Melihat kegigihan wanita ini dalam menerajui perniagaannya sememangnya menyuntik inspirasi. Sudah 14 tahun dalam bisnes bukan suatu tugas yang mudah. Tambahan pula sedang membesarkan anak-anaknya masih kecil.

IKLAN

“14 tahun bertahan dalam perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah, banyak masa, tenaga, kerja keras dan air mata yang hilang.

Alhamdulillah, dapat bertahan sehingga kini dah cukup bermakna buat saya. Bukan senang nak bertahan dalam perniagaan sekarang, ujian datang dan pergi.

14 Tahun Dalam Bisnes DS Shahida Syukur Mampu Bertahan, Lucu Suami ‘PAKSA’ Pakai Emas  
Foto: Instagram @shahidadherbs
14 Tahun Dalam Bisnes DS Shahida Syukur Mampu Bertahan, Lucu Suami ‘PAKSA’ Pakai Emas  
Foto: Instagram @shahidadherbs

Tapi syukur kami suami isteri tetap kuat meneruskan legasi yang kami cipta ini demi memastikan semua orang mendapat manfaat dari perniagaan ini,” tulis Datin Seri Shahida di laman media sosialnya baru-baru ini.

Mencungkil rahsia bagaimana perniagaan Datin Seri Shahida dan suaminya mampu bertahan selama 14 tahun dalam bisnes kini ketika pertemuan kami dahulu, jawab mereka,
“Sebenarnya ramai peniaga yang tak mahir buat simpanan.

Bila dapat duit, mereka mula berbelanja besar. Bukan tak boleh tapi kena beringat sebab ekonomi sekarang tak menentu. Nasihat saya kalau berbelanja tu ukurlah baju di badan sendiri. Berbelanja ikut kemampuan.

14 Tahun Dalam Bisnes DS Shahida Syukur Mampu Bertahan, Lucu Suami ‘PAKSA’ Pakai Emas  
Foto: Instagram @shahidadherbs
14 Tahun Dalam Bisnes DS Shahida Syukur Mampu Bertahan, Lucu Suami ‘PAKSA’ Pakai Emas  
Foto: Instagram @shahidadherbs

Kita kena pandai mengatur perniagaan kerana dalam perniagaan online setiap produk akan ada tempoh luputnya, paling lama setahun. Selepas tu produk tersebut akan mati atau hilang jadi kita kena ada perniagaan offline juga, walaupun perniagaan offline nampak macam tak membantu.

Kami juga mampu bertahan mungkin sebab produk sudah wujud sebelum musim perniagaan online lagi. Jadi jenama D’herbs Healthy Sdn. Bhd. sudah kukuh. Mungkin kalau saya muncul pada zaman online, saya tak tahu mampu bertahan atau tidak,” katanya.

IKLAN

Beruntung Datin Seri Shahida bersuamikan Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Mungkin ada suami yang mempunyai sikap seperti Dato’ Seri Aliff yang ‘memanjakan’ isteri dengan barangan kemas tetapi mungkin tak ramai.

14 Tahun Dalam Bisnes DS Shahida Syukur Mampu Bertahan, Lucu Suami ‘PAKSA’ Pakai Emas  
Foto: Instagram @shahidadherbs
14 Tahun Dalam Bisnes DS Shahida Syukur Mampu Bertahan, Lucu Suami ‘PAKSA’ Pakai Emas  
Foto: Instagram @shahidadherbs

Kebanyakan wanita terpaksa menyimpan duit untuk membeli emas. Tidak kira dengan simpanan sendiri, tunggu duit bonus, duit KWSP ataupun main kutu. Tambah-tambah kalau harga emas naik, lagi lama terpaksa tunggu untuk cukupkan duit beli barang emas yang diidam-idamkan.

IKLAN

Tak rugi sebenarnya menyimpan wang untuk beli emas ni. Kalau tiba masa ditimpa kesusahan boleh gunakan barang emas sebagai penyelamat demi kelangsungan hidup.

14 Tahun Dalam Bisnes DS Shahida Syukur Mampu Bertahan, Lucu Suami ‘PAKSA’ Pakai Emas  
Foto: Instagram @shahidadherbs

Menurut wanita yang mempunyai nama sebenar, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ini, suaminya yang juga seorang Jutawan Kosmetik berkata rugi jadi wanita tapi tak pakai emas seperti yang dikongsinya di laman Instagramnya.

“Sapa punya suami perangai macam ni….terbalik la pula dia paksa-paksa isteri pakai emas. Dia kata rugi jadi perempuan tak pakai emas. Kalau dia satu badan dia pakai,” tulis Datin Shahida tentang suaminya, Dato’ Seri Aliff. Beruntung Datin Seri Shahida punya suami yang suka bergurau.

Baca Juga Datin Seri Shahida Bawa Bapa Tunai Umrah 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI