Gaya hidup warga kota kini sentiasa sibuk dengan pelbagai acara sosial. Selain dihambat bebanan kerja, corak pemakanan yang kaya kolestrol dan sesetengahnya mengkonsumsi alkohol mengundang pelbagai penyakit moden, antaranya hipertensi. Turut dikenali sebagai tekanan darah tinggi, hipertensi adalah masalah kesihatan masyarakat di negara maju serta negara membangun termasuklah Malaysia. Kebanyakannya tidak dilaporkan, malah kira-kira 30 peratus kes tekanan darah tinggi tidak dikesan sehingga komplikasi lain seperti angin ahmar, serangan jantung dan sakit buah pinggang timbul.

Wanita Paling Ramai Mengalami STRES MENTAL, Cuba Kawal Diri Dengan Cara Ni!

IKLAN

Kajian Kesihatan dan Kematian Kebangsaan menunjukkan kadar berlakunya tekanan darah tinggi sebanyak 24% dan dijangka akan meningkat kepada 40–45% dalam masa 20 tahun yang akan datang. Bagi kes yang telah ditemui, 4.1% tidak mendapat rawatan. Sememangnya hipertensi memberi kesan yang besar kepada kos perubatan, justeru, mengapa tidak mencegah sebelum terlambat?

Penyakit ini dikesan menerusi kadar tekanan sistolik dan tekanan diastolik. Tekanan sistolik adalah tekanan yang wujud apabila jantung mengecut dan darah dipam keluar manakala tekanan diastolik adalah tekanan yang wujud apabila jantung mengendur dan darah dipam masuk.

Contoh bacaan normal

120 mmHg (sistolik)

80 mm Hg (diastolik)

Wanita Paling Ramai Mengalami STRES MENTAL, Cuba Kawal Diri Dengan Cara Ni!

 

RISIKO HIPERTENSI

  • Bacaan sistolik dan diastolik melebihi paras normal
  • Berusia 30 tahun ke atas
  • Wanita putus haid
  • Sejarah keluarga
  • Kegemukan
  • Tekanan
  • Gaya hidup sedentari
  • Merokok
  • Pengambilan alkohol

 

KESAN TERHADAP KESIHATAN

IKLAN

Hipertensi sangat berbahaya kerana ia akan membebankan jantung dan ini menyebabkan arteriosklerosis (pengerasan dinding arteri). Gejala ini meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok. Jika tidak dirawat, hipertensi akan membawa kepada penyakit kronik degeneratif seperti retinopati, paru-paru berair, penebalan dinding jantung dan penyakit berkaitan jantung, pengerasan dinding pembuluh darah serta kematian.

Wanita Paling Ramai Mengalami STRES MENTAL, Cuba Kawal Diri Dengan Cara Ni!

 

SIMPTOM-SIMPTOM

IKLAN
  • Kerap kencing
  • Susah bernafas
  • Pening dan pitam
  • Muka panas dan merah
  • Bunyi berdengung dalam telinga
  • Kemurungan
  • Penglihatan kabur
  • Bengkak kaki
  • Hidung berdarah
  • Dikenali sebagai pembunuh dalam senyap, hipertensi tidak menyebarkan simptom (asimptomatik) selama beberapa tahun sehinggalah pesakit diserang strok, angin ahmar dan serangan jantung.

 

PENCEGAHAN & PENGAWALAN

  • Capai berat badan yang normal menerusi aktiviti fizikal
  • Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan lemak dalam diet
  • Tingkatkan pengambilan serat, kalium, magnesium dan kalsium mencukupi
  • Elakkan pengambilan alkohol dan jangan merokok
  • Menangani tekanan dengan bijak

 

TIP

  • Jika anda menurunkan berat badan anda sebanyak 1kg bermakna anda telah berjaya menurunkan tekanan arteri sebanyak 1.5mmHg.
  • Senaman atau aktiviti fizikal boleh menurunkan tekanan darah sebanyak 10/8mmHg (pesakit Hipertensi) dan 2/3mmHg (normal).
  • Garam umpama span dalam badan yang menyerap air dalam tubuh, semakin tinggi garam dalam badan anda, semakin banyak air diserap dan semakin tinggi tekanan darah.
  • Pesakit Hipetensi perlu mengehadkan natrium kepada 2.4g sehari. Satu sudu teh garam sudah mengandungi 2g natrium.
  • Hanya dengan menghisap sebatang rokok anda telah meningkatkan tekanan darah sebanyak 5–10mmHg selama lebih kurang 30 minit.
  • Tekanan darah normal orang dewasa ialah 120/80 mmHg. Bacaan pada 140/90 mmHg atau lebih akan meningkatkan risiko anda terhadap tekanan jantung.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI