ZCOVA, jenama barangan kemas premier yang terkenal menerusi berlian dan batu permata tawarannya yang berperakuan GIA dan Sarine, baru sahaja membuka outlet runcit yang sulung di kawasan Lembah Klang, bertempat di IOI City Mall, Putrajaya. Detik yang bersejarah ini adalah berjajaran dengan perungkaian koleksi barang kemas edisi terhad jenama tersebut yang terbaharu, Isla.

IKLAN

ZCOVA Lancarkan Outlet Pertama Di Lembah Klang, Tampil Dengan Koleksi ISLA Yang Baharu

Memulakan langkah sebagai perniagaan e-dagang dalam talian hampir sedekad yang lalu dan kini tiba dengan outlet yang sulung, ZCOVA terus merevolusi pengalaman membeli-belah berlian dan batu permata. Menerusi pendekatan yang holistik, ZCOVA memperkasakan para pengguna dengan akses kepada bimbingan yang komprehensif, barangan kemas berkualiti tinggi, dan juga perakuan yang tulen.

ZCOVA Lancarkan Outlet Pertama Di Lembah Klang, Tampil Dengan Koleksi ISLA Yang Baharu

Sebagai pengasas bersama ZCOVA, perjalanan kami bermula dengan komitmen ke atas ketekunan dan inovasi. Memetik inspirasi prinsip mengutamakan integriti dan keutamaan pelanggan daripada bapa kami, kami memastikan mutu kesenian produk kami dan harganya setanding. Perjalanan kami dari perniagaan dalam talian hingga ke pelancaran outlet fizikal kami merupakan satu titik sejarah yang amat bermakna dalam penyebarluasan ZCOVA. Sempena pelancaran ini, kami juga memastikan berlian berkualiti tinggi yang ditawarkan hadir bersama jaminan dwiperakuan untuk menanamkan keyakinan dalam pelanggan kami. Di ZCOVA, keutamaan tertinggi kami adalah untuk menyediakan pengalaman pembelian yang lancar dan terjamin buat semua,” ujar Low Ziwei, Pengasas Bersama merangkap Pengarah Urusan ZCOVA.

ZCOVA Lancarkan Outlet Pertama Di Lembah Klang, Tampil Dengan Koleksi ISLA Yang Baharu

Low Ziyin, Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif ZCOVA turut menambah, “Kami komited untuk menyediakan koleksi barang kemas yang berkualiti tinggi dan untuk menaik taraf pengalaman para pelanggan. Prinsip jenama kami berpaksikan usaha untuk memodenkan cara pengguna mengamati dan membeli berlian dan batu permata. Pelanggan kini boleh meneroka pelbagai jenis barangan kemas secara fizikal, dari cincin pertunangan hingga ke barangan perhiasan harian. Cogan kata kami, ‘Celebrate Life, Your Way’ menyuluh komitmen kami untuk membekali para pelanggan dengan kebebasan untuk menyesuai rekaan barang kemas yang benar-benar mencerminkan keanggunan dan individualiti mereka.”

Serlahkan Diri Anda dengan Koleksi Edisi Terhad ZCOVA: Koleksi Isla

IKLAN

Koleksi edisi terhad Isla melambangkan semangat cinta dan ria, serta memancarkan aura keelegenan dan juga pesona. Diperbuat daripada emas 18k premium, setiap gubahan disulam dengan kecantikan Induk Mutiara dan juga Lapis Lazuli.

ZCOVA Lancarkan Outlet Pertama Di Lembah Klang, Tampil Dengan Koleksi ISLA Yang Baharu

Varian emas mawar 18k dalam Koleksi Isla menampilkan tatahan Induk Mutiara, ia mencerap keheningan alam semula jadi. Kilauannya yang memukau memancarkan aura yang menenangkan, menyuntik perasaan cinta kendiri dan juga introspeksi dengan pesona orientalnya yang anggun.

IKLAN

Rantai leher emas kuning 18k dalam Koleksi Isla menampilkan tatahan Lapis Lazuli, meraikan tema warisan diraja, persahabatan, dan juga kebenaran. Rantai ini hadir dengan rona biru yang memukau untuk melambangkan langit malam.

Terokai pesona Isla dan selami perasaan cinta dan ria menerusi koleksi terbaharu daripada ZCOVA. Kunjungi outlet ZCOVA di G-216, Aras G, IOI City Mall Putrajaya untuk meneroka aneka barangan kemas ZCOVA yang sempurna untuk anda.

ZCOVA Lancarkan Outlet Pertama Di Lembah Klang, Tampil Dengan Koleksi ISLA Yang Baharu

Varian Induk Mutiara ditawarkan pada harga RM 4,990 bersih, dan varian Lapis Lazuli pada harga RM 5,690 bersih. Gubahan edisi terhad ini adalah benar-benar istimewa, hanya 20 gubahan disediakan, 10 bagi setiap varian. Setiap tatahan dalam buah rantai tersebut adalah unik kerana setiap batu berharganya adalah berbeza dari satu sama lain. Pratempahan bagi koleksi eksklusif ini bermula pada 21 Mei 2024.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI