Sambutan Chap Goh Mei dirayakan pada setiap malam ke-15 tahun baru dan turut memberi makna pesta tanglung. Mengimbau sambutan Tahun Baru Cina minggu lalu, majoriti kaum Cina menyambutnya dengan sederhana di rumah, termasuklah keluarga jutawan Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan.

Menariknya penambahan dua ahli keluarga baru iaitu Polina Samoylova dan si comel Arianna Kyla memeriahkan lagi sambutan kali ini.

IKLAN

Menerusi hantaran Chryseis Tan, kelihatan beberapa adik-beradiknya iaitu Chrystal, Euvin, Morvin dan Nevin turut berkumpul di rumah ibu bapa mereka pada hari pertama. Demi mematuhi SOP, mungkin ada sistem giliran ditetapkan kerana anak-anak Tan Sri Vincent berjumlah 11 orang kesemuanya.

Tidak ketinggalan, dua menantu kesayangan iaitu SM Faliq serta Polina (isteri Morvin) juga hadir bagi meraikan perayaan tersebut. Pasti menyeronokkan dikelilingi ahli keluarga tersayang.

“May this OX year bring you & your family love, prosperity and most importantly good health!”

 

Datuk Arianna tak lepas-lepas mata memandang cucu kesayangan

 

Chrys dan Faliq sempat bergambar dengan nenek tercinta

BEG ARIANNA

Tahun Baru Cina kali ini juga melakar sejarah dengan kehadiran cucu baru dalam keluarga, Arianna Kyla Tan, 7 bulan. Nampak happy sungguh datuk dan neneknya, Tan Sri Vincent dan Puan Sri Esther.

Jika beberapa bulan lepas terlihat Chrys membawa sebuah beg tangan Dior Book Tote yang tertera nama Arianna, kali ni mestilah lebih upgrade.

Tengok tu, siap bawa beg Hermes Kelly, tentu Baby Arianna dapat banyak angpau, kan?

Amboi, comelnya beg Hermes tu!

 

Arianna boleh isi duit syiling je tu

 

Mungkin dapat angpau yang ni boleh beli beg besar sikit

 

IKLAN
Baby Arianna dengan neneknya

BAJU SEDONDON

Melalui perkongsian foto Chrys juga, kelihatan keluarga kecil Chrys, Faliq dan Arianna mengenakan persalinan tradisional Cina sedondon.

“First lunar New Year with pie pie got to be matchy matchy!” – Chrys

IKLAN

Tapi paling cantik bila Chrys dan Arianna pakai qipao merah jambu rekaan Varithorn Boutique. Siap ada feather lagi, cantiknya!

Comel sangat Baby Arianna!

 

Tak sabar nak tengok lebih banyak gaya sedondon ibu dan anak ni

Selain wajah comel Arianna yang putih gebu dan suka tersenyum, kebanyakan peminat keluarga ini melahirkan rasa gembira melihat semangat perpaduan yang lahir dari perkahwinan campur anak-anak Tan Sri Vincent Tan.

Biarpun kini berbeza agama, namun pertalian keluarga tetap erat serta aman bahagia. Kasih sayang tak mungkin luntur, pendek kata memang kagum sangat dengan didikan yang diterapkan oleh pasangan Tan Sri Vincent Tan terhadap anak-anaknya.

Chryseis Tan, anak kepada jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq SM Nasimuddin pada Februari 2018. Mereka saling mengenali sejak zaman persekolahan di sebuah sekolah antarabangsa.

Kedua-duanya memegang jawatan tinggi di dalam syarikat milik keluarga masing-masing. SM Faliq merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif di Naza TTDI manakala Chryseis pula merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square Berhad.

Foto: Instagram @chrystan_x