hui Xian dan adiknya Leow Hui Qing yang masing-masing telah menamatkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik dan Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah, mengakui kerjaya bapa mereka sebagai juruukur banyak mempengaruhi keputusan mereka dalam memilih laluan kerjaya.
Melanjutkan pengajian ketika usia sudah menginjak ke 50-an di zaman modenisasi kini, sedikit sebanyak memberikan cabaran buat beliau terutama bagaimana untuk mengendalikan pelbagai perisian di dalam komputer.
Namun begitu, cabaran itu dijadikan peluang bagi Leow Kam Choy untuk berinteraksi dengan lebih kerap dengan anak-anaknya. Secara tidak langsung hubungan anak beranak kian rapat.
“Apabila ayah mengalami kesukaran untuk menggunakan sesuatu perisian, kamilah yang banyak membantu. Secara tak langsung masa yang kami luangkan bersama ayah telah mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga,” kongsi anak perempuannya.
Pesan Leow Kam Choy buat generasi muda, “Study never end’ selagi diberi peluang dan kudrat untuk menuntut ilmu. Tuntutlah semaksima mungkin kerana ilmu merupakan harta paling berharga yang boleh dimiliki oleh seorang insan. Manfaat yang bakal diperoleh lebih luas daripada apa yang kita sangkakan.
Leow Kam Choy kini sudah mendaftarkan dirinya untuk melanjutkan pengajian Doktor Falsafah di dalam bidang yang sama dan berharap kesungguhannya menjadi ikutan serta ispirasi buat anak-anak,
Sumber: UTM Newshub
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!