Kata orang, seseorang wanita itu tampak lebih manis bila mengenakan tudung bawal. Betul ke? Hehe, terpulanglah pada citarasa masing-masing, yang penting apa jua fesyen yang digayakan haruslah menutup aurat selari dengan kehendak agama.
Bagi penyanyi terkenal, Wany Hasrita, dia juga lebih senang mengenakan tudung bawal berbanding selendang.
Cara Wany ‘Maintain Awning’ Sepanjang Hari!
Sempat bertanya caranya mengekalkan ‘awning’ tudung sepanjang hari, pelantun lagu Pedas itu ternyata ada jawapannya yang tersendiri.
Ads
“Berdoa je. Itu je boleh! (ketawa) Dan selain daripada itu, of course boleh spray (hijab starch) tapi saya tak berapa suka menggunakannya kerana ia akan membuatkan tudung menjadi terlalu keras.”
“Kita harus pandailah menggunakannya. Tapi yang paling normal adalah dengan berserah. Hari ini kalau tudung okay, okay. Kalau tidak reda sahajalah. ”
Ads
Teringat dulu waktu zaman sekolah ada yang siap masukkan plastik ke dalam tudung supaya terletak cantik.
Ads
Boleh ’emo’ seharian tau kalau tudung tak menjadi! Jadi yang mana sailihan anda? Bawal atau selendang?
Nama pengacara serta personaliti TV Hawa Rizwana bukan lagi satu nama asing dalam industri hiburan tanahair.
Malah, Hawa merupakan salah seorang selebriti yang bukan sahaja sering menghasi kaca televisyen sejak mengambil alih tempat Neelofa sebagai pengacara program MeleTOP namun si cantik manis ini juga aktif dalam sukan berbasikal dan aktiviti sukan lasak.
Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya terselit tentang aktiviti-aktiviti melibatkan kecergasan ini.
Menurut Hawa yang ditemubual secara eksklusif oleh NONA, hobi berbasikal sudah mula timbul semenjak dirinya masih kecil lagi.
“Waktu saya di Perlis dahulu, ketika saya masih berada dalam tahun 2 hingga 6, aktiviti berbasikal merupakan aktiviti wajib saya.
“Jadi ia merupakan salah satu gaya hidup sihat dipraktikkan dalam kehidupan harian saya,” katanya.
Namun, tambahnya, apabila sudah berpindah ke Kuala Lumpur, dia tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti berbasikal kerana faktor kesibukan jalan raya yang merbahaya.
“Apabila saya dan keluarga mula berpindah ke Kuala Lumpur, ibubapa saya tidak membenarkan saya untuk berbasikal di kawasan Kuala Lumpur atas faktor keselamatan.
Tambahan pula saya seorang sahaja anak perempuan jadi, mereka lebih berhati-hati dalam hal ini,” jelasnya lagi.
Ibu bapa saya yang terlalu menjaga sehinggakan saya nak sertai bola jaring dan boling pun tidak dibernarkan. Jadi, semasa di sekolah menengah, saya banyak menghabiskan masa dengan aktiviti menari sahaja.
Kongsinya lagi, dia kembali melakukan aktiviti berbasikal apabila dia sudah bekerja dan sudah mempunyai kenalan-kenalan yang turut sama melakukan aktiviti berbasikal.
Bagaimanapun, bermula dari tahun 2019, dia mula mengaktifkan dirinya dengan berbasikal di merata tempat termasuklah di kawasan Kuala Lumpur International Airport dan juga Desaru.
“Sejak 2019, bila dah ada kawan-kawan yang suka berbasikal, saya mula berkayuh di area Kuala Lumpur. Jadi, sebenarnya, minat berbasikal ini sudah lama ada di dalam diri sejak kecil lagi,” ujar Hawa.
Selain berbasikal, kini Hawa dilihat semakin sinonim dengan aktiviti sukan seperti Marathon, Bola Jaring dan aktiviti sukan lasak seperti menawan puncak gunung dan Hiking sejak menyertai program Real Men Malaysia: Wira Merah.
Patutlah, tengok Hawa ni sentiasa cergas dan bertenaga walaupun tak menang tangan menguruskan kerjaya. Kuncinya, adalah amalan gaya hidup sihat dan rajin bersenam agar badan kita bertambah stamina dan semakin cerdas!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah Hijabista
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Kecantikan Aida Aris tidak pernah pudar walau dia meniti usia 50 tahun. Pernah menjadi dambaan ramai kerana kejelitaan yang dimiliki, personalilti ini tidak hanya berbakat dalam dunia lakonan. Sebaliknya turut mahir dalam bidang kulinari.
Masih menerima tawaran berlakon dan bergiat aktif sebagai anak seni, jelitawan ini turut memanfaatkan kelebihan yang ada dengan menceburi bidang perniagaan.
Jika dulu, dia pernah menjual aksesori pelengkap gaya wanita menerusi jenama Paku, kini bekas peragawati berkenaan merupakan peniaga makanan atau dessert.
Mula melibatkan diri dalam dunia seni sejak tahun 1994, pemilik nama Siti Rohaida Mat Aris menginjak usia 50an. Sudah pun membintangi pelbagai drama dan filem, nama Aida Aris cukup terkenal sekitar tahun 90an.
Kemunculan terkininya ialah dalam drama Projek High Council. Pasti ramai yang merindui lakonan figura ini.
Selain itu antara filem lakonan popularnya termasuklah Suratan Kasih, Debu-Debu Kasih, Senjakala dan Black Maria.
Sehingga ke hari ini, Aida ligat mengusahakan perniagaan makanan dikenali sebagai Gerboozz Donut by Aida Aris. Dia juga aktif menyertai pelbagai festival makanan demi mempromosikan jualan di samping beramah mesra dengan peminat.
Jun ini, dia akan menyertai Havoc Food Festival di Kuantan, Pahang. Antara menu popular yang dijual ialah Donut Sambal Ikan Bilis Rangup.
Kemunculan Aida Aris dalam industri seni bermula sekitar lewat 90an dan bakat lakonannya masih mendapat tempat dalam arena ini. Salah satu drama popular yang melonjakkan nama figura ini ialah Bulan Bintang Capricorn pada tahun 1999.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain kehilangan ‘me-time’, masalah rambut gugur teruk pasca bersalin turut merunsingkan malah pengakuan jujur Rihanna yang kini berambut pendek raih pujian peminat.
Tampil dengan kejutan potongan rambut pendek keriting dan tanpa rambut palsu, imej terbaharu selebriti Rihanna baru-baru ini mencuit tumpuan.
Wanita yang baru sahaja melahirkan anak kedua, Riot Rose Mayers, pada Ogos 2023 itu rupa-rupanya mengalami masalah keguguran rambut yang teruk.
Dalam sebuah temu bual dengan Refinery29 sempena majlis pelancaran Rihanna x Fenty Hair di LA, penyanyi dan usahawan jenama Fenty ini mendedahkan pengalaman keguguran rambut selepas bersalin.
Tonton video penuh bersama Rihanna di bawah…
“Saya tak sangka ia akan berlaku secara berterusan. Mulanya saya ingat ia berlaku sekali dan akan tumbuh semula. Namun, lama-kelamaan semakin teruk apabila rambut makin gugur di bahagian kepala yang berbeza pada setiap masa.
Jadi saya rasa cukuplah, enough is enough,” luah ibu kepada si comel sulung RZA Athelston Mayers itu kepada Refinery29.
Pengakuan Rihanna ini meraih pujian peminat yang rata-ratanya kagum dengan ketelusan beliau bercerita hal sebenar terhadap wanita selepas melahirkan.
Meskipun terkejut, Rihanna akhirnya menerima keadaan tersebut dan belajar untuk mengatasi masalah rambut gugur dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan memotong rambut pendek dan membuat perawatan terbaik untuk menyihatkan rambut.
Malah sesudah menemui solusi yang tepat, Rihanna turut melancarkan rangkaian penjagaan rambut Fenty Hair untuk menangani masalah serupa, sekaligus memberi peluang kepada peminat-peminat wanita beliau mendapatkan semula mahkota wanita yang sihat dan bersinar.
RAMBUT GUGUR
Masalah keguguran rambut selepas melahirkan atau postpartum hair loss merupakan keadaan normal dialami oleh ibu-ibu. Kondisi terjadi disebabkan oleh perubahan hormon estrogen selama kehamilan dan setelah bersalin.
Hormon kehamilan menyebabkan banyak rambut pada fasa pertumbuhan (fase anagen) memasuki masa istirahat (fase telogen) secara tiba-tiba, di mana rambut berhenti tumbuh.
Setelah bersalin, hormon tersebut menurun dan menyebabkan rambut memasuki fasa telogen. Ia diikuti dengan masalah keguguran rambut seperti yang dialami oleh majoriti wanita bersalin.
Dari riak wajahnya jelas terserlah sinar kebahagiaan yang sedang mengulit kehidupan Datuk Seri Sheila Majid. Mana tidaknya, hasrat untuk bergelar nenek dan menimang cucu akhirnya dimakbulkan Allah SWT apabila anak lelaki kesayangan iaitu Megat Abdul Majid selamat menjadi bapa sekitar Julai lepas.