Wanita bermulut puaka, lidah (dan jarinya) lebih tajam dari belati. Kadang-kadang bila timbulnya sesuatu isu yang mengundang perselisihan pendapat, kata-kata yang mereka keluarkan sungguh ‘luar biasa’.

Umpamanya ketika menilai kehidupan selebriti serta public figure dari akaun Facebook, Twitter atau Instagram mereka. Pantang silap di mata, ada yang terus menjatuhkan hukuman seperti Tuhan.

IKLAN

Seolah-olah kita saja yang betul dan maksum. 

Mungkinkah akibat trend membaca gosip dan aib orang lain melalui media sosial ini yang melahirkan begitu ramai golongan wanita dari jenis isteri Abu Lahab bernama Hindun?

Dan tahukah anda, Allah SWT telah mengisahkan tentang lima jenis wanita dalam Al-Quran dan salah satunya disebut secara spesifik tentang mereka yang suka bergosip atau menyebarkan hal orang lain?

Lima jenis wanita ini telah diceritakan dalam Al-Quran buat panduan kita semua. Cuba semak, diri kita ini jatuh dalam kategori yang mana…

Jenis Wanita Dalam Al-Quran

(a) Pejuang

Jenis pertama yang disebut dalam al-Quran adalah jenis pejuang. Wanita yang memiliki sifat pejuang ini mempunyai keperibadian yang kuat. Mereka berani menanggung risiko apa pun saat keimanannya diusik dan kehormatannya diperlekehkan. Siti Asiah binti Mazahin, isteri Firaun memiliki sifat pejuang ini.

(b) Solehah

Jenis wanita yang kedua ialah wanita soleh yang menjaga kesucian dirinya. Kita dapat lihat sifat ini ada pada Maryam binti Imran. Hari-harinya diisi dengan ketaatan dan Maryam sangat konsisten menjaga kesucian dirinya.

(c) Penghasut, Pembuat Fitnah & Penggemar Gosip

IKLAN

Jenis yang ketiga, dimiliki oleh isteri Abu Lahab bernama Hindun. Mereka yang mempunyai sifat seperti Hindun ini suka menghasut, menyebar fitnah dan menjaja cerita.

Di dalam al-Quran, Hindun disebut sebagai ‘pembawa kayu bakar’ atau dengan kata lain penyebar fitnah. Bersama suaminya, Hindun tidak putus menentang dakwah Rasulullah SAW, menyebar fitnah dan melakukan kezaliman. Bayangkan perkara yang kecil boleh menjadi besar apabila Hindun bersuara.

(d) Penggoda

Jenis wanita yang keempat ialah jenis wanita yang suka menggoda. Ini dibuktikan Zulaikha saat menggoda Nabi Yusuf AS. Perbuatan Zulaikha ini diceritakan dalam Al-Quran.

IKLAN

Pada zaman ini, wanita penggoda sememangnya amat ramai dalam masyarakat. Golongan ini mudah dikesan melalui cara berpakaian, percakapan dan perbuatannya yang jelas mengada-ngada.

(e) Pengkhianat & Ingkar Terhadap Suaminya

Allah tidak menyukai wanita yang mengkhianati suaminya yang soleh. Isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth mempunyai sifat kelima ini. Saat suaminya memperjuangkan kebenaran, mereka menjadi pengkhianat dakwah.

Meskipun wanita-wanita yang dikisahkan dalam Al-Quran ini hidup ribuan tahun lampau, namun karakteristik dan sifatnya tetap abadi sampai sekarang. Semoga dengan membaca kisah ini, kita tidak terjerumus pada lingkar dosa yang akan memenuhi neraka.

Ingat, jangan jadikan teknologi sebagai pintu rahsia untuk ke neraka. Dalam pada enak memberi komen-komen ‘laser’, berkongsi gosip dan menjadi keyboard warrior, ingatlah semula pada teras agama kita yang suci.

Wanita yang baik adalah yang menjadikan lelakinya seseorang yang lebih baik. Norzalina Mohd Alias

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI