Selangor dan segala kehidupan yang bernafas di dalamnya. Bagi mereka yang tinggal di Selangor, bumi bertuah ini bukan saja menjadi tempat bermastautin, tapi rumah keluarga membesar dan lubuk rezeki yang melimpah-ruah.
Ads
Disebabkan faktor migrasi dan kemasukan pekerja asing yang telah berpindah mencari peluang pekerjaan, negeri Selangor berkembang dengan kepelbagaian budaya dan makanannya.
Bagi penduduk negeri lain, inilah lima makanan tradisional Negeri Selangor yang menyelerakan. Selain berkhasiat dan lazat, ia juga mudah dibuat sebagai variasi santapan keluarga anda nanti. Cubalah!
(1) Pecal
Foto: Maggi
Pecal sayur yang sangat lazat ini juga dikenali sebagai Salad Jawa. Ia dihidangkan dengan sos kacang dan aneka sayur-sayuran segar. Persediaan untuk membuat pecal ini adalah sangat mudah dan boleh dicuba di rumah pada bila-bila masa! Antara ramuan pentingnya adalah kacang tanah untuk menghasilkan kuah kacang, tauhu, taugeh, kacang hijau dan timun.
(2) Nasi Ambeng
Foto: Nona Manis Kitchen
Sudah menjadi tradisi untuk menghidang Nasi Ambeng dalam satu pinggan yang boleh dikongsi beramai-ramai di antara empat hingga ke lima orang! Semasa menyiapkan menu Jawa-Melayu ini, anda tidak boleh melupakan ramuan utama seperti nasi putih, ayam, mi goreng, kacang panjang, sambal tempe dan daun pisang!
(3) Sambal Taun
Ads
Foto: Salamisimon
Makanan tradisional yang berasal dari Jawa ini kerap dimasak pedas dengan penggunaan cili yang banyak semasa penyediaannya. Sering kali di Selangor, kulit lembu akan dijadikan sebagai protein utama sajian ini, akan tetapi ia boleh digantikan dengan kerang, paru lembu atau ikan bilis. Bahan-bahan lain yang diperlukan pula adalah bawang merah, bawang putih, belacan, santan kelapa, minyak, asam jawa, gara dan gula.
(4) Wadai Kipeng
Foto: Friedchillies
Dalam perkataan Banjar, ‘Wadai’ bermaksud ‘Kuih’, sementara ‘Kipeng’ pula merujuk kepada potongan. Sejak dulu lagi, telah menjadi tradisi masyarakat Banjar untuk menyajikan Wadai Kipeng semasa majlis kesyukuran mereka! Satu perkara yang perlu anda ketahui, ia adalah sangat mustahil untuk menyediakan menu yang enak ini tanpa enam ramuan iaitu tepung beras, kelapa muda, gula melaka, gula pasir dan daun pandan!
Ads
(5) Bahulu Kemboja
Foto: Manis2012
Bahulu Kemboja boleh dihidangkan pada bila-bila masa, sama ada untuk sarapan mahupun semasa waktu minum petang. Walaupun kuih ini sering dijual di pasaran tetapi untuk mencari keasliannya seperti hasil air tangan orang Selangor amatlah sukar untuk dicari. Untuk mengekalkan keenakan dan keunikannya, bahan terpenting yang diperlukan adalah air pandan asli hasil tapisan daun pandan, tepung gandum, tepung beras, susu kelapa, telur, bijan dan sudah pasti, gula dan garam untuk perasa!
Dengan pelbagai pilihan makanan tradisional di negeri ini, tidak hairanlah Selangor terpilih sebagai pusat gastronomi di Malaysia. Sama ada hidangan istimewa seperti lauk-pauk, ataupun kuih-muih yang enak, resipi tradisional seperti yang disertakan dalam senarai ini tentunya harus anda cuba sediakan!
Sumber: Tourism Selangor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang Malaysia memang senang sekali makanan manis. Tambah pula pada musim perayaan ini, hidang saja manisan lazat pasti habis. Sebenarnya tak susah pun nak ‘Wow-kan!’ tetamu yang datang beraya di rumah anda. Trik paling penting, kenalah sediakan juadah yang sedap-sedap dan berbeza daripada menu biasa.
Nona kongsikan juadah manisan yang patut disajikan pada sanak-saudara dan kenalan. Ini bukan biskut raya biasa yang menggunakan ramuan mentega dan acuan yang pelbagai itu ya! Kami gelarkan sajian pencuci mulut ini sebagai ‘The Most Wanted Tart’. Makan sekali pasti mahu nikmatinya berkali-kali. Selamat mencuba.
KEY LIME PIE
Bahan-bahan pie shell:
150 gram biskut digestive
40 gram mentega (dicairkan)
20 gram gula
Bahan-bahan filling:
1 tin @ 400 gram susu pekat manis
100 ml jus limau nipis
1 sudu teh kulit limau nipis (diparut)
4 biji kuning telur
Bahan-bahan topping:
1 cawan krim putar
Parutan kulit limau nipis
Cara Membuat:
Untuk membuat pie shell, kisar biskut digestive sehingga halus. Tambah gula dan gaul bersama mentega sehingga sebati. Tekap ke dalam tin pembakar pai bersaiz 8 inci. Bakar selama 7 minit pada suhu 180 darjah Celsius. Keluarkan dari ketuhar dan biar sejuk sepenuhnya. Sementara itu, sediakan filling dengan putar kuning telur selama 2 minit. Tambah susu pekat dan putar selama 2 minit lagi. Kemudian, masukkan jus limau nipis dan gaul sebati.
Putar lagi selama 2 minit sehingga semua bahan bercampur dengan baik. Tapis adunan melalui penapis halus untuk menyingkirkan buih kecil. Tambah parutan limau. Tuang ke dalam pie shell yang sudah sejuk tadi dan bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit. Setelah masak, sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidangkan bersama krim putar.
BERRY TART
Bahan-bahan tart shell:
250 gram mentega
120 gram gula aising
2 biji telur
480 gram tepung gandum
Bahan-bahan krim pastri:
4 biji kuning telur
¼ tepung jagung
½ cawan gula kastor
2 cawan susu
Ekstrak vanila
1 cawan krim putar
Cara Membuat:
Untuk menyediakan tart shell, ayak gula aising terlebih dahulu. Pukul gula aising dan mentega. Jangan pukul terlalu lama. Masukkan telur dan adun sebati. Juga, jangan terlalu lama. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati. Jika masih lembik, tambah tepung. Bakar selama 17 minit pada suhu 170 darjah Celsius atau sehingga masak. Sementara itu, panaskan susu di dalam periuk dengan api kecil. Masukkan tepung jagung, gula dan kuning telur dalam satu mangkuk.
Kacau sebati. Setelah susu berbuih, masukkan separuh susu ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau sebentar untuk melarutkan gula, kemudian tuang semula ke dalam periuk susu tadi. Gaul menggunakan whisker atau senduk kayu sehingga adunan likat. Adunan sudah masak jika ia mengeluarkan letupan angin. Tutup api dan masukkan ekstrak vanila. Biarkan sejuk. Akhir sekali, pukul krim putar dan gaulkan ke dalam adunan kastard yang sudah sejuk. Paipkan ke dalam tart shell dan hias bersama pilihan buah beri anda.
Resipi: Terima kasih Nurul Izni, Chirpy Cake
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali berkunjung ke pasaraya, rambang mata melihat aneka sos yang ada di rak-rak pameran. Ya, terlalu banyak! Malah ada sesetengah daripadanya yang kita tak pernah berani untuk mencuba. Sebagai contoh sos pesto.
Mungkin ramai pernah menikmati Pasta Pesto yang diperbuat dari gabungan basil, kacang pine nut dan minyak zaitun. Namun begitu, hidangan berasaskan pesto ini boleh dipelbagaikan mengikut citarasa. Resipi Ayam Pesto ini juga tidak kurang hebatnya untuk dicuba!
AYAM PESTO
BAHAN-BAHAN:
3 keping dada ayam | hiris nipis memanjang
2 sudu makan pesto basil
2 sudu makan minyak zaitun
2 cawan tomato ceri | dipotong dua
Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
1 sudu makan tepung agndum
2 ulas bawang putih | dicincang
1/2 sudu makan pesto basil
1 cawan susu cair
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Bersihkan ayam dan perapkan dengan garam serta pesto basil selama 10 minit.Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak dan masak ayam tadi hingga keperangan. Angkat.Untuk sos, satukan tepung, bawang putih, pesto, susu cair, garam dan serbuk lada hitam di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan tidak berketul.Dengan menggunakan kuali gorengan ayam tadi, masukkan tomato. Tambah sedikit minyak jika perlu.Bila tomato sudah mula lembut, masukkan bancuhan sos tadi. Biar hingga mendidih.Masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi dan teruskan memasak selama 3-4 minit hingga sebati dengan kuah. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Credit: Majalah RASA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut 1 Syawal. Baki beberapa hari lagi berpuasa, cuba mengintai gaya selebriti awet muda, Amy Mastura berbuka puasa.
Setiap orang mempunyai selera yang berbeza ketika berbuka puasa. Selebriti awet muda, Amy Mastura memilih makanan yang ringkas sebagai hidangan berbuka puasa. Bukan sahaja ringkas, Amy juga gemar makan sesuatu yang masam sebagai pembuka seleranya untuk berbuka puasa.
“Tomyam adalah hidangan berkuah yang makin sedap kalau dipanaskan. Jadi sesuailah kalau saya masak banyak sikit ketika berbuka puasa untuk dimakan lagi ketika bersahur.
Masam-masam rasa tomyam tu memang menaikkan selera,” ujarnya yang menjadi kebiasaan masak dalam kuantiti lebih sedikit ketika berbuka kerana lauk yang sama akan dipanaskan untuk dimakan ketika bersahur.
Amy mengakui ada tabiat pelik sikit mengenai masakan. Dia selalunya memilih untuk tidak belajar memasak hidangan yang dia suka makan. Katanya, apabila sudah mengetahui cara memasak, dia tidak akan suka lagi menikmati sesuatu makanan itu.
Foto: Koleksi Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.Foto: Koleksi Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.
TOMYAM UDANG
(Resipi: Datuk Chef Wan)
BAHAN-BAHAN 20 ekor udang
2 helai daun limau purut
2 batang serai
1 sudu makan pes cili thai
1 sudu makan sos ikan
1 biji bawang holand
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
2 keping hirisan lengkuas
5 biji cili padi
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan air hingga menggelegak dan masukkan udang. Masukkan daun limau purut dan serai dan masukkan cili padi yang telah ditumbuk tadi bersama hirisan lengkuas. Masukkan pes cili thai dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula. Kemudian masukkan sos ikan. Kacau seketika dan masukkan air limau nipis. Seimbangkan rasanya. Akhir sekali sebelum tutup api masukkan sesenduk susu cair. Jangan banyak sangat kerana tidak mahu rasa bersantan. Kemudian masukkan daun ketumbar. Biarkan mendidih.
Tak dinafikan sejak menyertai program realiti One In A Million (OIAM), nama Zazzleen Zulkafli semakin melonjak dan dikenali ramai. Bukan semata-mata kerana statusnya sebagai anak seniman tanah air iaitu Datuk Zulkifli Zain, tetapi juga kerana bakat nyanyian ...