Rata-rata ramai yang mengetahui penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza memang seorang yang cukup mementingkan penampilan dan kesihatan dirinya.
Apatah lagi di usia 44 tahun, Datuk Siti atau lebih mesra dipanggil Tokti tetap aktif dengan pelbagai rencana kerjayanya yang disusun bagi mengekalan statusnya sebagai salah seorang penyanyi paling berpengaruh di Malaysia.
Dan baru- baru ini, perkongsian Tokti di gimnasium mencetuskan rasa kagum dan keterujaan dalam kalangan peminat untuk turut serta bersenam walaupun ketika kita semua masih meraikan Aidilfitri di samping menghadiri jemputan rumah-rumah terbuka.
Maklumlah, Tokti juga berkata ini merupakan langkah siap siaganya bagi mencapai stamina terbaik untuk Konsert Satu Suara VOL 3 yang bakal diadakan bulan depan.
View this post on Instagram
“Masa dah tak lama untuk KONSERT SATU SUARA VOL3 . Beraya tetap beraya tapiiiii persiapan stamina kena buat juga sebab saya sangat teruja untuk konsert ini.
Bagi yang ingin menonton masih boleh boleh dapatkan tiket di www.myticket.asia ye.. Jangan lambat takut seat yang anda nak kehabisan .. Jualan tiket semua akan di salurkan kepada Yayasan Nurjiwa bagi membantu mereka yang memerlukan .. Terima Kasih bagi yang sudah dapatkan !! Kita jumpa 13 Mei nanti ye!!!,” tulisnya.
Rata-rata ramai peminat mengagumi semangat dan usaha Tokti bagi memastikan beliau sudah cukup bersedia untuk menyanyi di pentas konsert tersebut yang turut disertai Ernie Zakri dan JayJay.
Turut sama rakan artis yang memuji semangat pelantun lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ itu untuk kembali bersenam setelah lama cuti beraya.
Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang memuji persiapan TokTi yang bukan sahaja dari segi vokal tetapi dari segi tenaga fizikalnya, menandakan betapa serius dan konsistennya Tokti dalam kerjayanya. Padanlah Tokti cukup disayangi ramai.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***