Agak lama tidak melihat kelibat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menghadiri majlis rasmi dan bertemu rakyat. Namun baru-baru ini, kemunculan baginda di sebuah program gaya hidup sihat mencuri perhatian ramai.
Memetik kenyataan daripada laman web rasmi Selangor Royal Official, Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan berangkat merasmikan World Thinking Day Run 2020 Selangor di Taman Tasik Cyberjaya, Sepang dua hari lepas.
Ads
Difahamkan majlis tersebut berlangsung pada 22 Februari lalu dan ia merupakan program anjuran Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Selangor yang dinaungi oleh DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sendiri. Seperti kebiasaan, penampilan baginda menarik tumpuan peserta yang hadir termasuk rakyat yang merindui kelibat Tengku Permaisuri Selangor.
Meskipun hanya mengenakan solekan nipis dan berbaju T, kejelitaan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin tetap memukau.
Ads
Pada majlis berkenaan, baginda turut berkenan menyerahkan sijil-sijil pencapaian kepada para peserta. Jelas terpancar wajah ceria dan terharu mereka saat menerima penganugerahan daripada Tengku Permaisuri Selangor. Selain berkenan menyampaikan sijil pencapaian, baginda turut berkenan melawat ke tapak pameran yang disediakan.
Ads
Turut hadir menyerikan World Thinking Day Run 2020 Selangor ialah Yang di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Puan Indera Setia
Selangor, Tunku Irinah Binti Al-Marhum Tuanku Jaafar.
Kredit: Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak lama lagi Putera Mateen atau Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen bakal bergelar suami. Khabar gembira mengenai perkahwinan diraja tersebut nyata mengejutkan khalayak termasuklah di Malaysia.
Apatah lagi pengumuman itu dilakukan awal dua bulan daripada tarikh istiadat perkahwinan. Memang eksklusif dan istimewa!
Menerusi kenyataan yang disiarkan Radio Televisyen Brunei pada 8 Oktober lalu, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah bertitah mengumumkan anakanda Pengiran Muda ‘Abdul Mateen bakal bernikah dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Dayang Anisha Rosnah Adam pada 11 Januari 2024.
Kredit Instagram @tmskiKredit Instagram @tmskiKredit Instagram @tmski
Difahamkan Dayang Anisha Rosnah merupakan cucu kepada penasihat negarawan Brunei dan pasangan diraja ini sudah pun mengenali sejak kecil. Malah, Putera Mateen bersahabat baik dengan abang Dayang Anisha iaitu Daniel Deen Isa.
Sementara itu, memetik laporan Borneo Bulletin pula Istiadat Perkahwinan Diraja itu akan berlangsung selama bebeapa hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024 dan kemudian diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.
Diikuti Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari sebelum diikuti dengan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada keesokan harinya.
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja bakal berlangsung pada 11 Januari. Acara kemudian diteruskan dengan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.
Dipukul dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, ditendang dan dipijak hingga terkencing adalah sebahagian azab yang ditanggung seorang kanak-kanak 9 tahun, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah sebelum meninggal dunia beberapa hari lepas.
Lebih mengejutkan, perbuatan yang sukar dibayangkan manusia waras itu dilakukan sendiri oleh bapa kandung, 38 tahun, dan ibu tiri, 34 tahun, Nur Aina Nabihah yang kini ditahan reman selama tujuh hari.
Pada malam kejadian, mangsa yang dikhabarkan seorang anak yang pendiam telah dibelasah dengan kejam tanpa belas kasihan. Dia juga pernah dipukul menggunakan sebuah bangku kecil plastik sebelum ini di rumah sewa bapanya di Taman Vista Jaya, Lukut.
Nona tertarik berkongsi catatan saudara Fdaus Ahmad yang mendapat perkongsian hingga mencecah 30,000. Sesungguhnya banyak ibu bapa yang turut merasai perasaan yang sama seperti beliau! Norzalina Mohd Alias
========================
Belum habis lagi kita brain apa yang dah jadi ke atas adik Vasanthapiriya setelah dia menggantung diri akibat dituduh mencuri henfon gurunya;
Hari ni kita semua terpaksa mengharungi satu lagi depressi apabila adik Aina Nabihah 9 tahun, menemui ajal di tangan seorang ayah durjana.
Buah pinggang rosak, usus terkoyak, dilibas dengan tali pinggang, diterajang, ditumbuk, dibelasah dan dipijak perut sampai budak tu terkencing!
Allahuakbar.
Kau bayangkan lah ayah Aina ni askar, pangkat sarjan.
Askar ni tenaganya kuat, tumbukan dia tepat, tendangannya padu, latihan fizikal yang dia lalui bukan setakat angkat senapang berat, tukul besi, latihan seni bela diri, tapi lebih daripada tu mereka ni dihormati masyarakat kerana kerjaya mempertahankan bangsa negara.
Tapi malang seribu kali malang,
Segala kekuatan dan kebolehan tempur sang ayah bukan disalur pada segerombolan musuh bersenjata,
Sebaliknya ditalakan segala kudrat tenaga lelaki dewasa kepada seorang kanak kanak perempuan yang tak ada daya;
Yang lemah lembik
Yang baru darjah tiga
Yang tak mampu nak angkat 10kg beras sekalipun
Yang pendiam, baik
Yang tidak membuat onar
Insan kecil sebegini, ditendang dipijak perut sampai terkencing, patah rusuk, pecah usus!
Ayah kandung sendiri tu.
Arwah Aina ni sebaya anak aku Faseeh.
Aku boleh bayangkan lah apa sangat budak perempuan darjah tiga boleh buat jahat pun.
Paling tidak tumpahkan air minum, atau terjatuh pecahkan pinggan.
Itu saja. Aku tahu sebab aku ada anak perempuan sebaya.
Tak ada jahat lain yang depa ni terdaya buat yang sampai kau kena pukul tumbuk pijak dia sampai mati!
Nak maki pakai bahasa apa pun tak sampai dengan jahat perbuatan kau ni syaitan.
Syaitan pun menangis kalau tahu jahat yang kau buat sampai macam ni.
Anak kecil umur 9 tahun sepatutnya dia dapat belaian dan kasih sayang ayah.
Teman dia belajar,
ajar dia buat kerja sekolah,
teman dia main petang petang,
dengar dia berceloteh pasal kawan kawan sekolah,
dengar dia bercerita,
Bawa dia bersiar jalan jalan,
Teman dia tengok katun,
Ajarkan dia perkara perkara dunia yang pelbagai macam,
Bukannya kau pukul rimbuk dia sampai meninggal!
Sekarang menyesal lah kau sampai malaikat maut menjemput pulak.
Kau akan terseksa fikiran dan jiwa raga sepanjang menanti mati.
Bayangan anak kau akan datang setiap masa dan waktu, dengan mata lebam, pipi bengkak, mulut berdarah, sambil menangis mengalir air mata bertanya soalan kepada kau;
“Apa dosa dan salah silap Aina ayah?”
“Kenapa ayah bunuh Aina sekejam ini?”
“Kenapa Aina mesti mati di tangan ayah?”
Maka hidup lah kau dengan penyesalan paling menyiksakan disetiap detik dan saat,
dalam segenap hela nafas kau yang membusuk,
Jiwa raga kau akan mereput seperti bangkai,
Lalu akhirnya kau akan mati penuh derita, perit dan celaka!
Kehebatan Dato’ Seri Dr. Farah Khan dalam arena fesyen tidak perlu disangkal lagi. Berjaya membina empayar yang besar dan memiliki jenama fesyen sendiri telah merentas horizon dunia, tidak salah menggelarnya ratu fesyen negara.
Dalam setiap gerak langkahnya ada sahaja pembaharuan yang dilakukan dalam memastikan industri fesyen tempatan disajikan dengan perkara baharu.
Di bawah empayar The Melium Group terdapat lebih 100 jenama antarabangsa yang ditawarkan, antara jenama-jenama terkenal dengan butik fizikal yang bertapak di Malaysia khusus untuk pencinta fesyen tempatan adalah seperti Givenchy, Max Mara, Roger Vivier, Hacket London, Aigner serta banyak lagi.
Dini Schatzmann
Selain itu Dato’ Seri Dr. Farah Khan turut mengilhamkan sebuah butik multi jenama yang dikenali sebagai M Pavilion yang menampilkan antara jenama seperti Alaia, Victoria Beckham, Jonathan Simkhai dan Roland Mouret.
Dato Emma Ibrahim dan Dato’ Seri Dr. Farah Khan
Dato’ Seri Dr. Farah Khan tidak lupa dengan identitinya sebagai seorang pereka fesyen. Pada tahun 2007 beliau melancarkan jenama dengan namanya sendiri iaitu Farah Khan.
Baru-baru ini Dato’ Seri Dr. Farah Khan bersama-sama The Melium Group telah meraikan ulang tahun Fesyen ke-30. Bukan suatu jangka masa yang mudah dan menandakan keteguhan jenama ini dalam memperkasakan industri peruncitan gaya hidup dan fesyen mewah di tanah air.
Datin Azila Caramella & Luna Caramella dalam persalinan Farah Khan & Max Mara
Sambutan ulang tahun ini telah diraikan dalam pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Fashion Week – KLFW) yang bertempat di Pavilion KL baru-baru ini.
Pembukaan pertunjukan fesyen dimulakan dengan testimoni video dari Dato’ Seri Dr. Farah Khan sendiri diikuti Friends of Melium Walk, antaranya Zahida Rafik, Datin Azila Caramella, Dato’ Emma Ibrahim, Dini Schatzmann, Dato’ Jasmien Raj, Tengku Siska Alisa dan Kavita Kaur berjalan secara eksklusif di pentas peragaan.
Kemeriahan malam itu diteruskan dengan pertunjukan fesyen label The Melium Group seperti Aigner, Balmain, Hackett London, Max Mara dan jenama terkenal yang lain. Dato’ Seri Dr. Farah Khan turut mempamerkan jenamanya sendiri dengan tema Jean-Michel Basquiat. Tahniah The Melium Group atas ulang tahun ke-30!
Dato’ Jasmine RajSarah MarcellaZahida Rafik dalam persalinan BalmainTengku Siska Alisa dalam persalinan Balmain
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.