‘Why does everything taste better after midnight?’ Kelaparan, barangkali itu jawapan segelintir masyarakat Malaysia yang gemar mengambil makanan berat di tengah malam. Malah lihatlah senario di pelbagai restoran 24 jam, pelanggan yang datang tidak putus-putus memesan menu berkalori tinggi seperti nasi lemak, char kuey teow, roti canai, burger keju serta dimaniskan lagi dengan minuman bergas atau teh tarik. Adakah trend makan lewat malam ini kian dianggap salah satu gaya hidup moden dan sofistikated?

Tewas dengan godaan untuk mengunyah makanan sebelum tidur menyimpan pelbagai petaka terhadap kualiti kesihatan. Kesannya amat serius dan mampu mempengaruhi pelan diet serta kecergasan tubuh seseorang. Ini kerana, sistem gastrousus bekerja mengikut arus graviti, jadi apabila anda berbaring sejurus selepas makan, risiko untuk didatangi penyakit akan meningkat dengan drastik.

Kecelaruan yang dikaitkan dengan tabiat makan lewat malam:

3 ALASAN… KENAPA MAKAN LEWAT MALAM MENJEJASKAN KESIHATAN!

  • Night Eating Syndrome (NES) yakni orang yang terjaga dari tidur dan terasa keinginan yang luar biasa untuk makan;
  • Sleep Relating Eating Syndrome iaitu orang yang makan tanpa sedar ketika tidur.

PERUT SEPERTI MESIN BASUH
Tuhan telah menganugerahkan setiap makhluk-Nya sebuah sistem penghadaman yang hebat. Seperti kilang pemprosesan, cebisan makanan akan dipecahkan ke dalam perut untuk dijadikan molekul kecil… sebelum diserap atau disingkirkan dari tubuh. Bayangkan sekeping pizza yang dijamah pada jam 10 malam. Rasanya yang lazat dikunyah penuh nikmat, kemudian ditelan sebelum tiba ke dasar perut. Kini bayangkan pula perut anda seperti sebuah mesin basuh, tetapi bukan dipenuhi air, tetapi asid hidroklorik yang pekat beserta enzim untuk menghancurkan picisan pizza tersebut. Sayangnya belum sempat ia selesai memproses, sejam kemudian anda menutup lampu dan tidur!

Beberapa alasan yang sering digunakan secara sengaja untuk makan ialah tabiat sejak kecil, tertekan, bimbang, kecewa, dirundung masalah dan ketagihan gula. Kini ketahui tiga alasan betapa amalan ini amat berbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan anda.

  1. PEDIH ULU HATI

Malam diciptakan untuk tubuh berehat. Namun apabila anda makan malam atau bersnek berat kira-kira sejam sebelum tidur, perut anda masih bekerja keras untuk menghadamkan makanan tersebut. Posisi baring meningkatkan risiko pedih ulu hati kerana ketidakstabilan asid gastrik di dalam perut. Dalam kes yang lebih serius, tekanan asid reflux atau turut dikenali sebagai gastroesophageal reflux disease (GERD) akan naik ke bahagian mulut dan menyebabkan kaviti gigi.

  1. OBESITI

Makan lewat malam juga meningkatkan risiko obesiti kerana kalori tidak sempat dibakar atau diproses secara sihat. Demikianlah tercetusnya kegemukan dan penyimpanan lemak degil di dalam tisu tubuh. Malah selain berisiko untuk menaikkan berat badan, penampilan tubuh anda juga turut terjejas. Bagi wanita, selain timbunan selulit, ukuran pinggul dan peha akan mengembang, disamping tisu-tisu otot mengendur bagi mereka yang sudah berusia. Ia juga meningkatkan paras gula darah bagi pesakit diabetes yang makan makanan berkarbohidrat pada malam sebelumnya.

3 ALASAN… KENAPA MAKAN LEWAT MALAM MENJEJASKAN KESIHATAN!

  1. KESUKARAN TIDUR

Penambahan berat badan bukan satu-satunya kesan buruk kepada kesihatan. Ia juga mengakibatkan insomnia, atau kesukaran tidur hingga mempengaruhi fikiran agar terus bekerja tanpa henti. Pelbagai masalah difikirkan lantas membuatkan jiwa terganggu. Proses penghadaman juga tidak dapat berehat dan tubuh gagal menjalankan tugasnya untuk menyembuhkan kesakitan. Sistem imun anda benar-benar dalam bahaya!

7 CADANGAN,
ATASI TABIAT MAKAN LEWAT MALAM

  1. Makan tiga hidangan seimbang sewaktu siang. Namun sesetengah diet rendah kalori di waktu siang boleh menggalakkan individu makan berlebihan pada waktu malam.
  2. Makan makanan yang membekalkan jumlah kalori harian anda secukupnya sebelum jam 7 petang. Sekiranya selepas jam tersebut anda masih terasa lapar, amalkan snek bernutrien, berserat dan rendah karbohidrat seperti potongan lobak merah, seleri, betik, salad dan epal.

3 ALASAN… KENAPA MAKAN LEWAT MALAM MENJEJASKAN KESIHATAN!

3. Sekiranya didatangi keinginan untuk makan pada waktu malam, minum beberapa gelas air masak atau teh herba bercampur madu.

4. Tetapkan di minda, tubuh anda tidak memerlukan makanan yang berat pada waktu malam. Sentiasa beringat untuk mengekalkan berat badan yang ideal dan kenapa ia amat penting untuk diri anda.

3 ALASAN… KENAPA MAKAN LEWAT MALAM MENJEJASKAN KESIHATAN!

5. Lakukan helah pada diri sendiri. Jika terasa ingin makan, lekas ke bilik air dan berus gigi anda. Ini kerana secara psikologinya, ia mengelak perasaan untuk makan kerana setiap orang gemarkan mulut yang bersih dan segar.

6. Carilah hobi yang digemari untuk mengelakkan anda dari makan di tengah malam. Elakkan menonton televisyen atau membaca majalah yang mengandungi banyak iklan makanan.

7. Makan hidangan sarapan yang mengenyangkan pada waktu pagi. Pastikan anda melatih diri untuk makan pada waktu yang tetap setiap hari.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI