Siapa yang tidak mengenali penyanyi Indonesia yang dulunya popular dengan lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, Mulan Jameela.
Kalau dulu dia terkenal dengan imejnya yang seksi, tetapi kini tidak lagi. Setelah diberi hidayah oleh Allah tahun lalu, Mulan Jameela kini lebih selesa membuang semua pakaian seksinya dan memilih persalinan yang lebih labuh menutupi aurat dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah.
Setelah berhijrah juga, Mulan Jameela kini gemar berkongsi dakwahnya di media sosial kepada followernya yang kini berjumlah 1.8 juta.
Ads
Mulan Jameela atau nama sebenarnya, Raden Terry Tantri Wulansari, berasal dari Garut, Jawa Barat, Indonesia, itu dulu popular dengan lagu genre pop iaitu ‘Makhluk Tuhan Yang Paling Seksi’ dan gayanya begitu seksi. Tambahan pula, suaranya yang sedap menjadi lagi perhatian orang buat seketika dulu.
Rata-rata netizen turut memuji penampilan terkini Mulan Jameela yang lebih sopan dan santun berbanding sebelumnya.
Ads
Malah dia juga kelihatan sangat manis dan cantik dengan busana serta hijab labuh yang menutupi tubuhnya. Bukan itu sahaja, malah Isteri kesayangan kepada Ahmad Dhani ini juga turut lengkap mengenakan stoking bagi menutupi kakinya.
Ads
Biarpun mengenakan jubah dan hijab labuh, tetapi dengan sedikit sentuhan moden menjadikan busana digayakan lain dari kebiasaan.
Pada tahun 2019, Mulan Jameela telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas pulang dari Palestin. Imej yang seksi bukan lagi menjadi pilihannya dan kini lebih cenderung dengan imej wanita muslimah yang sopan. Semoga dia kekal istiqamah dalam perjalanan kehidupan.
Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Ustazah Sharifah Khasif mula dikenali selepas menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 2009.
Sering berkongsi ilmu dakwah khususnya di media sosial, Ustazah Sharifah Khasif baru-baru ini memuat naik hantaran di mana pada 5 Ogos 2025 yang lalu genaplah usianya yang ke-43 tahun.
Dalam hantaran tersebut, Ustazah Sharifah Khasif berkongsi beberapa foto yang memaparkan dirinya bergambar bersama hadiah dan kek yang diterima daripada insan-insan yang mengenalinya.
Terserlah kegembiraan pada wajah ibu kepada seorang cahaya mata ini tatkala menerima pemberian istimewa itu. Penampilan Uztazah Sharifah Khasif cukup sederhana dengan wajah yang polos menyerlahkan kecantikan semula jadi.
“Baru nak solat sampai another cake from orang Brunei. Memang lain macam semua jenis cake ada ! Tq so much.”
Menjengah ke ruangan komen, para pengikut termasuk rakan selebriti menitipkan ucapan dan doa tulus buat pendakwah yang memiliki Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang psikologi ini.
zielajalil “Happy Birthday Ustazah. Kakak doakan semoga Ustazah sentiasa dalam Rahmat Allah di dunia dan akhirat, Aamiin Yaa Rabb.”
rosenaylufar “Sanah helwah ustazah yang disayangi. Moga sentiasa dalam rahmat Allah, diberi kesihatan yang baik untuk terus berdakwah dan dilimpah kurniaan rezeki, amin Allahumma amin.”
Ustazah Sharifah Khasif turut berterima kasih kepada pelajar-pelajar akademinya yang telah memberikan ucapan dan doa buat dirinya.
“Alhamdulillah terima kasih atas ucapan dan ingatan dari pelajar-pelajar ustazah yang dah masuk 7 tahun bersama Academy. Syukur tak terhingga buat semua yang mengenali. Another year another adventure ! Another year older and bolder.”
Untuk info, Ustazah Sharifah Khasif merupakan pengasas Akademi of Sharifatuna Quranic Arts (ASQA) yang mencari bakat-bakat baru dalam meneruskan legasi sebagai qari dan qariah masa depan.
Dari segi penjagaan kesihatan dan kecantikan pula, Ustazah Sharifah Khasif mengamalkan jamu sejak remaja di samping tamar dan air zam-zam yang sentiasa ada di rumahnya.
NONA mendoakan semoga Ustazah Sharifah Khasif sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya seterusnya dapat mengajak lebih ramai orang untuk mendampingi kalam suci Al-Quran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nadia Annuar menjadi bukti kekuatan diri yang luar biasa apabila beliau berjaya menamatkan cabaran kecergasan global di HYROX Singapura dengan prestasi mengagumkan, sekali gus mencuri perhatian ramai terhadap tahap fitness wanita berusia 42 tahun itu.
Nama Nadia Annuar bukan lagi asing sebagai figura yang konsisten dengan gaya hidup aktif dan disiplin tinggi. Merupakan anak kepada usahawan kosmetik terkenal Zaiton Hassan atau Kak Ton, Nadia juga dikenali sebagai personaliti kecergasan dan selebriti yang sering berkongsi rutin sihatnya.
Terbaharu, ibu tunggal ini mencuri perhatian apabila menyertai fitness competition HYROX di Singapura. Ia merupakan pertandingan kecergasan global yang semakin mendapat tempat dalam kalangan wanita urban.
Bersama pasangannya dalam kategori Women’s Doubles, Nadia berjaya menamatkan perlumbaan dengan masa 1 jam 15 minit 13 saat, satu pencapaian yang bukan sahaja mengagumkan, malah cukup untuk membuatkan ramai tertanya, sejauh mana had sebenar tubuh seorang wanita.
Namun di sebalik angka itu, pengalaman yang dilalui jauh lebih mendalam. Nadia sendiri menggambarkan cabaran tersebut dengan jujur, Ran, rowed, lunged, burpee’d, questioned my life… 10/10 would do it again.” Satu refleksi ringkas, tetapi cukup untuk menggambarkan intensiti sebenar HYROX, fizikal dan mental.
Pencapaian Nadia membuktikan persepsi wanita 40-an sudah tidak fit untuk menyertai pertandingan kecergasan, adalah salah sama sekali. Nadia bukan saja mencipta sejarah peribadi bahkan menjadi ikon terbaik kecergasan wanita di Malaysia.
Seorang yang positif dan sering menyebarkan mesej berguna untuk wanita, Nadia mengakui bahawa beliau hanya mula berlatih secara konsisten sekitar September 2025, malah ketika itu juga merupakan titik permulaan beliau dalam dunia larian.
“Crazy to think I only started training on and off… and that was also when I first started running,” tulisnya.
Ini menjadikan pencapaiannya bukan sekadar prestasi, tetapi bukti bahawa transformasi memerlukan keberanian untuk bermula, bukan kesempurnaan.
HYROX bukan pertandingan biasa. Ia adalah perlumbaan kecergasan berformat global yang menggabungkan 8 kilometer larian dengan 8 stesen latihan berintensiti tinggi. Setiap peserta perlu berlari sejauh 1 kilometer sebelum memasuki satu stesen latihan seperti sled push, sled pull, burpee broad jumps, rowing dan farmer’s carry. Struktur ini menjadikan HYROX satu ujian menyeluruh terhadap stamina, kekuatan fizikal dan ketahanan mental.
Tidak seperti pertandingan lain, HYROX menggunakan format standard di seluruh dunia, sama ada di Singapura, London atau New York. Ini menjadikan setiap penyertaan boleh diukur secara konsisten, sekali gus membuka ruang kepada peserta untuk menilai kemampuan diri di peringkat global.
Dalam konteks wanita, HYROX membawa makna yang lebih besar. Ia bukan sekadar tentang kekuatan fizikal, tetapi keupayaan untuk bertahan dalam ketidakselesaan. Nadia sendiri menyifatkan pengalaman pertamanya sebagai “cute fit, brutal experience”, indah pada pandangan luar, tetapi mencabar hingga ke tahap paling dalam.
Namun di situlah lahirnya kekuatan sebenar. Dalam setiap langkah, setiap pernafasan yang berat, seorang wanita belajar untuk mengenali dirinya. Bukan sekadar apa yang mampu dilakukan, tetapi apa yang sanggup dihadapi.
Menariknya, HYROX bukan eksklusif untuk atlet profesional. Dengan kategori seperti individual, doubles dan relay, ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang bersedia untuk mencabar diri. Apa yang diperlukan hanyalah disiplin, latihan dan keberanian untuk mencuba.
Apa yang Nadia tunjukkan adalah refleksi wanita hari ini, mereka yang tidak menunggu sempurna untuk bermula.
“What started as ‘let’s just have fun’ somehow turned into… one of the best experiences ever,” kongsinya.
Dan mungkin, itu definisi sebenar kekuatan. Bukan pada siapa paling laju atau paling kuat, tetapi siapa yang tetap bergerak walaupun hampir berhenti.
Bagi Nadia Annuar, ini bukan sekadar perlumbaan. Ia adalah simbol kepada wanita yang memilih untuk berkembang, secara fizikal, mental dan emosi. Dan jika ada satu perkara yang jelas daripada pengalaman Nadia, ia adalah ini, “My first HYROX and definitely not my last.”
Penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu ‘Tiada Lagi’ Mayangsari mendedahkan antara rahsia awet mudanya ialah kebahagiaan yang dikecapinya dalam rumahtangga.
Hakikatnya ia memang benar kerana apabila seseorang itu sentiasa merasa gembira dan bahagia, ketenangan jiwanya akan terserlah pada luaran.
Wajah pun akan berseri-seri dan awet muda.
Menurut Mayangsari, selama 23 tahun bergelar isteri kepada usahawan terkenal, Bambang Trihatmodjo, dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya itu.
Untuk info, mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 2000.
Memetik perkongsian di saluran YouTube Melaney Ricardo bertarikh 19 April 2023, Mayangsari juga tidak pernah mengongkong suaminya.
“Mungkin cara kita menghilangkan kebosanan adalah dengan tidak menahan satu sama lain.
“Salah satunya tidak memeriksa telefon bimbit pasangan. Saya sendiri tidak pernah melakukan sedemikian.
Selain itu, Mayangsari dan suami juga tidak pernah meletak password (kata laluan) pada telefon bimbit masing-masing.
“Saya tidak tahu dan dia tidak pernah menggunakan kata laluan. Saya juga tidak pernah menggunakan kata laluan, kami tidak kisah,” jelas Mayangsari.
Mayangsari juga tidak pernah berprasangka buruk terhadap suaminya seperti mana wanita-wanita lain.
“Itu nampak sangat menyeksakan, saya tidak mahu,” jelasnya. Dia juga sedar sikap sebegini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi jika sudah berkahwin.
Apa pun kata Mayangsari, kunci utama kebahagiaan ialah saling menghormati antara satu sama lain. Semoga Mayangsari dan suami bahagia selamanya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Kredit Foto: Instagram Mayangsari
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tengok wajah Hazlin Hussain pasti ramai terkenang aura wanita ini ketika mengacarakan program dokumentari popular, 999! Tidak lagi aktif di kaca televisyen, bakat Hazlin dalam dunia penyiaran mula bersinar apabila dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2019.