Mungkin ramai yang tidak mengenali aktor muda dan berbakat besar ini. Warisi bakat bapa, Jackie Shroff, populariti bintang ini semakin menyinar.

IKLAN

Pertama kali melihat lakonan Tiger Shroff dalam filem Student of The Year 2, terus terpikat dengan bakat lakonan yang ada dalam dirinya.

Warisi Bakat Bapa, TIGER SHROFF Tampan & Popular
Foto: Instagram @tigerjackieshroff

Fakta tentang Tiger Shroff.

Seni Mempertahankan Diri
Bukan sahaja hebat dalam lakonan dan warisi bakat bapa, pelakon Bollywood ini mampu menari dengan baik dan melakukan aksi stunt dengan berkesan sekali. Tiger atau nama sebenarnya Jai Hemant Shroff terkenal dengan seni mempertahankan diri. Tiger telah dianugerahkan tali pinggang hitam dalam taekwondo. Bukan itu sahaja malah cemerlang dalam sukan gimnastik juga.

Warisi Bakat Bapa, TIGER SHROFF Tampan & Popular
Foto: Instagram @tigerjackieshroff

Anak Seni
Lahir pada bulan Mac, 1990 lelaki kacak ini merupakan anak kepada pelakon popular India, Jackie Shroff dan produser, Ayesha Dutt. Merupakan anak sulung kepada pasangan ini dan mempunyai seorang adik perempuan Krishna Shroff. Kacak, berbadan sasa dan berbakat menjadikan Tiger mempunyai ramai peminat dan mempunyai 32.7 juta pengikut di laman Instagram.

Warisi Bakat Bapa, TIGER SHROFF Tampan & Popular
Jackie Shroff. Foto: Instagram @apnabhidu
Warisi Bakat Bapa, TIGER SHROFF Tampan & Popular
Tiger Shroff bersama ibunya, Ayesha Dutt. Foto: Instagram @tigerjackieshroff

Kisah Peribadi
Mendapat gelaran Bollywood’s premium action star, Tiger nampaknya agak berahsia tentang kehidupan peribadinya. Di laman media sosial milik peribadinya, Tiger lebih banyak berkongsi tentang kerjaya berbanding kisah hidupnya terutama melihatkan kisah cinta.

IKLAN

Kawan Baik
Khabarnya, Tiger merupakan sahabat baik kepada aktres Shraddha Kapoor. Mereka bukan sahaja membesar bersama-sama sejak kecil malah menjadi rakan sekelas di sekolah yang sama.

IKLAN
Warisi Bakat Bapa, TIGER SHROFF Tampan & Popular
Foto: Instagram @tigerjackieshroff

Cemburu
Tiger beruntung kerana mewarisi bakat seni dan rupa paras daripada kedua-dua ibu dan bapanya. Namun rupa-rupanya lelaki yang berusia 31 tahun ini mencemburui ketinggian bapanya. Walaupun hanya beberapa inci Tiger mengharapkan mempunyai ketinggian seperti bapanya, Jackie.

Warisi Bakat Bapa, TIGER SHROFF Tampan & Popular
Foto: Instagram @tigerjackieshroff

Filem
Terjun ke dunia seni pada tahun 2014 apabila melakonkan filem pertamanya, Heropanti. Antara filem yang telah menaikkan nama lelaki ini ialah filem Baaghi. Kejayaan besar filem ini telah melahirkan sekual Baaghi, Baaghi 2 dan Baagi 3. Pada Oktober 2019, Tiger telah berlakon bersama aktor Hrithik Roshan dalam filem aksi yang bertajuk War.

Sumber: https://timesofindia.indiatimes.com/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI