Penyanyi yang namanya sedang meningkat naik, Farisha Iris mengakui sebagai selebriti adalah ‘crucial’ bagi dirinya untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya di khalayak umum. Kerana ramai diantara peminat yang menjadikan dirinya sebagai role-model tidak kira dari segi fesyen hinggalah kepada rutin kecantikkan.
Sehubungan itu, NONA sempat ‘mengorek’ amalan mahupun rutin untuk kekal cantik yang sering diamalkan oleh si cantik manis Farisha Iris atau nama penuhnya Farisha Asmadi.
Berikut merupakan tiga amalan yang disarankan Iris khas buat para wanita yang mahu mengekalkan kecantikan atau beauty enthusiast.
1. Rehat Yang Mencukupi
Menurut Iris, perkara yang paling penting untuk mengekalkan kecantikan adalah apabila tubuh badan mendapatkan rehat serta tidur yang mencukupi.
Jelasnya lagi, rehat yang mencukupi serta tidur yang berkualiti bakal memberikan aura yang berbeza kepada tubuh badan seseorang.
Ads
“Paling penting adalah kena cukupkan rehat, tidur jangan lambat dan jangan terlalu banyak tengok handphone kerana lambat laun ia akan memberi kesan kepada kulit kita,” ujarnya.
2. Pastikan ‘Water Intake‘ Penuhi Keperluan Badan
Selain itu, Iris berkata indikator kedua yang perlu dijadikan amalan adalah ambil tahu tentang kadar air dalam badan. Water intake yang cukup amatlah diperlukan untuk memenuhi keperluan badan seseorang.
Tambahan pula, dengan cuaca di negara tropikal yang panas dan lembap serta tidak menentu kebelakangan ini. Malah, pengambilan air yang cukup dapat mengelakkan kita dari terkena strok haba!
“Jika nak kekalkan kecantikan harus minum air yang banyak, kerana ia membantu untuk memulihkan kembali tenaga tubuh badan anda,” ulas Iris.
Ads
3. Sentiasa Berada Dalam Lingkungan Positif
Kecantikan juga kadangkala dipengaruhi oleh persekitaran di sekeliling kita, kerana persekitaran yang baik akan membuatkan mood seseorang menjadi baik, lebih yakin dan ia sekaligus memaparkan persona cantik secara tidak langsung.
Namun, sekiranya seseorang berada dalam persekitaran yang negatif dan buruk. Maka, semangat akan merundum maka pemikiran negatif akan memakan diri seseorang dari dalam. Lantas membuatkan personaliti seseorang itu terlihat tidak cantik.
Ads
Justeru, ini pesan Iris kepada hijabi di luar sana yang mendambakan kecantikan:
“Anda semua perlu kekal positif, sentiasa senyum jangan marah-marah nanti lekas tua!,” selorohnya.
Apapun, NONA berharap agar Nonarians dapat mengamalkan tip yang disarankan oleh Farisha Iris ini. Malah, sentiasa ingat bahawa kita semua cantik dan telah diciptakan Allah swt dengan begitu sempurna.
Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Penglibatan wanita-wanita India dalam pertandingan ratu cantik bukan lagi perkara asing. Cukup sinonim dengan pertandingan seumpama itu, kebanyakan bintang Bollywood hari ini merupakan pemenang Miss World dan Miss Universe. Antaranya termasuk Sushmita Sen, Aishwarya Rai, Priyanka Chopra dan Lara Dutta.
Kecantikan wanita India sekali lagi mendapat perhatian dunia apabila Harnaaz Kaur Sandhu dinobatkan sebagai Miss Universe 2021 baru-baru ini. Baru berusia 21 tahun dan dilaporkan berketurunan Punjabi, Harnaaz mewakili India di 70th Miss Universe 2021.
Kemenangan tersebut sekaligus menyaksikan Harnaaz berjaya membawa pulang mahkota itu kembali ke India selepas bekas ratu cantik, Lara Dutta memenangi gelaran berkenaan pada tahun 2000 iaitu kira-kira 21 tahun lepas!
Harnaaz berjaya mengetepikan ratu cantik dari Paraguay yang menduduki tempat kedua diikuti peserta dari Afrika Selatan yang berada di tempat ketiga. Dalam majlis itu, Harnaaz dimahkotakan oleh bekas Miss Universe 2020 dari Mexico Andrea Meza.
Menelusuri latar belakang ratu cantik ini, dia dilahirkan di Chandigarh pada 3 Mac 2000 dan mula menceburi dunia peragaan seawal usia remaja. Selepas menamatkan persekolahan di Shivalik Public School, dia juga menyertai Post Graduate Government College for Girls dan kini melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang pentadbiran awam.
Harnaaz sangat prihatin terhadap isu semasa khususnya melihatkan situasi pemanasan global, pemuliharaan alam sekitar dan perubahan iklim. Dia berjaya memancing hati para juri apabila mengetengahkan isu semasa tersebut kepada khalayak.
Sebelum ini Harnaaz pernah meraih pelbagai gelaran ratu cantik antaranya Remina Miss India Punjab 2019, Miss Diva Universe, Miss Chandigarh 2017 dan Miss Max Emerging Star India 2018.
Selain aktif menyertai pertandingan ratu cantik, dia juga membintangi beberapa drama Punjabi. Harnaaz turut mengakui mendapat sumber inspirasi dan semangat daripada ibu tersayang yang memartabatkan kaum wanita dalam kalangan komuniti di India apabila diiktiraf sebagai Pakar Sakit Puan berjaya.
Kredit foto: Instagram Harnaaz Sandhu & Miss Universe
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selena Gomez berkongsi rasa sedih apabila disahkan bakal berdepan risiko sukar untuk memiliki cahaya mata kesan pengambilan ubat bipolar.
Menerusi wawancara bersama Rolling Stone, penyanyi dan juga pelakon berusia 30 tahun itu berkata, setelah dua tahun mengambil ubat tersebut, doktor memberi amaran bahawa dia bakal berdepan kesukaran untuk hamil.
“Saya telah mengambil ubat bipolar kerana mengalami gangguan mental sejak 2020. Selepas dua tahun, saya masih bergantung dengan ubat tersebut.
“Kesannya, doktor memberi amaran bahawa saya berkemungkinan besar akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil,” katanya.
Gangguan bipolar, juga dikenali sebagai kemurungan manik, ialah gangguan mental yang menyebabkan tempoh kemurungan dan tempoh mud tinggi. Mud yang tinggi ialah penting dan dikenali sebagai mania atau hipomania, bergantung kepada tahap, atau sama ada gejala kehadiran psikosis.
Semasa mania, individu berkelakuan atau berasa luar biasa bertenaga, gembira, atau marah. Individu sering membuat kurang berfikiran keputusan tanpa mengambil kira akibatnya. Keperluan untuk tidur biasanya dikurangkan semasa fasa manik. Dalam tempoh kemurungan, mungkin ada menangis, pandangan negatif terhadap kehidupan, dan hubungan mata yang lemah dengan orang lain.
Risiko bunuh diri di kalangan mereka yang mempunyai penyakit yang tinggi di lebih daripada 6 peratus lebih 20 tahun, manakala mencederakan diri sendiri berlaku dalam 30-40 peratus. isu-isu kesihatan mental yang lain seperti gangguan kebimbangan dan penggunaan bahan gangguan selalunya dikaitkan.
Punca-punca tidak jelas difahami, tetapi kedua-dua faktor persekitaran dan genetik memainkan peranan. Banyak gen kesan kecil menyumbang kepada risiko. Faktor-faktor persekitaran termasuk sejarah penderaan kanak-kanak, dan tekanan jangka panjang.
Menyedihkan, namun bekas kekasih Justin Bieber itu tetap tidak patah semangat dan akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan peluangnya menjadi seorang ibu terus terbuka.
“Saya tidak akan patah semangat. Dunia semakin moden. Pasti akan ada kaedah lain untuk saya memiliki cahaya mata nanti,” katanya.
Sumber: Agensi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun ini, pelakon cantik Nora Danish menginjak usia 42 tahun. Tapi kalau lihat wajah isteri Nedim tersebut macam tak menggambarkan usia sebenar pun. Dari awal kemunculan Nora dalam industri seni dan membintangi drama Puteri sampai sekarang, ibarat tak berubah muka. Awet muda!
Terbaharu, Nora memuat naik gambar mereka sekeluarga menyambut kehadiran tahun 2024. Bukan hanya meraikan tahun baharu, Nora turut menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Diam tak diam, satu-satunya anak tunggal Nora hasil perkahwinan pertamanya dengan Toh Muda Datuk Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai ini meniti usia 15 tahun.
Kongsi Nora, “Early birthday celebration for my eldest. He is going to be 15 on 7th January. Dia balik KTJ (Kolej Tuanku Ja’afar) on the 3rd. Sob sob! Sebab tu celebrate awal. We love you sayang. Love you love you love you my forever baby.”
Rayqal menyambung pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar di Mantin, Negeri Sembilan sejak tahun 2021.
Kemasukan Rayqal ke sekolah persendirian berkelas tinggi berkenaan pernah menjadi bualan hangat warga maya memandangkan harga yuran persekolahan di sekolah itu dikatakan mencecah harga sebidang tanah.
Turut kelihatan meraikan hari lahir Rayqal ialah bapa tiri, Nedim, adik-beradik Rayqal, ibu dan ahli keluarga Nora Danish.
Selepas bercerai dengan Jejai, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada tahun 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl Nedim berusia enam tahun.
Tun Dr Mahathir Mohamad seorang negarawan yang disegani ramai bukan sahaja di Malaysia bahkan di serata dunia. Ketajaman fikiran dan kebijaksanaan figura ini mentadbir negara meraih perhatian pemimpin dunia. Tidak hairanlah Tun Mahathir diberi kepercayaan mentadbir Malaysia ...