Pernah menjadi blogger terkemuka, nama Hanis Zalikha bukan lagi asing dalam kalangan peminat.
Hanis Zalikha memang punya aura tersendiri. Popularitinya sebagai usahawan dan isteri kepada pelakon Hairul Azreen membuatkan ramai yang mengikuti perkembangannya setiap hari.
Video Masakan Hanis ‘Trending’ Hampir Cecah Jutaan Tontonan!
Bahkan dia juga ada berkongsi beberapa video masakan sebelum ini. Pendek kata, apa saja yang dikongsikan Hanis pasti akan trending dan menjadi sorotan serta rujukan warganet!
Selain gemar berkongsi rutin harian dan produk perniagan miliknya, Hanis yang juga pengasas jenama Cakenis dan Love Masak ini, sering memuat naik video masakan di Instagram.
Malah, terdahulu video pendek berkaitan resipi mudah tempe goreng berkenaan meraih hampir sejuta tontonan!
1. Tempe (Dihiris Tebal Seperti Nougat)
2. Serbuk Paprika
3. Serbuk Lada Sulah
4. Serbuk Rempah Kari Ikan
5. Tepung Jagung
6. Air Sejuk
“Buat peminat masak simple-simple seperti Chef Keknis, terimalah tempe nougat. Bolehlah masak untuk dinner kejap lagi.”
Dalam video itu, Hanis terpaksa akur apabila pembantunya memotong tempe seperti nougat. “Kita letak smoked paprika, white pepper, garam dan paling penting rempah kari ikan.
Ads
Untuk rangup mesti letak tepung jagung sedikit lepas tu kita gaul sebati dan letak secret weapon iaitu air sejuk.
Dengan itu ia akan jadi macam menyaluti tempe. Goreng sampai warna keemasan, tengok rangup macam mana, rasa sedikit, siap!,” ujarnya.
Air Tangan Isteri, Pengikat Kasih Sayang Keluarga
Ads
Benarlah air tangan isteri itu pengikat kasih sayang seisi keluarga! Patutlah tengok rumahtangga Hanis Zalikha ni bahagia sentiasa. Nonarians terutamanya yang bergelar isteri boleh cuba resipi kebahagiaan Hanis Zalikha ni, rajin ke dapur pasti suami sayang!
Untuk rekod, pada 5 Jun 2014 yang lalu Hanis dan Hairul menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Pasangan selebriti ini sentiasa menjadi perhatian peminat seni tanah air terutamanya ketika melancong ke luar negara kerana sering mengunjungi destinasi percutian yang eksklusif dan mewah. Antaranya di Maldives yang dilaporkan mencecah puluhan ribu ringgit.
Figura cantik ini juga secara rasmi diumumkan sebagai duta jenama Innersejuk pada tahun 2022 dan bersetuju dengan potensi kontrak bernilai USD 1 juta!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Ramai antara kita yang memiliki imian untuk makan dengan lebih sihat demi menjaga bentuk tubuh dan kesihatan. Namun ramai yang tersilap langkah dengan menahan lapar ataupun memilih makanan ‘sihat’ yang salah.
Apakah makanan ‘sihat’ yang salah? Sebagai contoh anda tidak mahu makan nasi tetapi menggantikannya dengan biskut, mee, bihun dan juga salad bercampur sos tinggi garam. Makan nasi bukan penyebab gemuk namun kuantiti nasi yang dimakan serta lauk yang dipilih membuatkan anda gemuk.
Salah satu menu kesihatan popular yang selalu dicuba adalah pilihan pelbagai jenis salad. Namun tahukah anda salad juga boleh membuatkan anda gemuk sekiranya anda mencampurkannya dengan sos yang tinggi sodium, dan sos yang diletakkan sebagai perasa pula sudah kelihatan seperti kuah.
Ini adalah satu resipi salad berasaskan labu yang mempu membuatkan anda kenyang bahkan cukup berkhasiat! Sosnya juga sihat kerana dibuat sendiri.
Buah ini mengandung lemak, protein, kalori, beta karoten, kalium, zat besi, kalsium, vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin K, vitamin B6, lutein, niasin, dan masih banyak khasiat lain lagi.
SALAD LABU PANGGANG
Bahan-bahan (Untuk 2-3 Orang Makan)
1kg Labu (dipotong dadu)
2 biji bawang merah besar (dipotong wedges)
2 ikat asparagus
400 gram kacang dhal (direbus)
2 sudu makan minyak zaiton
2 sudu makan cuka balsamic
2 sudu makan air
50 gram keju feta rendah lemak (dihancur kasar)
CARA MEMBUAT
Panggang labu, asparagus dan bawang merah sehinga empuk. Setelah empuk, masukkan ketiga-tiga bahan ini dalam mangkuk bersama kacang dal.
Kemudian dalam mangkuk kecil berasingan, campurkan minyak zaitun, cuka balsamik dan juga air. Apabila sebati curahkannya ke atas salad tadi.
Akhir sekali, tabur keju feta yang sudah dihancurkan. Siap untuk dihidang.
Sebagai alternatif untuk menjadikan salad ini lebih menyelerakan, anda boleh mencampurkan dada ayam yang dipanggang. Pasti memikat selerea.
Foto: www.taste.com.au
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun ramai yang menjadikan ruang dapur sebagai salah satu spot kegemaran dalam rumah, namun apabila timbul situasi seperti bekas gula dihurung semut atau nasi termasak mentah dan sebagainya, sudah pasti ketenangan berada di dapur boleh terjejas dan mengubah mood anda.
Terutama sekali di kalangan wanita berkerjaya yang sudah pasti tak menang tangan hendak selesaikan masalah di dapur. Ikutkan hati semua benda mahu diselesaikan dengan pantas tapi terhalang pula dengan kekangan masa.
Tak perlu gusar dan serahkan saja masalah tersebut dengan menggunakan barang yang ada di sekeliling anda. Berikut petua dapur yang cukup berguna untuk dipraktikkan.
(a) Nasi mentah
Jangan sesekali membuang nasi yang dimasak mentah kerana anda boleh mendapatkan kembali rasa nasi seperti biasa dengan hanya membuat langkah ini. Salah satu cara untuk mengatasi nasi mentah adalah dengan mencampurkan air dan sedikit garam kemudian direnjis ke atas nasi mentah. Kacau sekata dan tutup kembali periuk serta dipanaskan sekali lagi.
(b) Bekas gula bersemut
Melihat tempat simpanan gula dihurung semut memang menjengkelkan. Jalan penyelesaiannya adalah dengan meletakkan tiga ke empat biji bunga cengkih ke dalam bekas tersebut. Di samping itu, pastikan bekas simpanan tadi ditutup rapat. Aroma kuat yang terhasil daripada bunga cengkih tersebut akan meghalang kehadiran semut.
(c) Kesan kopi atau teh melekat di cawan dan teko
Minuman kopi atau teh yang dibiarkan dalam cawan atau teko dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan kesan minuman tersebut sukar untuk ditanggalkan. Petua yang boleh diamalkan untuk menyingkirkan kotoran ini dengan merendam bekas ke dalam air suam bercampur garam dan limau nipis selama lebih kurang lima belas minit. Sesudah itu, basuh seperti biasa menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk.
(d) Peti sejuk berbau
Paling mudah untuk menyingkirkan bau kurang enak dalam peti sejuk adalah dengan mengambil dua hingga tiga potong kulit nanas. Masukkan ia ke dalam peti sejuk sehingga hilang bau tersebut. Selain itu, ada juga yang mengelak bau peti sejuk dengan mengelap atau menyapu permukaan menggunakan kain yang dititiskan esen vanila.
(e) Kehadiran serangga seperti lipas
Selain bentuk lipas yang menggelikan, ia juga menjadi pembawa penyakit kepada penghuni rumah. Oleh itu, apabila mendapati kehadiran serangga ini segera ambil beberapa helai daun pandan untuk diletakkan di tempat yang dipercayai menjadi tempat tumpuan lipas. Antaranya seperti di almari dan ceruk dapur. Daun pandan yang telah layu perlu digantikan dengan daun baru untuk membangkitkan aroma yang tidak digemari lipas.
(f) Kuah terlebih garam
Terdapat beberapa cara untuk meneutralkan kembali masakan yang telah terlebih garam. Antaranya dengan mengambil segenggam kelapa parut bersama kain jarang untuk dibunjutkan. Masukkan ia ke dalam masakan sehingga 15 ke 20 minit. Sesudah itu, keluarkan. Selain itu, boleh juga memasukkan kentang dibelah empat ke dalam masakan bagi menyerap rasa masin. Jika tiada kentang, gantikan dengan timun yang dipotong memanjang. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi sesetengah wanita, memasak adakalanya dijadikan hobi mahupun terapi diri ketika berada di rumah. Kalau ada minat pastinya ia memberi kepuasan, lebih-lebih lagi jika air tangan kita itu menjadi kegemaran keluarga. Lagi lah bersemangat hendak memasak setiap hari dengan menu-menu yang istimewa walaupun simple.
Datin Ismatia (kiri) bersama Puan Sri Nisa Bakri.
Siapa yang tidak kenal dengan Datin Ismatia yang sering berkongsi resipi mudah di akaun Instagramnya ‘Masak with Passion’. Wanita anggun berasal dari Kelantan ini merupakan pengasas produk kecantikan Tia Amelia.
Penyediaan menu ringkas dengan bahan-bahan yang mudah didapati telah menarik minat warga media sosial untuk sentiasa mengikuti perkembangannya di Instagram.
Dengan jumlah pengikut seramai 413 ribu yang begitu setia menonton video masakan yang dihasilkan olehnya. Ramai yang mencuba resipi Datin Isma dan kalau diikut betul-betul memang menjadi!
Bersama suami tersayang.
Baru-baru ini Datin Isma berkongsi resipi Asam Pedas Kepala Ikan Salmon menerusi satu video ringkas di Instagramnya. Jarang kita dengar, kepala ikan salmon dibuat asam pedas, kan? Maklumlah, harga ikan salmon pun boleh tahan.
Apa kata, kali ini kita cuba resipi asam pedas versi ‘kayangan’ dari Datin Isma.
ASAM PEDAS KEPALA IKAN SALMON
Bahan-Bahan A (kisar):
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Sedikit belacan
Bahan-Bahan B:
4 sudu makan cili kering kisar
Sedikit asam jawa
Gula (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Bahan perasa (secukup rasa)
Bahan-Bahan C:
Tomato (dibelah dua)
Bunga kantan (dibelah dua)
Segenggam daun kesum
Bendi
Cara-Cara Membuat:
1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar.2. Diikuti cili kering yang dikisar. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.3. Seterusnya masukkan gula, garam dan bahan perasa.4. Tambahkan asam jawa secukup rasa. Gaul rata.5. Masukkan kepala ikan salmon satu persatu.6. Tambahkan sedikit air.7. Kemudian masukkan tomato dan bunga kantan.8. Masukkan pula daun kesum.9. Akhir sekali masukkan bendi, kacau sekejap dan angkat. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.
Memetik kata-kata Datin Isma kepada Nona dahulu, “Saya gembira dapat membantu wanita-wanita yang tidak pandai memasak namun akhirnya mereka pandai kerana mengikut tutorial video di Instagram saya. Sehinggakan suami mereka memuji kebolehan mereka memasak dan meminta lagi mereka masak resipi tersebut.”
Kredit Foto: Instagram @datinismatia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!