Siapa kata wanita berkulit gelap tidak boleh tampil anggun dan menyerlah. Dengan pilihan rona yang tepat, penampilan anda bakal menjadi tumpuan si dia. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Serlahkan rona kulitmu yang eksotik agar keyakinan sentiasa ada dalam diri. Berikut merupakan panduan memilih rona pakaian yang sesuai bagi wanita berkulit gelap!

FUSCHIA

IKLAN
Warna Fuscia Pink Bukan Untuk Wanita Kulit Cerah Saja, Mereka Yang Miliki KULIT GELAP Juga Sesuai!
GIAMBATTISTA VALLI
Women FW 2019-20

Pink fuchsia merupakan gabungan rona merah muda dan ungu ini bisa dijadikan pilihan untuk andasi pemilik kulit gelap. ronanya yang cerah namun tidak terlalu terang ini mampu memancarkan keindahan warna kulit anda. Anda boleh memadukan rona ini dengan rona putih atau beige.

EMERALD GREEN

Warna Fuscia Pink Bukan Untuk Wanita Kulit Cerah Saja, Mereka Yang Miliki KULIT GELAP Juga Sesuai!

Rona yang berasal dari salah satu jenis batu permata ini dapat memberikan kesan klasik dan sesuai untuk semua rona kulit, tanpa membuat kulit gelap anda terlihat kusam. Rona hijau emerald yang mewah ini sangat cantik jika anda padankan dengan skinny jeans berwarna gelap.

COBALT BLUE

Warna Fuscia Pink Bukan Untuk Wanita Kulit Cerah Saja, Mereka Yang Miliki KULIT GELAP Juga Sesuai!

Cobalt blue memiliki karakter yang sama dengan rona fuchsia, namun rona ini boleh menjadi pilihan yang tepat jika anda ingin menggunakan outfit berwarna biru. Cuba gunakan skirt ber ona cobalt blue dengan atasan berwarna putih atau kamu juga mencuba mengaplikasikan rona ini untuk luaran dengan skinny jeans dan ankle boots. Perfect!

UNGU

Warna Fuscia Pink Bukan Untuk Wanita Kulit Cerah Saja, Mereka Yang Miliki KULIT GELAP Juga Sesuai!

Masih ragu untuk menggunakan rona ungu sebagai outfit? Jika anda masih takut menggunakan rona campuran merah dan biru ini, segera hilangkan ketakutan anda kerana rona ini sangat sesuai dipadukan untuk pemilik kulit gelap sepertii anda. Bukan sahaja hanya membuat penampilan anda tampak stunning, malah anda akan menjadi perhatian ramai.

TEAL

Warna Fuscia Pink Bukan Untuk Wanita Kulit Cerah Saja, Mereka Yang Miliki KULIT GELAP Juga Sesuai!

IKLAN

Warna teal adalah gabungan antara rona biru dan hijau. Hampir sama seperti emerald, namun rona teal merupakan rona yang biasa ditemui di batu alam. Anda boleh menggunakan pakaian dengan rona ini untuk pergi ke parti.

PUTIH

Warna Fuscia Pink Bukan Untuk Wanita Kulit Cerah Saja, Mereka Yang Miliki KULIT GELAP Juga Sesuai!

Rona putih antara rona yang wajib ada dalam wardrobe anda. Mungkin sesetengah wanita berkulit gelap khutir untuk mengenakan rona ini kerana ronanya yang terang dan memberikan kontras yang ketara buat kulit mereka. Namun, rona putih adalah rona yang boleh kelihatan cantik dengan paduan sebarang motif dan kontra rona ini menghasilkan penampilan yang lebih bold buat wanita berkulit gelap.

MERAH HATI

IKLAN

Warna Fuscia Pink Bukan Untuk Wanita Kulit Cerah Saja, Mereka Yang Miliki KULIT GELAP Juga Sesuai!

Rona terang seperti merah pasti akan dijauhkan buat mereka yang memiliki kulit gelap. Mereka beranggapan rona ini tidak sesuai dengan mereka. Rona merah akan terlihat sempurna jika anda menggunakan dengan baik. Ramai model yang berkulit gelap memakai rona merah yang agak gelap seperti merah hari sebagai pilihan. Kenapa tidak anda?

HITAM

Warna Fuscia Pink Bukan Untuk Wanita Kulit Cerah Saja, Mereka Yang Miliki KULIT GELAP Juga Sesuai!

Rona ini menjadi kesukaan semua wanita termasuk wanita berkulit gelap. Rona ino boleh dikatakan rona selamat yang sesuai buat semua jenis kulit. Rona ini mampu membuatkan penampilan kelihatan elegan dan eksklusif. Namun, buat mereka yang memiliki kulit gelap, penampilan akan tampak leboh menyerlah jika dipadankan bersama aksesori dengan rona cerah seperti rona metalik mahupun keemasan.

PASTEL

Warna Fuscia Pink Bukan Untuk Wanita Kulit Cerah Saja, Mereka Yang Miliki KULIT GELAP Juga Sesuai!

Siapa kata roba pastel atau lembut hanya sesuai buat mereka yang mempunyai kulit cerah? Rona pastel juga dapat membuatkan mereka yang berkulit gelap nampak menarik. Namun anda harus bijak menggayakannya. Rona ini dapat menyejukkan dan memberi keseimbangan rona dari kulit gelap. Paling penting, anda harus yakin dengan diri sendiri agar aura kulit eksotik tampil menyerlah.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI