Kalau tengok susuk tubuh ramping dan rupa parasnya pasti ada yang beranggapan umur penyampai radio ini berada dalam lingkungan lewat 20an. Hakikatnya, Aishah Jennifer Mohamed Sinclair sudah pun berusia 42 tahun. Memang awet muda dan cantik orangnya!
Bergelar ibu kepada dua orang anak, Aishah Sinclair merupakan anak kepada pasangan Mohamad Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman.
Bapanya berketurunan Inggeris sementara ibu Aishah pula keturunan Melayu. Jadi, tidak hairanlah bintang Gol & Gincu ini kekal cantik. Mewarisi gen cantik kedua-dua ibu bapa.
Malah adik-beradik lelaki Aishah juga iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair dan adiknya, Adam Sinclair yang merupakan suami penyanyi Yuna turut memiliki rupa paras kacak.
Difahamkan Aishah gemar menjalani gaya hidup aktif dengan menyertai pelbagai program larian dan marathon. Hobi itu dikatakan mula terbit sejak dia menemani bapa tersayang suatu ketika dulu.
Sehingga ke hari ini Aishah telah menyertai lima marathon di peringkat luar negara dan tiga daripadanya di Jepun. Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah menyertai ekspedisi mendaki Everest Base Camp kira-kira empat tahun lalu.
Ads
Kredit Instagram @aishahjenniferKredit Instagram @aishahjenniferKredit Instagram @aishahjenniferKredit Instagram @aishahjennifer
Mendirikan rumah tangga bersama Sheikh Abdul Shahnaz pada tahun 2006, perkahwinan Aishah dan suami lebih bermakna dengan kehadiran dua puteri comel mereka iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth. Januari lepas merupakan ulang tahun perkahwinan ke-17 Aishah dan suami tercinta!
Yang pasti, jelitawan ini seorang yang sangat mementingkan ikatan kekeluargaan. Bukan hanya rapat dengan kedua-dua ibu bapa dan adik-beradik bahkan Aishah cukup mementingkan waktu berkualiti di samping suami dan anak-anak.
Kredit Instagram @aishahjenniferKredit Instagram @aishahjenniferKredit Instagram @aishahjennifer
Buktinya, ketika menjalani sesi fotografi Nona 3 Dekad hampir lapan tahun lalu, Aishah banyak bercerita tentang anak tersayang. Selain terbuka berkongsi sisi peribadi, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini juga seorang yang bercita-cita tinggi dan mesra.
Ads
Petua kecantikan anda?
Saya menggunakan pencuci, pembersih dan pelembap wajah untuk menjaga kesihatan kulit muka. Selain itu, demi memastikan kesihatan yang baik saya akan minum air putih
secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari dan melakukan senaman.
Memandangkan kulit saya sangat sensitif terhadap matahari, saya turut mengamalkan pemakaian bedak sejuk.
Inspirasi anda?
Dalam dunia fesyen, saya meminati Audrey Hepburn. Manakala bekas wartawan perang CNN, Christiane Amanpour pula adalah individu yang saya kagumi untuk dijadikan sebagai
contoh dalam kerjaya. Sikap berani dan komited beliau begitu menarik perhatian saya.
Ads
Kehidupan peribadi anda…
Saya berasa amat bersyukur dan bahagia kerana dikurniakan puteri sulung, Soraya Ann. Kehidupan saya lebih bermakna sejak kehadiran Soraya yang menyerikan lagi rumah tangga kami sekeluarga.
Fesyen pilihan? Simple & Comfort! Saya gemar mengenakan jacket, jeans dan shirt untuk gaya harian dengan penggayaan warna seperti hitam, kelabu, putih atau coklat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, adik kepada Fasha Sandha ini memang cantik orangnya. Selamat bergelar ibu pada Jun lepas, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha nampak makin berseri-seri.
Kembali aktif dengan kerjaya seni selepas bersalin, aktres berusia 23 tahun ini bertuah kerana dikurniakan rupa paras menawan sama seperti kakaknya.
Dalam temu bual bersama Nona ketika menjadi penghias edisi digital, Elisya yang ketika itu sarat hamil digandingkan bersama ibu mertua, Sheila Rusly. Mengulas bagaimana dia menjaga kesihatan dan kecantikan diri, isteri Uzair Haqimy ini tanpa berselindung berkongsi rahsia.
“Soal penjagaan dalaman, macam saya dari dulu suka ambil supplemen Vitamin C. Sepanjang kehamilan pula memang saya ambil bird nest jadi supplemen, dah tukar sebab dah mengandung. Apa yang pasti, memang sejak dulu saya amalkan Vitamin C untuk kesihatan.”
Bercerita perancangan untuk memiliki anak kelak, Elisya tidak menolak rezeki namun berharap dapat mempunyai tiga hingga empat orang cahaya mata. “Kalau boleh rancang nak tiga ke empat orang anak je. Keluarga saya ramai, saya ada enam adik-beradik dan dah ada lapan anak buah. Suami pula quite small.
Jadi untuk ada tiga ke empat orang tu dah memadai. Memang saya ada banyak impian dan boleh achieve sebab sebab muda lagi. Ada orang kata pregnant muda-muda ni sayag. Susah nak dapat apa yang saya nak.
Saya rasa tu salah sebab rezeki semuanya datang dari Allah dan rezeki tu akan datang bersama usaha. Saya akan berusaha ke arah tu sambil ada anak di sisi. Saya nak jadikan anak tu sebagai semangat untuk saya capai impian yang belum tertunai.”
Elisya dan Haq selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka kini dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Bunga Elhaq.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
12 Ogos lalu genap 39 tahun usia Marian Rivera! Menghampiri usia 40 jelitawan Filipina ini bagaimana pun kelihatan muda remaja dan cantik. Apatah lagi dengan statusnya sebagai ibu, penampilan Marian Rivera Gracia Dantes kekal mempersona.
Pendek kata, persis anak dara. Pandai isteri Dingdong Dantes ini jaga badan!
Bertuah empunya badan dikurniakan pakej lengkap. Patutlah sering menjadi buruan syarikat kosmetik dan kecantikan antarabangsa!
Menyambut hari ulang tahun kelahiran baru-baru ini, media sosial aktres popular dan ibu dua anak berkenaan dibanjiri dengan ucapan hari lahir.
“Feeling the birthday love! Thankful for all the sweet messages, thoughtful gifts, and unforgettable moments shared with loved ones. Here’s to another year of adventures and dreams coming true!”
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol, anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini bukan calang-calang wanita. Dia memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.
Bapa Marian merupakan warganegara Sepanyol manakala ibunya pula rakyat Filipina. Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Bakat Marian juga mula bersinar selepas kejayaan drama Marimar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Bahkan Marian juga ada bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.
Beberapa tahun mencipta nama dalam industri seni Filipina, jelitawan ini memutuskan untuk berkahwin dengan aktor kacak Filipina, Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Mereka timang anak sulung perempuan Maria Letizia pada 23 November 2015.
Empat tahun kemudian, cahaya mata lelaki iaitu Jose Sixto G. Dantes IV lahir pada 16 April 2019.
Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas perniagaan bunga bungaan segar Flora Vida by Marian.
Selain perniagaan bunga segar, Marian juga mengeluarkan koleksi fabrik dan dekorasi kediaman rumah serta melancarkan jenama pakaian miliknya sendiri pada Disember tahun lepas.
Sememangnya aura Marian cukup berbisa. Apa sahaja yang dijual mahupun dipromosikan pasti laris di pasaran. Patutlah ramai pengusaha dan syarikat berskala besar berebut-rebut menjadikan jelitawan Filipina ini sebagai duta.