Kemampuan golongan wanita hari ini sememangnya tidak boleh dinafikan lagi tidak kira dalam bidang kerjaya tetap mahupun perniagaan yang diusahakan sendiri. Rata-rata kini ramai yang berjaya melakar kejayaan malah tidak kurang juga ada yang menjadi jutawan! Apa pun rezeki masing-masing.

IKLAN

Ketua Pegawai Eksekutif Rashwealth Group Sdn Bhd, Dato’ Razi’ie Mahmod tidak mengenal erti kalah demi menggapai kejayaan bukan sekadar buat dirinya malah demi syarikat yang kian berkembang.

7 Tahun Bina Empayar Bisnes, CEO Muda Bergelar Dato’ Ini Jadikan JACK MA InspirasiLebih membanggakan apabila sebuah syarikat besar diterajui oleh wanita muda berusia 37 tahun ini. Kematangan fikirannya melangkaui usia serta jauh di luar kotak dalam merencana hala tuju empayar perniagaan yang bertapak sejak tahun 2014.

Dato’ Razi’ie Mahmod memiliki pakej lengkap iaitu cantik dan bijak. Ibu 3 anak ini pernah mengikuti pengajian dalam bidang farmasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pernah menjalani latihan di Hospital Kuala Lumpur sebelum meneruskan kerjaya di Gleneagles Intan Medical Centre Kuala Lumpur selama 2 tahun.

Kemudian beliau meneruskan profesion di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur juga selama 2 tahun. Setelah melihat masa depan yang lebih cerah Dato’ Razi’ie memilih untuk terlibat dalam industri jualan langsung secara sepenuh masa pada tahun 2008. Hasil usahanya beliau berjaya merangkul gelaran Highest Income Earner oleh syarikat jualan langsung yang beliau terlibat sebelum ini.

7 Tahun Bina Empayar Bisnes, CEO Muda Bergelar Dato’ Ini Jadikan JACK MA Inspirasi6 tahun berada dalam industri jualan langsung akhirnya Dato’ Razi’ie mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat jualan langsung miliknya sendiri. Minat yang terlalu mendalam terhadap perniagaan di samping pengetahuan yang dimiliki dalam bidang farmasi menjadi panduan terhadap kajian serta pembangunan produknya (R&D).

Dato’ Razi’ie turut memiliki kilang memproses produk kesihatannya sendiri iaitu Rashwealth Biotech terletak di Kajang.

NIAT MEMBANTU

IKLAN

“Saya memilih perniagaan produk kesihatan kerana memiliki latar belakang dalam bidang farmasi selain ingin membantu golongan yang memerlukan. Menerajui sebuah syarikat bukanlah satu kerja mudah. Kadangkala saya juga melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Penting bagi saya untuk membuat keputusan yang tepat agar mendatangkan keuntungan kepada syarikat.

7 Tahun Bina Empayar Bisnes, CEO Muda Bergelar Dato’ Ini Jadikan JACK MA InspirasiSetiap kesilapan dijadikan pengajaran seterusnya mencari pelan alternatif. Sikap mudah mengalah tiada langsung dalam kamus hidup saya. Apa pun yang berlaku perlu ada jalan penyelesaian. Selalunya jika ada sebarang masalah saya akan duduk berbincang bersama team.

Saya menjadikan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ Seri Dr. Hajah Vida sebagai sumber inspirasi. Ikon luar negara pula saya sangat mengagumi Jack Ma, beliau berjaya membina satu platform pasaran terbuka terbesar yang diguna pakai oleh seluruh dunia seperti Alibaba’,” ujar Dato’ Razi’ie.

IKLAN
7 Tahun Bina Empayar Bisnes, CEO Muda Bergelar Dato’ Ini Jadikan JACK MA Inspirasi
Datuk Seri Siti Nurhaliza (Kredit Foto: Instagram @ctdk)
7 Tahun Bina Empayar Bisnes, CEO Muda Bergelar Dato’ Ini Jadikan JACK MA Inspirasi
Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (Kreditr Foto: Instagram @datoserivida
7 Tahun Bina Empayar Bisnes, CEO Muda Bergelar Dato’ Ini Jadikan JACK MA Inspirasi
Ikon usahawan tersohor dunia, Jack Ma yang merupakan pengasas Alibaba.

IMPIAN

Target 10 tahun mendatang saya akan kurangkan waktu bekerja kerana mahu memberikan komitmen terhadap keluarga. Saya mahu menikmati hasil usaha yang telah dilakukan sekarang. Saya juga mahu membina empayar perniagaan bukan hanya di Malaysia malah ke seluruh dunia. Sebab itulah saya mengasaskan Rashwealth Biotech kerana ia salah satu cabang untuk saya meneroka pasaran luar.

Kita tidak boleh mengubah nasib seluruh dunia, tetapi jika ada seseorang yang berubah kerana salah satu tindakan kecil, satu perkataan atau kegigihan anda, dia juga boleh membawa perubahan kepada orang-orang di sekelilingnya. Kita bukanlah begitu hebat, tetapi kita memilih untuk hidup pada saat ini dan berkeras untuk merealisasikan setiap impian.”

7 Tahun Bina Empayar Bisnes, CEO Muda Bergelar Dato’ Ini Jadikan JACK MA Inspirasi
Tulang belakang di sebalik jatuh dan bangun Dato’ Razi’ie dalam bisnes.

Kredit Foto : Instagram Dato’ Razi’ie @raziiegee

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI