Usianya belum lagi mencecah 30 tapi dia sudah pun memiliki segala-galanya. Terbang tinggi dengan senyuman yang terukir manis serta bergelar duta kepada pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa.

Ya, imej wanita berhijab yang dibawa langsung tidak menghalang Noor Neelofa Mohd Noor menakluk dunia. Namanya sentiasa meniti di bibir peminat malah kehadirannya disenangi ramai pihak.

IKLAN

Ketika ditemui sempena penggambaran cover Nona Januari 2018, Neelofa mengakui bahawa dia telah bertungkus-lumus untuk memajukan kerjaya dan perniagaannya, maka tahun baru ini adalah masa untuk self discovery and find a true love for herself.

Membuka tirai tahun baru dengan bergaya, pengacara Meletop serta aktres berbakat besar ini sekali lagi dipilih menerima Anugerah Grandeur & Elegante Antarabangsa di atas kredibilitinya membangunkan jenama Naelofar Hijab.

Penghujung 2017 lalu, dia juga sebelum ini melakar sejarah apabila dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Berhad. Neelofa sudah pun mula menjalankan tanggungjawabnya dengan mempromosikan kempen penerbangan AirAsia ke Terengganu, minggu lalu.

“2018 Adalah Tahun Untuk Find A True Love!” NEELOFA

Pemilihannya dilihat sangat tepat memandangkan dia mempunyai jumlah pengikut paling ramai di media sosial serta diharapkan dapat menyuntik pandangan baru kepada perniagaan AirAsia dalam usaha syarikat tersebut menuju ke arah penerbangan digital.

Sebelum ini Neelofa pernah disenaraikan antara 300 individu yang terpilih dalam Forbes Under 30 Asia 2017. Biarpun terdapat suara-suara sumbang yang sentiasa mahu mengecam namun Neelofa tetap berdiri teguh dengan pendiriannya yang tidak akan menoleh ke belakang.

“2018 Adalah Tahun Untuk Find A True Love!” NEELOFA

IKLAN

Neelofa juga antara 10 individu yang dilantik sebagai kumpulan kedua duta besar bagi Transformasi Nasional 2050 (TN50). Dia juga diangkat sebagai wajah Kad Muslimah Bank Rakyat.

“2018 Adalah Tahun Untuk Find A True Love!” NEELOFA

Rohani

Belajar daripada pengalaman lalu, Neelofa kini lebih matang dalam mengendalikan segala situasi serta emosi. Neelofa bukanlah seorang yang mudah melatah dengan setiap kritikan mahupun kecaman di laman sosial.

IKLAN

“Sumber kekuatan saya semestinya ibu dan kakak, Nabila. Di kala saya dihentam mahupun tertekan mereka yang selalu memberikan saya kata-kata semangat dan pendapat. Selain itu, saya turut mengamalkan zikir untuk ketenangan jiwa. Zikir adalah makanan roh yang menjadi penawar terbaik,” katanya.

“2018 Adalah Tahun Untuk Find A True Love!” NEELOFA

Selain itu, Neelofa turut berkongsi hasratnya mahu membuka pusat pengajian Al-Quran satu hari nanti.

Memetik laporan dari Mstar Online, dia sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat tersebut sambil berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“2018 Adalah Tahun Untuk Find A True Love!” NEELOFA

Semoga segala impian Neelofa tercapai tahun ini dan bintangnya terus bersinar menjadi inspirasi kepada wanita muda yang lain. Syabas! Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI