Ratu dan legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David telah mengasaskan Nicol David Organisation (NDO).
NDO adalah platform bagi membina masa depan yang positif melalui latihan skuasy dan tutorial Bahasa Inggeris secara bersubsidi untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, berumur antara 8 dan 12 tahun.
Semalam merupakan detik bersejarah buat Datuk Nicol David apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan merasmikan Nicol David Organisation (NDO).
Baginda berdua telah merasmikan Nicol David Organisation (NDO) yang berlokasi di Bukit Jalil Golf and Country Resort.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada pukul 11 pagi telah di disambut Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Datuk Nicol David dan bekas pemain skuasy Colombia, Mariana de Reyes, selaku pengasas bersama Nicol David Organisation (NDO).
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan sekumpulan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, ‘Little Legends’.
Seri Paduka Baginda berdua kemudian berkenan melawat pejabat NDO serta fasiliti lain iaitu bilik kelas serta pusat latihan skuasy.
Ads
Program skuasy menumpukan aspek pembangunan kanak-kanak melalui kelas dan modul yang disediakan di samping berpeluang menyertai pertandingan dan kejohanan peringkat kebangsaan.
Program tutorial Bahasa Inggeris pula dilaksanakan dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur sebagai rakan program dan sejajar dengan kurikulum Kementerian Pendidikan untuk sekolah rendah.
Sumber: Instagram @istana_negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sehingga ke hari ini lebih 13, 500 wanita Syria telah dijatuhkan hukuman tanpa sebab yang kukuh manakala lebih 7 ribu lagi masih diseksa dan dirogol setiap hari di dalam penjara! Tidak cukup dengan seksaan fizikal, rata-rata mangsa peperangan tidak berdosa ini terdedah kepada penderaan tanpa belas kasihan dan mengundang trauma yang teruk kepada mereka.
Itu kekejaman yang sedang dilalui kaum wanita di Syria ketika ini. Dalam kegembiraan kita menjalani hidup aman damai di samping keluarga, rupa-rupanya saudara Islam kita di sana sedang berjuang untuk hidup. Semuanya gara-gara perebutan kuasa dan kemelut politik yang rumit melibatkan kuasa besar di Syria.
Dalam apa jua peperangan, kaum wanita dan kanak-kanak tidak seharusnya menjadi mangsa. Nasib mereka perlu dilindungi dan dibela namun situasi berbeza berlaku sejak tercetusnya perang di Syria sekitar tahun 2011. Sejak berlakunya perang, penduduk dunia menyaksikan ramai kanak-kanak dan wanita dibunuh menggunakan senjata kimia berbahaya, dibom dan bermacam-macam lagi.
Seksaan, pemerkosaan, pembunuhan beramai-ramai dan kewujudan kubur tanpa nisan merupakan antara kezaliman yang dilakukan tentera di sana. Kesannya, lebih daripada 450 ribu orang mati, lebih 90 ribu rakyat termasuk wanita dan kanak-kanak hilang tanpa berita!
Terpanggil untuk membela nasib mangsa perang yang tidak bersalah ini daripada terus ditindas, satu pergerakan yang dikenali sebagai Conscience Movement dilancarkan. Ia terdiri daripada ratusan wanita dari pelbagai cabang kerjaya seperti wakil badan bukan kerajaan, ahli akademik, peguam, wartawan, pekerja awam, doktor, ahli seni, atlet sukan, ahli politik dan juga suri rumah berganding bahu memerangi perkara ini.
Menerusi manifesto Conscience Movement, satu undang-undang dan manifestasi perundangan patut digubal dalam usaha menentang ketidakadilan undang-undang yang menjadikan wanita sebagai tahanan penjara di Syria. Selain tegas melaungkan ‘suara kebangkitan’ dari tirai besi yang dihuni rakyat Syria, pergerakan murni ini yang melibatkan pelbagai lapisan agama, budaya, bangsa dan warna kulit berhabis-habisan menolak kezaliman yang berlaku di Bumi Syria.
Semoga dengan adanya Conscience Movement, ia dapat menggalakkan lebih ramai insan prihatin menyertai usaha ini agar hak wanita dan kanak-kanak dilindungi daripada sebarang konflik dan peperangan. Layari www.consciencemovement.org untuk maklumat lanjut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Biasanya orang Arab masuk saja bulan Rejab dah terbayang Ramadan. Tapi orang perempuan kita belum masuk Rejab lagi dah terbayang Syawal!” begitu mukadimah Ustaz Syamsul Debat mengusik jemaah Muslimat tentang ragam berpuasa.
Nama pendakwah Ustaz Syamsul Debat atau Syamsul Amri Ismail, 43 tahun, sememangnya cukup mesra di kalangan peminat ceramah, terutama sekali penonton saluran TV AlHijrah. Orangnya santai dan kelakar, tapi amat bijak menyelitkan unsur-unsur nasihat yang menginsafkan.
Menyedari kedatangan Ramadan tidak lama lagi, Ustaz Syamsul berkongsi tiga jenis orang berpuasa yang menggambarkan keadaan dan kedudukannya, sebagaimana yang ditulis oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumiddin.
Beliau turut mengaitkan inti pati jenis berpuasa ini dengan ragam-ragam orang perempuan, eh kadang terasa juga benarnya!
==========================
Tinggal 12 hari saja lagi untuk kita menjemput tetamu yang paling dirindukan… Ramadan. Dia yang datang setahun sekali selama 30 hari, membawa pelbagai hadiah menarik untuk kita. Terserahlah mahu menerimanya atau membiarkan saja ia berlalu.
Allah SWT menyebut dalam surah Al-Baqarah ayat 183, bermaksud ‘Wahai orang-orang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa.’
Kenapa sebut mudah-mudahan? Sebab belum tentu lagi orang berpuasa itu bertakwa. Mungkin waktu berpuasa kita buat perkara yang tak patut atau tak buat perkara yang sepatutnya. Jom semak 3 jenis orang berpuasa kalau nak tau di tingkat mana ibadah kita.
Pertama: Puasa Umum
Setakat berpuasa menahan perut dan nafsu syahwat sedangkan anggota yang lain masih melakukan maksiat terhadap Allah.
Ustaz Syamsul Debat: Puasa ni macam puasa budak darjah 5. Kita setakat puasa semata-mata, menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tapi nama saja puasa tapi tak mengaji atau bersolat. Sebab padanya itu dah biasa.
Kedua: Puasa Khusus
Ditunaikan dengan turut mengawal seluruh anggota badan daripada melakukan maksiat terhadap Allah tapi hatinya masih belum dapat sepenuhnya daripada niat yang melalaikan diri dalam mengingati Allah.
Ustaz Syamsul Debat: Paling ramai puasa begini. Mereka menahan diri daripada perkara yang membatalkan atau mengurangkan pahala puasa. Contoh perkara yang mengurangkan pahala, siang-siang orang perempuan ni suka tengok drama Korea atau drama Melayu, rancangan hiburan atau bermain Facebook sampai melalaikan.
Mulanya konon-konon tak mahu bergosip, tapi nanti sibuk nak ambil tahu juga. Kalau pergi pasar Ramadan, nafsu makan membuak-buak sampai tak cukup jari-jemari nak gantung plastik makanan. Akhirnya membazir belaka.
Ketiga: Puasa Khusus al-Khusus
Puasa yang paling sempurna dimana hati turut dikawal daripada keinginan yang buruk dan memikirkan sesuatu selain Allah secara mutlak. Tahap puasa ini dinikmati oleh para Nabi, siddiqin dan muqarrabin kerana ia sukar digambarkan dengan kata-kata tetapi dilaksanakan dengan amalan.
Ustaz Syamsul Debat: Inilah puasa yang terbaik, dimana kita bukan saja menahan diri daripada perkara yang membatalkan atau mengurangkan pahala puasa tapi langsung mengelak daripada memikirkan soal duniawi. Jarang-jarang ada orang puasa jenis ni.
“Nak tengok dimana makanan paling membazir? Tengoklah waktu orang kita ke bufet Ramadan”
Kata Ustaz Syamsul Debat, salah satu tanda bertakwa ialah qanaah atau berpada-pada dengan yang sedikit. Sifat suka membazir biasanya terserlah kalau kita berbuka di bufet Ramadan.
“Kita patutnya kena belajar daripada orang putih. Mereka ini kalau pergi bufet mesti ambil sikit-sikit, kemudian duduk dan makan. Bila habis, baru bangun semula untuk ambil yang lain.
Yang perangai orang kita ni pula, dalam fikiran dah plan, kalau bangun ambil semua makanan. Kononnya tak perlu bangun berkali-kali. Sudahnya penuh semeja… terbazir macam tu saja. Itulah sebabnya kita kuat makan lebih banyak dari sebelum tak puasa.
Saya sejak kecil lagi Abah dah ajar, berbuka cukup dengan buah tamar dan air suam. Selepas tunaikan solat Maghrib barulah kami makan makanan berat,” kongsi beliau sebelum mengakhiri ceramah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui tentang berita kehamilan Dr. Amalina yang kini sedang sarat hamil (trimester) dan masih lagi bertugas. Selepas mendirikan rumah tangga dengan Alexander Charles pada 2021, Dr Amalina juga nyata tidak dapat menyembunyikan keterujaannya mendapatkan cahaya mata pertama, apatah lagi banyak berkongsi tentang perkembangan kesihatan dan kandungannya.
Baru berkongsi gambar di majlis baby shower nya, selain berkongsi perihal tersebut, Dr Amalina yang juga merupakan bekas pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga merupakan pakar bedah banyak menghabiskan masanya menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan di media sosialnya terutama sekali rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan semasanya.
Namun baru-baru ini, soal jawab di IG story Dr Amalina nyata mencuri tumpuan selepas beberapa soalan diajukan berkaitan manfaat yang diterima beliau selepas melahirkan. Antara soalan yang sempat dijawab adalah berkaitan berapa lama cuti bersalin yang bakal atau boleh diambil oleh Dr. Amalina selepas bersalin nanti.
Jawab Amalina, cuti bersalinnya akan bermula pada minggu yang dijangka akan bersalin malah diberi pilihan untuk menggunakan cuti sehingga setahun namun dia berkemungkinan akan cuti selama 10 bulan. Bukan itu saja, Dr. Amalina turut menerima soalan berkenaan dengan gaji yang bakal diterima sepanjang cuti bersalin dan jawapannya memang buatkan ramai melopong.
“Saya akan dapat gaji penuh untuk 5 bulan pertama lepas bersalin dari tempat kerja saya dan kemudiannya akan dibayar gaji dari kerajaan”. Ternyata perkongsian Dr. Amalina mengundang pelbagai respon dan ramai yang ‘gigit jari’ atau makan hati, dek manfaat yang diterima Dr.Amalina tidak sama seperti yang diterima di Malaysia.
Ramai juga memberikan respon Dr. Amalina beruntung kerana mendapatkan cuti yang panjang dan boleh digunakan sepenuhnya bagi memberi fokus penuh untuk anaknya. Tak sabar rasanya nak tunggu berita kelahiran anak sulung Dr. Amalina. NONA mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!