“Ilmu pelita hidup”. Kata-kata hikmat ini menunjukkan bahawa ilmu merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan dan dapat menjadikan kehidupan seseorang itu lebih sempurna.
Sesungguhnya figura hebat ini, Dr Hajjah Oki Setiana Dewi telah menunjukkan contoh yang baik sebagai wanita, isteri dan juga ibu. Bahagia bersama keluarga tercinta wanita ini juga telah berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah pada tahun lalu.
Di usia 31 tahun, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini telah meraih PhD melalui kajian dan penulisan tesis bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respons Atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh”. Oki menerima anugerah PhD dari Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta jurusan Pengkajian Islam Konsentrasi Komunikasi dan Dakwah pada 2020.
Tahun ini, Oki sekali lagi meraih gelaran doktor falsafah buat kali kedua setelah menyelesaikan pengajian di Institut Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran Jakarta. Beliau telah menjalani sidang melalui kertas kerjanya bertajuk “Pendidikan Moderasi Beragama Dalam Keluarga Berbasis Al-Qur’an” di Perguruan Tinggi Ilmu Al-Qur’an.
Memetik sumber Kompas, Oki Setiana Dewi mengaku hobinya adalah belajar. Malah Oki turut memanjatkan kesyukuran di atas kejayaannya dan menganggap tanggal 1 November 2022 hari yang membahagiakan buat dirinya.
“Hobi saya belajar, dunia kampus, dan suka bertemu guru-guru. Yang penting suami memberi sokongan untuk saya sambung belajar. Kuncinya di sini (suami),” ujar bintang filem Ketika Cinta Bertasbih.
Ketika ditanya bagaimana dia membahagikan masa antara tugas sebagai pelajar, isteri dan ibu kepada empat cahaya mata, menurut Oki ia adalah sesuatu yang sukar dilakukan tetapi dia perlu bijak membahagikan masa untuk perkara-perkara penting dalam hidupnya.
“ Saya tidak nafikan ia memerlukan pengorbanan dan pada waktu yang sama, saya dikelilingi orang-orang yang hebat. Hujung minggu, anak-anak akan berada di rumah Ria Ricis. Jadi saya bebas belajar dari pagi sampai malam. Rumah jadi sunyi ,” kata Oki Setiana Dewi lalu tertawa.
Meraih gelar Doktor kali kedua tidak meletakkan noktah dirinya dalam proses pencarian ilmu. Oki Setiana Dewi merancang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara pula tidak lama lagi.
“Doakan semoga cita-cita saya dipermudahkan untuk mencari ilmu. Semoga ia memberi manfaat bersama, ” ujar Oki lagi.
Untuk rekod, Oki Setiana Dewi melanjutkan pelajaran kedoktoran di jurusan Pengkajian Islam Konsentrasi Komunikasi dan Dakwah di Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah sejak 2016.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dunia wanita memang sudah sebati dengan kecantikan sebab itu ramai di antara mereka memilih untuk menceburi bidang kosmetik. Pengasas produk kecantikan D’Nars, Faziani Rohban misalnya merupakan antara usahawan wanita yang berjaya menapak kukuh dalam industri ini. Melihat gaya hidup Faziani atau lebih mesra di sapa Yani, pasti ramai yang turut mendambakan kesenangan dan kerjaya membanggakan yang dikecapinya hari ini.
Namun di sebalik kejayaan tersebut ada kisah pahit yang terpaksa diharungi wanita cekal berusia 40 tahun ini. Pernah membawa produk niaga dari satu kedai ke kedai lain waktu awal pembabitannya dalam bisnes suatu ketika dulu, kepayahan yang dialami Yani itu sedikit pun tidak melunturkan semangatnya untuk terus meluaskan empayar.
“Saya ni jenis tak kisah boleh jadi apa saja. Tauke ke, anak buah orang ke, kuli ke, penjaja ke atau apa-apa saja tak kira susah senang sebab semua tu dah saya lalui dan tak letak diri saya seorang yang berada di atas atau kaya-raya. Saya sentiasa lihat ke bawah dan bersyukur dengan kehidupan sederhana dari Allah SWT.
Sampai hari ni saya boleh je ke KLCC, Pavilion, hotel dan mana-mana pun dengan naik teksi je tanpa ada driver atau bodyguard. Suami saya pun suka drive sendiri je. Kami memang tak pernah ada driver atau bodyguard. Saya sendiri pun drive Myvi je. Saya sangat-sangat happy dengan semua ni, sangat enjoy.
Ramai yang DM (direct message) dan tanya saya apa rahsia saya bertahan dalam dunia perniagaan … tahan dengan rintangan, dugaan, kecaman dan semualah. Jawapan saya ialah kerana semangat kuat yang tak pernah mengalah dan jiwa yang kental, tak pernah kenal erti putus asa atau down. Saya bukan jenis manusia ‘ahh aku kena kecam, aku dah tak nak bisnes, aku nak berhenti bisnes’. No No No.. semakin saya berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan, semakin saya kuat dan akan buktikan yang saya boleh terbang lebih tinggi.
Jadi kepada orang yang nak tengok saya down and stop dalam bisnes, lupakan saja. Apa yang berlaku ada hikmah dan Allah tunjukkan jalan yang lebih baik untuk saya. Saya seorang wanita yang sangat-sangat suka bidang perniagaan dan kosmetik. Rezeki saya Allah dah tulis di bidang ini. Jadi macam mana pun orang cuba jatuhkan saya, saya tak akan jatuh dan tak akan mengalah. Hanya mati yang boleh pisahkan saya dengan perniagaan. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke hujung lengan.
Saya sentiasa berpegang pada kata-kata ‘Kita jaga Allah, Allah jaga kita’. Selagi kita ada doa dan restu dari ibu dan suami, selagi itu kita dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Amin. Kepada sayang-sayang di luar sana yang berhadapan dengan pelbagai masalah, kecaman, hinaan atau apa jua kesusahan, anda harus kuat dan teruskan langkah anda dengan lebih yakin dan berani,” kongsi Yani.
Menjadikan perniagaan dan dirinya ibarat isi dengan kuku, isteri kepada Ahmad Shah Rizal Ibrahim ini tidak gentar menyahut cabaran mendatang. Bahkan jelas Yani, dia dan suami sedang merangka sesuatu yang besar untuk perusahaan milik mereka tahun ini.
“Jiwa saya adalah dunia perniagaan, semangat saya sangat kuat untuk ini. Sebab tu apa yang orang nak kata atau cabar saya dalam bisnes memang tak lut. Saya dah lalui semua dugaan dan saya tahu apa yang saya buat! Dah kalis dah. Setiap apa yang berlaku pula saya anggap ia adalah cabaran. Saya akan buktikan yang saya akan terbang lebih tinggi. Jika ada umur yang panjang kami suami isteri akan buktikan di mana kami berada dalam masa dua tahun lagi. Matlamat dan impian itu akan saya capai… pasti saya capai dan akan dapat. Amin. Yang pasti 2018 adalah tahun untuk kami suami isteri lebih lebarkan sayap kami. InshaAllah.
Sehebat dan seberat mana pun dugaan yang Allah hadirkan pada kita, tetaplah bersyukur. Ujian itu ialah tanda kasih sayang DIA pada kita untuk ingatkan kita, kuatkan kita, sedarkan kita dan DIA nak beri lebih lagi pada kita. Itulah yang sering berlaku dalam hidup saya setiap kali diuji pasti akan ada hikmah yang lebih baik selepas itu. Rezeki lebih mencurah, kesihatan lebih baik, ketenangan dan kebahagiaan.
Jangan pernah takut berhadapan dengan apa jua situasi dan jangan pernah gentar berada dalam apa jua keadaan. Selagi ada Allah, selagi kita jaga Allah, selagi kita ada doa dari ibu bapa dan selagi ada restu dari suami, maka teruskanlah. Terbanglah dan berjalanlah teruskan langkah kita. Sesungguhnya tiada yang mustahil dalam hidup ini. Yakinlah.”
Sumber: Instagram @fazianirohban
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk perut ibu mengandung dapat anak rajin memasak macam Farahdhiya. Macam-macam jenis hidangan Melayu yang dimasak untuk ibu tersayang semasa pulang bertemu permata hatinya itu di Portsmouth, England. Ada kari ayam, sambal ikan bilis, masak lemak hijau dan banyak lagi. Kecur tengok air tangan penyanyi bersuara lunak ini.
Berangkat ke England pada pertengahan Disember lalu, kunjungan Farahdhiya yang disifatkan sebagai ‘balik kampung’ ini adalah kerana mahu bertemu ibu dan beberapa ahli keluarganya yang menetap di sana. Dengar khabar, ibu Farahdhiya bakal berusia 70 tahun Februari nanti. Walaupun sudah berusia namun masih aktif dan kuat.
Farahdhiya di samping ibu tersayangBersama kaum keluarga di England
Agak lama juga pemilik nama Farahdhiya Mohd Amin ini berada di Portsmouth. Kalau kebiasaannya di Malaysia, dia akan menyediakan makanan untuk bapa sebelum keluar bekerja atau memenuhi persembahan nyanyian… rutin sama juga dilakukan Farahdhiya ketika di Portsmouth. Iyalah, bukan selalu dapat sediakan hidangan untuk orang tersayang. Mesti mereka pun rindu dengan masakan Melayu.
Sampaikan, selebriti berusia 35 tahun ini sanggup membawa beberapa ramuan penting ke sana. “Gula CSR yang terbaru Better Brown rendah glisemik pun ku bawa sekali ke Portsmouth dan tak lupa juga Gula Masak ala Gula Melaka.
Memang dah tahu akan masak masakan Melayu untuk my mum and family dekat sini so dah bawa siap-siap gula, cili kering, ikan bilis dan sebagainya dari KL. Senang jadinya.”
Mengintai Instagram Farahdhiya, wanita cantik ini memang gemar memasak. Ada saja video masakan yang dikongsikannya setiap hari. Daripada hidangan tradisi, Barat dan sebagainya … macam-macam juadah pernah disediakan. Pendek kata, boleh jadi sumber rujukan masakan untuk kaum wanita.
Menyedari bakat memasak yang ada dalam diri Farahdhiya, ramai yang mengharapkan agar pelantun lagu Bertakhta di Hati ini membuka restoran kelak.
Berpeluang menyambut Tahun Baru 2019 di England, Naib Juara Gegar Vaganza Musim Kedua ini turut berkongsi azam tahun barunya bersama para peminat, “Selamat Tahun Baru! Apa yang saya harapkan pada tahun 2019 ini adalah untuk menjadi insan yang lebih baik, berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi atau bakal ceburi, bertemu dengan orang-orang yang baik, merancang untuk buka restoran, menjadi anak, kawan dan dapat bertemu dengan bakal suami.”
Semoga segala impian Farahdhiya menjadi kenyataan dan hasrat mencari suami dimakbulkan Allah SWT.
Kredit: Instagram Farahdhiya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.