Warna Rasa Ramadan: Bufet iftar istimewa di Royale Chulan Hotels & Resorts. Bulan Ramadan bakal tiba, membawa bersamanya semangat kebersamaan dan kemeriahan iftar yang dinanti-nantikan.
Tahun ini, Royale Chulan Hotels & Resorts yang mempunyai enam rangkaian hotel terletak di Kuala Lumpur, Seremban, The Curve, Damansara, Pulau Pinang serta Cherating mengajak para tetamu untuk menikmati hidangan iftar yang istimewa melalui bufet “Warna Rasa Ramadan” yang menawarkan seleksi juadah tradisional Melayu, serta pelbagai hidangan Asia dan Barat yang lazat.
Warna Rasa Ramadan
Setiap hotel di bawah Royale Chulan Hotels & Resorts telah menyusun menu eksklusif yang menampilkan masakan tempatan terbaik, serta gabungan hidangan antarabangsa untuk memenuhi selera setiap tetamu. Dengan lebih 150 hidangan lazat dihidangkan di setiap lokasi, pengalaman berbuka puasa tahun ini pasti lebih bermakna.
Royale Chulan Kuala Lumpur (3 – 29 Mac 2025)
Di Warisan Cafe, suasana kampung yang nyaman dengan motif awan larat, pondok makanan, kehijauan yang menyegarkan serta air terjun yang menenangkan menjadikan pengalaman berbuka puasa lebih istimewa. Tetamu juga boleh menikmati persembahan muzik secara langsung serta kemudahan Zakat dan solat Tarawih di bilik Tun Sri Lanang.
Hidangan Utama: Udang Nestum, Kerabu Maggi, Satay, Ikan Bakar Portuguese, Kambing Golek, Nasi Kerabu, Air Balang, dan banyak lagi.
Harga Promosi: RM188 nett (dewasa) jika tempahan dibuat sebelum 15 Februari.
Royale Chulan Seremban (2 – 30 Mac 2025)
Ads
Nikmati kelazatan asli masakan Negeri Sembilan seperti Paru Berlado, Rendang Pucuk Ubi dan Daging Salai Lemak Mangga Muda. Lebih dari 150 lauk pauk tersedia dengan 10 gerai aksi langsung yang menyajikan hidangan istimewa seperti Kawah Oxtail Asam Pedas dan Rendang Itik Pucuk Maman.
Kemudahan: Ruang solat yang bersih dan luas serta tempat letak kenderaan yang mencukupi.
Harga Promosi: RM110 nett (dewasa) jika tempahan dibuat sebelum 28 Februari.
Bufet Iftar Istimewa di Royale Chulan Hotels & Resorts
Royale Chulan Damansara (2 – 29 Mac 2025)
Bufet tahun ini mengetengahkan hidangan seperti Kambing Golek, Asam Pedas Pari, Nasi Kerabu, serta pencuci mulut seperti Serawa Durian dan Kuih Melayu. Tetamu juga boleh menikmati pengalaman interaktif di gerai BBQ dan Lok-Lok. Persembahan muzik secara langsung setiap hujung minggu menambahkan lagi kemeriahan suasana.
Ads
Kemudahan: Solat Tarawih disediakan di bilik khas hotel.
Harga Promosi: RM148 nett (dewasa) jika tempahan dibuat sebelum 10 Mac.
Royale Chulan The Curve (2 – 29 Mac 2025)
Berbuka puasa di Window Restaurant atau Tiara Rini Ballroom dengan lebih 150 hidangan termasuk Kambing Golek, Bubur Lambuk, Royale Chicken Rice, dan Nasi Bekwoh. Terdapat juga Kids’ Corner khas untuk anak-anak dan cabutan bertuah eksklusif pada hujung minggu.
Harga Promosi: RM119 nett (dewasa) jika tempahan dibuat sebelum 25 Februari.
Royale Chulan Penang (2 – 30 Mac 2025)
Di Boustead Hall, para tetamu akan disajikan dengan Sup Tulang Rawan, Nasi Mandy Kambing, Gulai Kawah Daging Utara serta kuih-muih tradisional yang disediakan oleh pasukan pastri hotel.
Ads
Harga Promosi: RM100 nett (dewasa) jika tempahan dibuat sebelum 21 Februari.
Di The Courtyard, lebih dari 100 hidangan disediakan termasuk Kambing Golek, Shawarma, pelbagai jenis kebab, dan hidangan BBQ. Tetamu juga boleh menikmati kuih tradisional, pastri Perancis, ABC, dan Cendol.
Harga Promosi: RM90 nett (dewasa) jika tempahan dibuat sebelum 1 Mac.
Promosi Istimewa Ramadan
Selain bufet yang menggiurkan, Royale Chulan Hotels & Resorts turut menawarkan pakej penginapan Ramadan yang merangkumi sahur dan bufet iftar di hotel-hotel terpilih. Harga bermula dari RM175.00 nett untuk satu malam.
Bagi mereka yang ingin mengadakan mesyuarat korporat sepanjang bulan Ramadan, pakej mesyuarat Ramadan turut tersedia dengan harga bermula dari RM218.00 nett.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau hubungi hotel pilihan anda hari ini! Nikmati juadah enak dan raikan Ramadan dengan penuh keberkatan di Royale Chulan Hotels & Resorts.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahasa cinta adalah luahan kata-kata serta perbuatan yang nampak mudah namun cukup memberi makna. Yang susahnya ialah mencari bahasa cinta yang paling tepat buat pasangan.
Setiap orang memiliki bahasa cintanya yang tersendiri. Tetapi seiring dengan perubahan umur, bahasa cinta boleh berubah. Apabila pasangan saling jatuh cinta, kedua-duanya mula memahami dan mendalami bahasa cinta masing-masing.
Justeru, pilihlah bahasa cinta yang tepat untuk pasangan anda agar terciptanya bahagia. Dr Gary Chapman yang terkenal dengan rangkaian bukunya, 5 Love Languages menulis tentang 5 bahasa cinta yang paling asas iaitu:
UNGKAPAN CINTA
Sebelum tidur masing-masing melafazkan ucapan terima kasih atas kebaikan pasangan yang telah dilakukan pada hari itu. Ambil juga peluang untuk meminta maaf atas kekhilafan yang terjadi. Ungkapan cinta juga bermaksud memberi sokongan dan hormat kepada pasangan.
LAYANAN
Cinta tidak cukup dengan hanya luahan kata-kata. Sesetengah orang akan lebih merasai cinta apabila diberikan layanan terbaik oleh pasangan mahupun keluarga. Sudah tentu seseorang itu mengharapkan pasangannya memberi layanan paling istimewa buat dirinya.
PEMBERIAN HADIAH
Ada yang menjadikan amalan pemberian hadiah sebagai tradisi bagi melambangkan bahasa cinta. Maka ungkapan terima kasih, penghargaan, rasa hormat serta layanan istimewa akan lebih bermakna dengan pemberian hadiah. Tidak semestinya hadiah mahal, cukup sekadar pemberian kecil sebagai tanda cinta dan perhatian.
WAKTU BERKUALITI
Dua perkara penting yang menentukan arah perjalanan kita iaitu masa dan bagaimana kita memanfaatkannya. Tuntutan keperluan hidup seringkali mengganggu sebahagian besar waktu dan kita harus bijak mengambil peluang. Bagi pasangan, waktu berkualiti ialah saat berduaan tanpa gangguan.
SENTUHAN MESRA
Ada pasangan yang suka disentuh dan dibelai sebagai bukti cinta. Berikan saja, bukankah permintaan itu paling mudah lebih-lebih lagi ia tidak memerlukan tenaga dan kos?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai, cair tengok wajah comel puteri sulung Adira Suhaimi bernama Anggrek ini! Mana tidaknya, Anggrek bukan hanya dikurniakan sepasang mata yang cantik dan kulit putih mulus. Malah saling tak tumpah mewarisi kecantikan ibunda tersayang.
Mengintai Instagram Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, selain berkongsi rutin dan aktiviti seni yang dilakukan setiap hari… Adira juga gemar memuatnaik foto momen bersama anak-anak tersayang. Dan pastinya Anggreklah yang paling banyak menghiasi laman media sosial pelantun lagu Pujaan Hati ini. Baik ketika menemani Adira bekerja mahupun sewaktu berada di rumah, mesti ‘terselit’ wajah comel Anggrek!
Lima tahun melayar bahtera perkahwinan bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan nama Datuk Red pada tanggal 3 Disember 2015, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata comel. Anggrek misalnya merupakan zuriat sulung mereka yang lahir pada 10 Mac 2017 dan kini berusia tiga tahun.
Mengimbas detik kelahiran Anggrek, anak kecil berkenaan dilahirkan secara pembedahan dengan berat ketika itu 3.2 kilogram. Menariknya, nama Anggrek merupakan pilihan Adira sendiri.
Ujarnya, “Nama Anggrek dipilih kerana saya meminati bunga klasik itu dan sudah lama menyimpan Hasrat untuk menamakan anak sulung dengan panggilan ringkas tersebut.”
https://www.instagram.com/p/CDGFUyhjpQh/
Kalau amati nama ketiga-tiga anak Adira memang kesemuanya ringkas, klasik dan bermula dengan pangkal huruf ‘A’. Selain Anggrek, anak kedua Adira yang juga anak lelaki yang lahir pada 9 September 2018 dinamakan Asan.
Manakala anak ketiga yang menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 8 Ogos lalu pula dinamakan Anggun. Jelas Adira, selain dirinya, suami tercinta juga menginginkan nama anak yang ringkas dan mudah disebut.
Walau sudah mempunyai tiga orang anak namun penyanyi berusia 29 tahun ini tetap aktif dengan kerjaya seni dan bisnes. Pada 20 Ogos lalu, Adira telah melancarkan single terbaharu berjudul ‘Maaf’. Di samping itu, dia juga ligat memasarkan produk jenamanya sendiri iaitu Adira Rose. Sehingga kini, Adira Rose memiliki rangkaian penjagaan wajah seperti hydrating sleeping mask dan wangian.
Kredit: Instagram Adira Suhaimi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua penyanyi era 80an Francissca Peter dan Siti Fairuz menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Francissca Peter yang terkenal dengan lagu Sekadar Di Pinggiran, manakala Siti Fairuz yang popular dengan lagu Bila Rindu Ke Sebut Namamu.
Francissca Peter
Mereka berdua menerima anugerah tersebut dari Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang berkenan menyempurnakan istiadat pengurniaan kepada dua penyanyi itu serta 99 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang.
Ini bersempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shayang berlangsung di Istana Abu Bakar di Pekan hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga berkenan mencemar duli berangkat ke majlis santapan yang berlangsung selepas istiadat pengurniaan berkenaan selesai.
Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan barisan pentadbiran negeri diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Francissca atau nama sebenarnya Luciana Francissca Lucian G Peter berumur 61 tahun dan merupakan anak kelahiran Ipoh Perak, manakala Siti Fairuz Sheikh Mohamed pula lahir di Kuantan Pahang.
Sementara itu, selain mereka berdua antara lain yang mendapat penganugerahan tersebut ialah empat bekas pemain bola sepak dan jurulatih juga menerima DIMP iaitu Dollah Salleh yang kini Ketua Jurulatih Interim Pahang, Zainal Abidin Hassan (Ketua Jurulatih Penang FC), Ahmad Yusoff (Jurulatih Sri Pahang Football Club) dan Ahmad Yunus Mohd Alif.
Sumber: Utusan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dilahirkan dalam keluarga jutawan dan tersohor, satu kelebihan buat anak gadis kepada pasangan usahawan, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida ini.Menariknya,...