Pasti ramai wanita berkongsi rasa kagum dan bangga dengan kejayaan yang diraih Ayu Damit hari ini. Iyalah, selain sibuk menjalani rutin harian sebagai seorang isteri, ibu kepada tiga orang anak dan juga penyanyi… Juara program nyanyian One In A Million ini dalam diam rupa-rupanya sudah bergelar usahawan pertanian berjaya. Daripada tanaman secara kecil-kecilan, kini Ayu dan suami mampu mengembangkan tanaman di ladang seluas 4 ekar.

Ayu yang ketika dihubungi pihak Nona dalam nada ceria sudi berkongsi pengalaman bergelar usahawan pertanian. Katanya, perkongsian ini boleh dijadikan pembakar semangat buat mana-mana individu khususnya kaum wanita yang menyimpan hasrat bergelar ahli pertanian berjaya kelak. Dikenali sebagai selebriti yang merendah diri, Ayu berkata, “Alhamdulillah, Ayu dan suami mengusahakan cili padi sistem fetigrasi selama tiga tahun. Tapi sebenarnya, kami sudah terlibat dalam bidang pertanian hampir enam tahun. Pada mulanya, kami mengusahakan penanaman kelapa mataq dan nanas.

Ada Ladang Cili, Terung, Timun & Kacang Panjang Seluas 4 Ekar, AYU DAMIT Usahawan Tani Berjaya! Ada Ladang Cili, Terung, Timun & Kacang Panjang Seluas 4 Ekar, AYU DAMIT Usahawan Tani Berjaya! Ada Ladang Cili, Terung, Timun & Kacang Panjang Seluas 4 Ekar, AYU DAMIT Usahawan Tani Berjaya! Ada Ladang Cili, Terung, Timun & Kacang Panjang Seluas 4 Ekar, AYU DAMIT Usahawan Tani Berjaya! Ada Ladang Cili, Terung, Timun & Kacang Panjang Seluas 4 Ekar, AYU DAMIT Usahawan Tani Berjaya!

Pun begitu, buat masa sekarang kami lebih fokus kepada penanaman cili padi. Tanaman
kelapa masih ada cuma nanas je dah tak ada.” Tatkala diaju persoalan mengapa memilih tanaman cili padi, ini jawapan Ayu. “Sebab utama pilih cili padi adalah kerana pasaran yang agak tinggi selain Malaysia kekurangan pengeluar cili dan kebanyakan pembekal cili berasal dari negara lain. Sebenarnya suami yang menggalakkan Ayu ceburi bidang ini sebab dia sangat berminat dengan pertanian. Memang dia di kampung pun dia suka bercucuk tanam.”

Terang isteri Syed Fauzi Syed Baharuddin ini lagi, “Setakat ini kami menyewa tanah Orang Asli yang terletak di Pangsoon, Hulu Langat seluas 4 ekar dan di ladang tersebutlah kami usahakan tiga jenis tanaman iaitu cili padi, timun dan terung. Namun sekarang alhamdulillah kami dapat menambah satu lagi tanaman iaitu kacang panjang. Selain tanaman sayur-sayuran berkenaan, Ayu turut mengeluarkan produk keluarannya sendiri seperti cili padi jeruk dan cookies.

Soal pengurusan tanaman dan bisnes pertanian ini dikendalikan sepenuhnya oleh suami. Tugas Ayu lebih kepada membantu dari segi promosi dan penjualan saja. InshaAllah, dalam masa lima tahun akan datang Ayu ingin meluaskan ladang yang ada sekarang ini untuk dieksport ke luar negara. Selain masih aktif bernyanyi, Ayu dan suami juga buat consultant untuk petani-petani baru.”

Ada Ladang Cili, Terung, Timun & Kacang Panjang Seluas 4 Ekar, AYU DAMIT Usahawan Tani Berjaya! Ada Ladang Cili, Terung, Timun & Kacang Panjang Seluas 4 Ekar, AYU DAMIT Usahawan Tani Berjaya! Ada Ladang Cili, Terung, Timun & Kacang Panjang Seluas 4 Ekar, AYU DAMIT Usahawan Tani Berjaya!

Ada Ladang Cili, Terung, Timun & Kacang Panjang Seluas 4 Ekar, AYU DAMIT Usahawan Tani Berjaya!

Ada Ladang Cili, Terung, Timun & Kacang Panjang Seluas 4 Ekar, AYU DAMIT Usahawan Tani Berjaya!

Ditanya bagaimana dia dan suami mengendalikan perniagaan ini ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19, Ayu dengan tenang mengakui turut terkesan dengan situasi semasa ketika ini. “Ya, bisnes agak terjejas sedikit kerana keperluan asas yang patut dihantar ke pasar borong telah dihadkan jumlah penghantaran. Ditambah pula dengan harga yang sedikit jatuh disebabkan terdapat lambakan di pasaran. Hasil tanaman waktu ini juga agak terhad untuk dibawa keluar kerana Hulu Langat adalah redzone kepada PKPD (perintah kawalan pergerakan diperketatkan). Kawasan Ayu agak berdekatan dengan PKPD tapi alhamdulillah Ayu ada pekerja yang tinggal di ladang untuk menguruskan tanaman. Jadi Ayu monitor by phone untuk tugasan kerja.”

Disebabkan kawasan tempat tinggal Ayu berhampiran kawasan berisiko tinggi Covid-19, dia dan suami belum berkesempatan untuk menghulurkan sumbangan kepada petugas terlibat. Namun pasangan ini masih membantu mereka yang terjejas khususnya di sekitar kawasan tempat mereka tinggal.

Ada Ladang Cili, Terung, Timun & Kacang Panjang Seluas 4 Ekar, AYU DAMIT Usahawan Tani Berjaya! Ada Ladang Cili, Terung, Timun & Kacang Panjang Seluas 4 Ekar, AYU DAMIT Usahawan Tani Berjaya! Ada Ladang Cili, Terung, Timun & Kacang Panjang Seluas 4 Ekar, AYU DAMIT Usahawan Tani Berjaya!

Sebagai ibu bekerjaya, bukan mudah bagi Ayu untuk membahagikan masa di antara keluarga, perniagaan dan karier seni. Pun begitu, baik Ayu mahupun suami kedua-duanya memilih untuk tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah selepas berdepan dengan pelbagai dugaan. “Dulu Ayu memang menggunakan khidmat pembantu rumah tapi banyak kali lalui macam-macam ragam pembantu ni. Jadi, buat masa sekarang Ayu dan suami yang menjaga anak-anak. Kalau Ayu ada kerja, suami yang akan jaga dan begitu juga sebaliknya.”

Selama 11 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Syed Nasrul Haikal (10 tahun), Sharifah Alya Adriana (8 tahun) dan Syed Aqif Najmi yang kini berumur 4 tahun.

 

 

Kredit: Instagram Ayu Damit

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI