Setiap orang dikurniakan kelebihan dan rezeki berbeza-beza. Salah seorang penyanyi wanita bersuara lunak dan berbakat besar, Liza Hanim misalnya sudah pun berada dalam kelas tersendiri meskipun sudah berusia 43 tahun.

IKLAN

Dia mula menceburi industri nyanyian ketika usia remaja dan merupakan rakan seangkatan dengan penyanyi terkenal tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Tahun ini masuk tahun ke-26 Liza Hanim bergelar anak seni. Jika diukur pengalaman dan kejayaan yang diraih, Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim sudah dianggap senior.

Namun namanya terpalit kontroversi baru-baru ini daripada warga maya yang menyentuh isu fizikal dan keterlaluan figura ini selepas kemunculannya di sebuah program realiti popular.

Ada Anak Bijak & ‘Dating’ Naik Motor Dengan Suami Sampai Thailand, Liza Hanim Bahagia Usia 43!
Kredit Instagram @lizahanim79

Pun begitu, Liza Hanim tampil tenang menangani isu berkenaan. “Ye betul akak sedar dan akak sangat bersyukur dengan apa yang Allah SWT telah kurniakan pada akak. As long as I’m happy with my family akak tak kisahlah semua cantik buruk ke akak ni bagi standard manusia.

Allah kurniakan bakat untuk akak boleh menyanyi tapi akak tak ada rupa paras yang mana semua mahukan putih cantik gebu, mancung semua tu tapi akak tetap bersyukur.”

Seorang yang positif, Liza Hanim enggan melatah dengan isu berkenaan kerana keutamaannya hari ini ialah keluarga tersayang.

Lebih istimewa, dia bertuah kerana mempunyai anak yang bijak, berbakat dan mendengar kata serta seorang suami yang setia.

Ada Anak Bijak & ‘Dating’ Naik Motor Dengan Suami Sampai Thailand, Liza Hanim Bahagia Usia 43!
Kredit Instagram @lizahanim79
Ada Anak Bijak & ‘Dating’ Naik Motor Dengan Suami Sampai Thailand, Liza Hanim Bahagia Usia 43!
Kredit Instagram @lizahanim79
Ada Anak Bijak & ‘Dating’ Naik Motor Dengan Suami Sampai Thailand, Liza Hanim Bahagia Usia 43!
Kredit Instagram @lizahanim79
Ada Anak Bijak & ‘Dating’ Naik Motor Dengan Suami Sampai Thailand, Liza Hanim Bahagia Usia 43!
Kredit Instagram @lizahanim79

View this post on Instagram

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

IKLAN

Misalnya, anak sulung iaitu Marsya Qistina sudah tamat persekolahan dan mewarisi bakat nyanyian Liza. Sementara anak kedua, Marissa Qaireen yang berusia 14 tahun pula merupakan pelajar di Maktab Rendah Sains MARA, Alor Gajah Melaka menerima anugerah akademik selepas meraih keputusan cemerlang bagi program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) pada Julai lepas.

Walau anak-anak kian meningkat dewasa, hubungan Liza dan suami tercinta terjalin erat seperti pasangan bercinta.

Buktinya, ada saja waktu terluang dia pasti mengikuti suami beriadah menaiki motorsikal. Terbaharu, pasangan romantis ini mengembara hingga ke Hatyai, Thailand.

IKLAN

View this post on Instagram

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

Ada Anak Bijak & ‘Dating’ Naik Motor Dengan Suami Sampai Thailand, Liza Hanim Bahagia Usia 43!
Kredit Instagram @lizahanim79
Ada Anak Bijak & ‘Dating’ Naik Motor Dengan Suami Sampai Thailand, Liza Hanim Bahagia Usia 43!
Kredit Instagram @lizahanim79

Liza Hanim mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada 21 Mac 2003.

Hasil perkongsian hidup selama dua dekad, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Marsya Qistina, Marissa Qaireen, Mohamed Salahuddin, Mohamed Ibrahim dan Mohamed Al Fateh.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/kami-tinggalkan-title-artis-vip-luar-pagar-7-tahun-kahwin-riezman-khuzaimi-dato-azie-wanita-terbahagia/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI