NUR NADIA TAN SRI SM NASIMUDDIN

Terinspirasi dengan gaya hidup pewaris Naza Group, Nur Nadia SM Nasimuddin. Mana tidaknya, dalam kesibukan mengurus legasi perniagaan arwah bapa dan keluarga, dia kekal berpenampilan menarik, anggun dan ramping. Apatah lagi dengan kehadiran empat cahaya mata yang masih kecil. Pastinya ia bukanlah satu tugas mudah namun melihat susuk tubuh Nadia… mesti ramai yang beranggapan jelitawan ini berstatus anak dara. Realitinya, Nadia baru sahaja menimang anak keempat pada 25 Februari lalu.

IKLAN

Merupakan puteri bongsu kepada Pengasas Naza Group, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan isteri, Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail; Nadia menyandang jawatan sebagai salah seorang pengarah Naza Group yang menerajui bahagian food and beverage (F&B) di samping kakaknya, Nur Diana SM Nasimuddin. Sehingga kini, Nadia dan Diana bersama-sama mengendalikan restoran Dotty’s dan BLVD House. Tidak ketinggalan, bisnes berasaskan produk kecantikan My Smink.

Pesona NADIA NASIMUDDIN, Pewaris Naza Group & Ibu 4 Anak Yang Cantik & Ramping!
Nadia di samping adik-beradik
Pesona NADIA NASIMUDDIN, Pewaris Naza Group & Ibu 4 Anak Yang Cantik & Ramping!
Bersama ibunda tersayang
Pesona NADIA NASIMUDDIN, Pewaris Naza Group & Ibu 4 Anak Yang Cantik & Ramping!
Kakak Nadia, Nur Diana SM Nasimuddin

Pesona NADIA NASIMUDDIN, Pewaris Naza Group & Ibu 4 Anak Yang Cantik & Ramping! Pesona NADIA NASIMUDDIN, Pewaris Naza Group & Ibu 4 Anak Yang Cantik & Ramping!

Disebabkan minat mendalam terhadap industri fesyen, Nadia turut menjadi Pengarah Kreatif Myportluxe iaitu platform e-dagang yang menjual pelbagai aksesori dan beg tangan berjenama mewah dengan harga mampu milik.

Mengintai sisi kehidupan berkeluarga Nadia pula, dia yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-34 pada 25 Mac lalu. Nadia mendirikan rumah tangga dengan anak peneraju industri perhotelan, Hamzah Alang Tan Sri Azman Shah pada Julai 2010 dan mereka menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 baru-baru ini.

Pesona NADIA NASIMUDDIN, Pewaris Naza Group & Ibu 4 Anak Yang Cantik & Ramping! Pesona NADIA NASIMUDDIN, Pewaris Naza Group & Ibu 4 Anak Yang Cantik & Ramping! Pesona NADIA NASIMUDDIN, Pewaris Naza Group & Ibu 4 Anak Yang Cantik & Ramping! Pesona NADIA NASIMUDDIN, Pewaris Naza Group & Ibu 4 Anak Yang Cantik & Ramping!

Pesona NADIA NASIMUDDIN, Pewaris Naza Group & Ibu 4 Anak Yang Cantik & Ramping!

IKLAN

Hasil perkongsian hidup selama sedekad, pasangan romantis berkenaan dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Aidan (8 tahun), Tahlia (2 tahun), Taraa Camila (1 tahun) dan Tia Inara yang bakal berusia lima bulan pada 25 Julai nanti.

Selain gemar berkongsi aktiviti di media sosial miliknya, Nadia dan suami turut berkongsi minat yang sama iaitu melancong. Jika ada masa terluang, mereka sekeluarga pasti akan menikmati percutian bersama-sama. Dalam pada itu, Nadia mendedahkan dia selesa menghabiskan masa di gimnasium demi memastikan stamina dan tubuh badan ideal serta kekal sihat.

IKLAN

Pesona NADIA NASIMUDDIN, Pewaris Naza Group & Ibu 4 Anak Yang Cantik & Ramping! Pesona NADIA NASIMUDDIN, Pewaris Naza Group & Ibu 4 Anak Yang Cantik & Ramping! Pesona NADIA NASIMUDDIN, Pewaris Naza Group & Ibu 4 Anak Yang Cantik & Ramping!

Malah ketika ditanya peminat tentang gaya hidupnya yang sentiasa nampak menarik di samping empat anak yang masih kecil, tanpa berselindung Nadia menjelaskan dia tidak mampu menguruskan segalanya seorang diri tanpa bantuan daripada suami tercinta. Moga kejayaan Nadia dalam kerjaya dan kehidupan sentiasa menjadi inspirasi buat semua wanita.

Menarik di sini.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI