Pertandingan Pencarian Dewi Remaja 2018/19 baharu sahaja melabuhkan tirai dengan meninggalkan kisah suka dan duka buat pesertanya. Berita penarikan semula gelaran Juara Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee kerana melanggar syarat penyertaan telah tular di seluruh negara. Namun, bakat dan kelibat setiap peserta Dewi Remaja tetap bersinar dalam kategori masing-masing. Jika bijak mengatur langkah tentu cerah masa depan.

Pertandingan Pencarian Dewi Remaja ini juga turut menarik minat kerabat diraja untuk menyertainya. 4 orang kerabat diraja ini antara yang pernah menyertai sepanjang pertandingan Pencarian Dewi Remaja yang dianjurkan;

IKLAN

4 Kerabat Diraja Ini Sertai Pertandingan Dewi Remaja Sepanjang Zaman

  1. YM Tengku Anis Tengku Ismail

Kerabat Diraja Pahang ini merupakan Juara Pencarian Dewi Remaja 1985/86 yang merupakan Edisi 1 pertandingan ini. Kejelitaan Tengku Anis Tengku Ismail tetap terserlah sehingga kini walaupun sudah 28 tahun kenangan tersebut berlalu. Tengku Anis Tengku Ismail juga merupakan ibu pelakon Putri Najwa.

4 Kerabat Diraja Ini Sertai Pertandingan Dewi Remaja Sepanjang Zaman

Foto: Instagram @kashfizulkufli

4 Kerabat Diraja Ini Sertai Pertandingan Dewi Remaja Sepanjang Zaman

Foto: Instagram @kuza249

  1. YM Tengku Sariza binti Tengku Muzani

Tengku Sariza binti Tengku Muzani atau lebih dikenali sebagai Kuza mempunyai pertalian dengan kerabat diraja dari Kelantan. Kuza merupakan finalis Dewi Remaja 1990/91. Kuza kini aktif sebagai seorang pelakon dan bergelar seorang pengacara, model serta usahawan wanita. Kini berusia 46 tahun dan sudah mempunyai tiga orang anak.

4 Kerabat Diraja Ini Sertai Pertandingan Dewi Remaja Sepanjang Zaman

Foto: Instagram @kuza249

IKLAN

4 Kerabat Diraja Ini Sertai Pertandingan Dewi Remaja Sepanjang ZamanFoto: Instagram @zarinajamalullail

  1. YM Datin Sharifah Zarinatasha bt Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail

Datin Sharifah Zarinatasha bt Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail atau lebih selesa dikenali sebagai Zarina Jamalullail merupakan peserta Pencarian Dewi Remaja yang telah dijuarai oleh Noor Neelofa Mohd Nor. Finalis Edisi ke-8 ini merupakan kerabat diraja Perlis di sebelah bapa dan Pahang di sebelah ibunya. Pernah berlakon dalam sebuah filem Aku, Kau dan Dia finalis Dewi Remaja 2010/11 ini kini aktif sebagai beauty consultant sebuah jenama kecantikan antarabangsa.

4 Kerabat Diraja Ini Sertai Pertandingan Dewi Remaja Sepanjang Zaman

IKLAN

Foto: Instagram @zarinajamalullail

4 Kerabat Diraja Ini Sertai Pertandingan Dewi Remaja Sepanjang Zaman

Foto: Instagram @affierania

  1. YM Tunku Affie Rania Tunku Fauzi.

Pemenang tempat ke-5 Pencarian Dewi Remaja 2018/19 ini merupakan kerabat diraja Kedah di sebelah ayahnya, YM Tunku Dato’ Adj. Prof Sr Dr Fauzi Tunku Dato’ Abdul Malek Al Haj. Ibunya pula, Che’ Puan Datin Mimi Wahedah merupakan pemenang tempat ke-3 Pencarian Dewi Remaja 1987/88. Lebih mesra disapa Rania ini pernah muncul sebagai pelakon utama dalam muzik video Aiman Tino.

4 Kerabat Diraja Ini Sertai Pertandingan Dewi Remaja Sepanjang Zaman

Foto: Instagram @affierania

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI