Setiap orang punya cita rasa tersendiri tatkala ingin menikmati percutian di dalam mahupun luar negara. Ada yang gemar beriadah di pulau peranginan, meneroka kota metropolitan dan ada juga yang bercuti kerana mahu mengimbau sejarah peradaban destinasi pelancongan. Di Malaysia misalnya bukan sahaja menghidangkan seribu lokasi indah untuk bercuti malah industri perhotelan yang kian maju nyata membuka peluang untuk meredakan stres. Jika anda menginginkan penginapan yang berlatar belakangkan sejarah, Timez Hotel Melaka memenuhi kehendak anda.
Dibina di sebuah bangunan lama yang diubahsuai semula dengan garapan rona putih bersih, hotel bertemakan warisan ini sememangnya sarat dengan elemen nostalgia. Terletak di laluan terkenal bandar raya Melaka, Jonker Street, hotel butik ini berjaya menarik kedatangan pelancong saban tahun dengan keunikan binaan dan rekaan setiap kamar yang ada di sini. Salah satu keistimewaan Timez Hotel Melaka adalah kesediaan 15 kamar tetamu termasuk 3 suite yang setiap satunya dihias dengan konsep berbeza.
LAMBAIAN SELAMAT DATANG
Seiring kehendak tetamu yang mementingkan keselesaan di samping menginap dalam suasana penginapan unik dan indah, Timez Hotel Melaka menawarkan lima kategori kamar berkonsepkan hiasan Peranakan, Cina, British, Portugis dan Belanda. Kelima-lima elemen tersebut diketengahkan sebagai menghargai tradisi masyarakat Melaka yang berhubung kait dengan budaya peranakan dan Cina termasuk kesan jajahan pentadbiran British, Portugis serta Belanda ketika era Kesultanan Melaka.
Ads
Melewati ruang lobi hotel, pengembaraan unik di Timez Hotel Melaka bermula dengan hiasan cermin bermotifkan artistik yang menempatkan 62 utas jam tangan Swatch. Hiasan ini sengaja diletakkan di laluan masuk sebagai lambang peredaran masa yang berlaku pada zaman dahulu, kini dan masa depan. Bersebelahan kaunter pendaftaran terdapat ruang makan, SuperRabbit Cafe yang menawarkan menu fusion Asia dan Barat, seleksi minuman kopi premium dan aneka pilihan kek.
Ads
Antara menu yang sering ditempah pelanggan ialah hidangan Dare To Try Spaghetti yang diadun dengan perisa sambal petai udang. Begitu juga Charcoal Lover iaitu sajian burger ayam panggang yang dimasak sempurna dan menepati cita rasa ramai. Dibuka setiap hari, SuperRabbit Cafe juga turut dijadikan lokasi rasmi untuk mengadakan parti, urusan korporat dan majlis keraian.
KEUNIKAN KAMAR HOTEL
Ads
Cherki Room yang mengetengahkan elemen peranakan tampak menyerlah dengan penataan rona hijau epal bersama padanan aksesori bingkai gambar kad ala manjung yang cukup sinonim dengan suku kaum berkenaan. Manek Room dan Little Nyonya Room pula adalah apresiasi keunikan seni masyarakat Nyonya dengan kehalusan manik dan koleksi aksesori antik yang di himpun kemas dalam kamar tetamu ini.
Sementara Clip-Clop Room yang mengenakan tema Cina menggunakan hiasan terompah kayu pelbagai saiz dan warna sebagai identiti utama. Sebuah lagi bilik yang menyerlahkan seni tradisi Cina dengan menggabungkan beratus-ratus kotak ‘pressed powder’ lama Sam Fong Hoi Tong yang direka menjadi sebuah bingkai gambar adalah Oriental Beauty Room.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Naelofar melangkah setapak lagi ke hadapan apabila jenama yang cukup sinonim dengan fesyen muslimah popular di Malaysia ini menghasilkan rekaan sulung busana eksklusifnya di Madinat Arena, Dubai awal November lalu.
Ia adalah sempena penganjuran edisi kedua Swarovski’s Sparkling Couture: Infinity Exhibition yang turut menghimpunkan lebih 40 busana mewah melibatkan 50 orang pereka fesyen dari 17 buah negara di serata dunia.
Antara label antarabangsa yang tersenarai dalam pameran berprestij ini termasuk Zumorrod, Al Qattan dan Rizwan.
Bertemakan lima konsep rekaan merangkumi perkahwinan, etnik, persalinan gaun petang dan modest wear di samping garapan perhiasan serta aksesori yang bertahtakan butiran kristal Swarovski, rekaan unik Salacia menterjemahkan inspirasi busana Naelofar yang berasaskan rona-rona lautan.
Dengan penyertaan Naelofar dalam pameran bertaraf antarabangsa berkenaan pastinya membuka peluang lebih besar buat pengusaha industri muslimah ini menembusi pasaran dunia. Sekali gus melakar lebih banyak kejayaan dalam arena fesyen global.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekian lama tidak mengemaskini media sosial, akhirnya Datin Paduka Eina Azman membuka mulut mengenai tahap kesihatan diri kepada peminat setia. Dalam entri terbaharu Datin Paduka Eina di Instagram, selebriti cantik ini memuat naik gambar dirinya memakai persalinan hospital dengan branula di tangan dan kelihatan wajah Datin Paduka Eina yang letih.
Enggan terus membuatkan peminat berteka-teki dengan situasi yang dialami, isteri kepada Datuk Paduka Kaiser tersebut berkongsi sisi peribadi. “Salam semua. Alhamdulillah after 6 hours plus saya dah bangun. Ramai yang whatsapp and DM tanya saya kenapa tak ada update apa-apa sangat di IG.
Dan masih terlalu ramai yang nak tahu saya sakit apa. Lately ni saya kurang sihat. Saya dah pernah buat biopsy sebanyak 4 kali di leher dari tahun 2016 sehingga hari ini. Dan sakit saya masih tak hilang.
Hari ni saya berjaya buat surgery selepas 2 tahun sebab tempat biopsy yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit. This is my second option dari Prince Court ke Gleneagles. Hopefully selepas surgery ni sakit saya akan hilang selamanya. Doakan saya.”
Sebelum ini nama Datin Paduka Eina pernah jadi bualan hangat warganet apabila didakwa memotong giliran pemberian vaksin pada 25 Mei lepas di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak.
Bagaimanapun pihak hospital terbabit tampil menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menjelaskan pemberian vaksin yang diberi kepada Datin Paduka Eina dan suami berdasarkan rujukan daripada doktor pakar disebabkan masalah kesihatan dan komorbid.
Datin Paduka Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman kini berusia 26 tahun dan bergelar isteri kepada usahawan Datuk Paduka Kaiser pada 31 Ogos 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Moga Datin Paduka Eina segera sembuh dan kembali aktif mewarnai bidang seni serta dapat segera berkongsi video masakan beliau.
.
Kredit: Instagram Eina Azman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertuah pengasas NOIR, Ericya Baiduri kerana dikurniakan seorang suami penyayang. Selain kisah kejayaannya sebagai usahawan menjadi pencetus semangat kepada ramai wanita, perjalanan Madammu untuk hamil dan memiliki zuriat juga tidak kurang hebatnya. Lebih-lebih lagi sudah bertahun-tahun Eriyca menunggu untuk bergelar ibu dan semestinya semuanya memdoakan perjalanan Madammu ini diberkatiNya.
Untuk rekap, Pengasas Noir Health & Beauty ini sah menjadi isteri Muhammad Azri Che Noh ketika berusia 25 tahun. Tujuh tahun mendirikan rumah tangga, dia dan suami serta tiga anak tiri hidup bahagia meskipun belum berpeluang mempunyai zuriat sendiri.
Boleh kongsikan momen bertemu dengan Eriyca, soalan pertama penulis ujarkan kepada Muhammad Azri, selaku Tukang Penasihat serta Pengasas Bersama NOIR Health & Beauty. “Saya bertemu Madammu ketika dia masih belajar lagi. Waktu itu saya pun keseorangan. Jadi bila pertama kali berjumpa, Madammu ini memang ‘friendly’ tapi tak adalah ramah sangat..”
Sejak awal tahun ini, Madammu terbuka berkongsi kisah in vitro fertilization (IVF) yang dilakukannya bersama followers selepas. Mengakui risau pada awalnya apabila Madammu berkongsi perihal perjalanan IVFnya, akhirnya Azri terbuka kerana melihat ramai orang di luar sana terutama para lelaki (suami) yang tidak tahu tentang IVF dan prosedurnya.
Eriyca Baiduri menghiasi cover digital NONA Edisi Oktober 2022.
Kurniaan terindah, suri hati Raja Britain Raja Charles III iaitu Ratu Camilla rasmi bergelar wanita pertama mendapat gelaran Laksamana Madya (Vice Admiral) UK sempena ulang tahun ke-78.