Diam tak diam, sudah mencecah usia 7 bulan perkahwinan anak bongsu Presiden Republik Indonesia, Kaesang Pangerap dan isterinya, Erina Gudono.
IKLAN
Erina dan Kaesang memilih tarikh 10 Disember sebagai tarikh pernikahan mereka di mana majlis perkahwinan kedua-duanya telah berlangsung dalam suasana meriah dan gilang gemilang di Pura Mangkunegaram Solo.
Menjangkau usia 7 bulan perkahwinan, nampaknya pasangan ini semakin serasi menjalani kehidupan sebagai suami isteri di samping menjalankan rutin seharian. Menjengah ke laman sosial milik pasangan ini, kedua-duanya dilihat masih dalam fasa berbulan madu apabila mereka dilihat mengunjungi beberapa destinasi popular antaranya termasuklah Paris, Korea dan sebagainya.
Meskipun dalam fasa berbulan madu, Erina berkongsi hobi baharu bersama suami tersayang iaitu memasak di mana pasangan ini dilihat mengikuti beberapa kelas memasak yang dianjurkan di ibukota Indonesia itu.
Malah penampilan Kaesang juga dipuji para netizen apatah lagi anak lelaki bongsu Presiden Jokowi itu kelihatan lebih kurus dari penampilannya sebelum ini. Penampilan dan gaya Kaesang juga banyak berubah sejak mendirikan rumahtangga!
Bukan itu sahaja, nampaknya rezeki pasangan ini semakin murah sebaik mendirikan rumahtangga apabila baru-baru ini Kaesang memenangi kategori Content Creator Talkshow Terfavorit , Video Content Creator Awards di malam penghargaan Content Creator di TV Indonesia.
IKLAN
Terima kasih buat istri tercinta yang cantik banget banget banget karena udah selalu support suaminya untuk melakukan yang terbaik bikin konten konten pinggir jurang. Terima kasih buat tim hore yang selalu kerja pagi siang sore malem untuk pembuatan konten di channel youtube saya.
Untuk rekod, Kaesang Pangerap merupakan seorang usahawan yang mempunyai beberapa cabang perniagaan di Indonesia. Kaesang juga turut memiliki saluran Youtube nya sendiri dan selalu berkongsi content menarik di salurannya itu.
Memiliki wajah yang cantik dan pakej menarik membuatkan dua figura jelita ini sering menjadi perhatian umum. Adik beradik popular, Syatilla Melvin dan Syifa Melvin merupakan nama yang tidak asing lagi dalam media sosial dengan mempunyai bilangan pengikut yang cukup ramai di laman Instagram. Bijak mengatur langkah dalam mengatur corak kehidupan, membuatkan pengikut setia mereka sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan semasa.
Tidak dinafikan agak sukar untuk membezakan kedua mereka dek kerana mempunyai wajah seakan sama. Namun sisi peribadi setiap dari mereka nyata membentuk personaliti yang berlainan. Sikap Syatilla yang lebih ramah dan bersahaja membuatkan sesiapa sahaja senang dan mudah mesra ketika bersama beliau. Manakala Syifa yang lebih bersifat pemalu membuatkan gadis kelahiran Pulau Pinang ini sering diusik kakaknya, Syatilla. Istimewa edisi lebaran, Nona membawakan dua bingkisan menarik kisah dua beradik ini sempena Aidilfitri 2018.
SYATILLA MELVIN
Lebaran yang berkunjung tiba menjadi detik buat keluarga dan sanak saudara berkumpul untuk mengeratkan ikatan silaturahim. Saat bertemu di hari mulia pastinya menyingkap kenangan lalu bersama keluarga terutamanya bersama adik-beradik di waktu kecil. Semasa sesi temubual bersama Syatilla, Penulis sempat bertanyakan kenangan manis yang mungkin sukar untuk dilupakan ketika menyambut lebaran bersama.
“Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali hari raya, saya akan balik Nibong Tebal, Pulau Pinang dan beraya bersama keluarga di sana. Keluarga suami saya juga akan beraya di sana dan kami akan berkumpul untuk meraikan hari lebaran. Seperti biasa di pagi raya, kami akan bersalam-salaman dan menjamu selera. Juadah yang wajib ada di pagi raya buat keluarga saya ialah rendang, ketupat dan kuih kegemaran saya, tat nenas serta semperit.
Mengimbau waktu kecil, rutin wajib saya bersama keluarga pada hari raya ialah makan kuih bersama-sama keluarga terlebih dahulu. Selepas itu saya dan adik-beradik yang lain akan keluar bersama seperti membuat rombongan dan pergi beraya ke rumah jiran tetangga. Saya amat rindukan momen tersebut di mana saya akui saya takkan merasakan lagi saat itu.
Namun, saya amat rindukan beraya bersama adik-beradik sewaktu kecil. Kenangan yang saya tak boleh lupakan hingga sekarang ialah sesi mengutip duit raya dan sebaik sahaja dapat angpau, kami akan membuka dan terus kira duit yang diberikan, “ ungkap Syatilla sambil ketawa.
Bagi Syatilla, hari raya yang disambut kini pasti tidak sama seperti sebelumnya dengan kehadiran cahaya mata yang menambah seri dan sinar lebaran. Ujarnya lagi, rayanya lebih bermakna dan sempurna memandangkan pada tahun ini anak kesayangannya sudah mencecah umur satu tahun pada Aidilfitri ini. Sempat bertanyakan busana raya dan tip kecantikan ini reaksi Syatilla.
“Tahun ini merupakan tahun kedua kami beraya bersama dengan kehadiran Syeriv. Pada awal perkahwinan saya dan Sam, saya selalu berdoa akan dikurniakan cahaya mata untuk tahun berikutnya. Alhamdullillah dengan izin Nya, kehidupan kami diserikan lagi dengan kehadiran Syeriv. Sekarang, kehidupan saya berasa lengkap dan sempurna di mana suami dan anak saya sentiasa berada di sisi di pagi raya. Sukar untuk saya gambarkan perasaan yang saya rasakan sekarang. Apa yang boleh saya cakap, saya berasa cukup bahagia.
“Raya tahun ini akan lebih meriah disebabkan Syeriv sudah semakin besar. Berbeza pada tahun lepas, waktu itu Syeriv masih bayi dan raya tahun ini, saya tak sabar untuk melihat reaksi anak saya beraya di rumah orang. Kelainan itu pasti dirasai saya dan suami bila anak kami mula membesar dan perkara itulah yang saya ingin lihat pada anak kesayangan kami. Untuk baju raya, saya akan menggayakan lebih kurang tiga pasang baju dan Syeriv akan pakai agak banyak persalinan baju raya.
SYIFA MELVIN
Sebagai adik kepada selebriti terkenal, pasti momen ketika beraya bersama menjadi detik paling berharga dalam hubungan adik-beradik. Tambahan pula, keakraban di antara mereka pastinya mengukir sejuta kenangan terindah yang tersemat di hati buat selamanya.
“Paling susah saya nak lupakan hingga ke hari ini ialah saat kami memohon maaf sesama kami di pagi raya. Walaupun di hari raya, namun kami tidak pernah serius untuk meminta maaf, malah kami hanya bergelak tawa. Itulah tradisi kami adik-beradik sekeluarga setiap kali raya yang penuh keriangan.
Berbanding dengan sekarang, keseronokan itu mungkin jadi sedikit berbeza. Manakan tidak dulu, kita yang dapat duit raya, tapi kini kita yang memberi duit raya kepada mereka yang lebih muda dan juga pada ibu bapa. Tambahan pula, semakin kita meningkat dewasa, semua perbelanjaan untuk membeli baju raya untuk kita, untuk kedua ibu bapa dan menghulurkan sedikit duir raya buat mereka. Keseronokan itu merupakan kepuasan buat saya kerana dapat berbakti buat keluarga saya sendiri,”kata Syifa.
Tambah Syifa lagi selain rutin bermaafan di pagi raya, mereka sekeluarga akan mengambil gambar sebagai kenangan. Setiap tahun, keluarga bahagia ini akan mengambil gambar dan membuat ia sebagai kenagan. Bila sebut tentang raya pasti mengingatkan tentang busana yang akan disarungkan.
Jelas Syifa lagi, setiap tahun kakak sulungnya bertanggungjawab memastikan baju raya keluarganya tampak cantik dan mengikut tema termasuklah dari segi potongan dan rona busana. Apapun keputusan yang dibuat oleh kakak sulungnya itu, Syifa dan adik-beradiknya yang lain akan mengikut seperti yang telah dirancang.
“Memang setiap tahun tugas menetapkan busana raya diserahkan kepada kakak sulung saya samada nak memakai baju kurung mahupun kebaya. Begitu juga dengan jurugambar untuk sesi fotografi di pagi raya. Dialah yang bertanggungjawab mencari semua itu. Kami sebagai adik-adik dia, hanya ikutkan sahaja.
“Jika diikutkan saya, saya seorang yang sukakan gaya ringkas dan minimalis. Saya tidak suka sesuatu yang sarat dan lebih gemar meimilih busana yang polos. Namun pada tahun ini, Syifa ingin menggayakan busana dengan penggunaan fabrik cotton. Saya pasti pilihan fabrik ini memberikan keselesaan dan sesuai dengan cuaca di negara kita,” bicara Syifa yang juga menggemari juadah rendang dan lemang di hari raya.
Berita gembira mengenai ikatan pertunangan antara pendakwah selebriti, Da’i Syed dan personaliti TV Al-Hijrah bukan lagi sebuah rahsia. Malah, berita tersebut mendapat maklum balas yang positif dari orang ramai.
Berbicara soal keterbukaan hati Hana Ismail dalam menerima Da’i Syed sebagai bakal suaminya, Hana menyatakan bahawa Syed memiliki sebuah keperibadian yang mulia, yang membuatkan dirinya tertarik dengan jejaka tersebut. Ia merupakan salah satu kriteria yang dilihat oleh Hana, atau nama sebenar Nurulhana Ismail, 36, untuk membina mahligai cinta bersama Syed.
Bukan itu sahaja, malah menurut Hana, Syed juga fasih dan mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang Islam.
Syed merupakan seorang lelaki yang santun dalam bicaranya serta luas ilmu pengetahuannya dalam Islam. Dia juga tidak culas meluangkan masa menghadiri majlis-majlis ilmu serta memuliakan ulama.
Tambah Hana, dia amat suka apabila melihat Syed peka dengan tanggungjawabnya menjaga serta menggembirakan ibunya. Tidak mudah untuk mencari lelaki yang memiliki sikap seperti itu.
Ikatan cinta yang terjalin antara dua hati ini bermula saat pertama kali berjumpa di sebuah majlis ilmu, awal Oktober lalu. Proses pengenalan itu dibantu oleh pelakon Datin Seri Umie Aida yang mempertemukan mereka berdua. Selepas berjumpa dan berkenalan, mereka berdua bertawakal kepada Allah SWT.
Saya dan Syed membuat solat istikarah meminta petunjuk sebelum mengikat tali pertunangan. Ia bukanlah sebuah perkara yang biasa-biasa. Jadi, kami serahkan semuanya kepada Allah SWT. Selepas kedua-dua hati sudah yakin, maka barulah kami tekad untuk bertunang”
Hana berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar dan turut berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik kepada mereka berdua.
Sekadar info, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober lalu di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru.
Dah namanya pun bekas Ratu Cantik mestilah ramai pengikut, kan? Walaupun sudah berkahwin dan ada anak tapi Aishwarya Rai buktikan populariti dirinya tetap bersinar seperti dulu. Masih ‘ditemani’ peminat setia dan menjadi buruan lensa kamera serta lamaran jenama terkenal untuk menghiasi kempen promosi mereka. Untung jadi orang cantik!
Bukan hanya terpegun dengan kecantikan Aishwarya yang tidak pudar dimamah usia, keputusan aktres popular India ini membuka akaun Instagram Mei lalu turut menjadi perhatian ramai. Masakan tidak, dalam masa kurang 3 bulan saja bilangan pengikut Aishwarya mencecah 4 juta orang. Posting pun kurang 70 dan langsung tak following mana-mana individu.
Selain berkongsi foto terbarunya bersama suami tercinta, Abhishek Bachchan dan anak, Aaradhya.. Aishwarya turut memuat naik momen indah sepanjang berada di Kota Cinta, Paris sempena menjayakan kempen jam tangan mewah yang diwakilinya, Longines.
Lebih menarik, kedatangan Aishwarya ke Paris waktu itu sangat bermakna apabila dia sekeluarga dapat melihat sambutan rakyat Perancis meraikan pasukan bola sepak negara itu menjulang Piala Juara World Cup 2018.
Terdahulu, Aishwarya diundang menghadiri Festival Filem Cannes ke-71. Apa yang pasti, penampilan Miss World 1994 ini ke majlis berprestij tidak pernah menghampakan. Kali ini, Aishwarya menyarung busana indah, unik dan menawan daripada pereka terkenal, Micheal Cinco.
Khabarnya, gaun rama-rama sepanjang 3 meter itu diperbuat daripada butiran kristal Swarovski dan French pailettes yang menggabungkan rona violet, merah dan biru. Bahkan ia mengambil masa 3000 jam untuk disiapkan.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...