Wajah eksotik milik pelakon Maudy Koesnaedi sering menjadi pilihan pembikin filem Indonesia untuk watak-watak filem epik Indonesia antaranya termasuklah Soekarno, Losmen Bu Broto, Ave Maryam dan sebagainya. Penampilan Maudy dalam filem-filem ini sering mencuri tumpuan Malah, Maudy pernah memenangi gelaran Pemeran Pendukung Wanita Terbaik Indonesian Movie Actors Awards pada tahun 2014 yang lalu.
Amalkan 3 Jenis Senaman,  Rahsia Maudy Koesnaedi Kekal Jelita Di Usia 47 Tahun!Walaupun Maudy Koesnaedi atau nama penuhnya Maudy Kusnaria Koesnaedi ini menginjak usia 47 tahun, kejelitaan aktress dan model ini sememangnya tidak disangkal lagi. Wajahnya tidak banyak berubah dan masih kekal cantik dan sering menjadi perhatian untuk memegang peranan dalam industri perfileman Indonesia.

IKLAN

Amalkan 3 Jenis Senaman,  Rahsia Maudy Koesnaedi Kekal Jelita Di Usia 47 Tahun!

Amalkan 3 Jenis Senaman,  Rahsia Maudy Koesnaedi Kekal Jelita Di Usia 47 Tahun!
Apa rahsia kecantikan Maudy?
Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran yang panjang, bintang film Losmen Bu Broto itu mengaku belum berani melakukan perawatan yang keterlaluan untuk kulit wajahnya. Maudy lebih selesa memakai regim penjagaan wajah harian yang khusus.

Amalkan 3 Jenis Senaman,  Rahsia Maudy Koesnaedi Kekal Jelita Di Usia 47 Tahun!

“Semua perawatan wajah masih saya amalkan sebagai rutin penjagaan wajah seharian. Di usia sekarang saya perlu lebih memberi perhatian terhadap penjagaan wajah. Namun begitu, saya tidak berani untuk melakukan perawatan wajah secara berlebihan. Saya banyak mendapatkan nasihat dari pakar dermatologi mengenai produk yang sesuai digunakan,” ujar Maudy.

Amalkan 3 Jenis Senaman,  Rahsia Maudy Koesnaedi Kekal Jelita Di Usia 47 Tahun!
Jadual harian yang sibuk dengan jadual penggambaran tidak pernah menjadi alasan untuk isteri kepada Frederik Johannes Meijer tidak mengambil berat soal kesihatan dan gaya hidup yang sihat. Sudah menjadi rutin harian Maudy menjadikan aktiviti senaman sebagai rutin hariannya supaya tampil segar dan fit di usia menghampiri angka 50.
Menjengah ke laman Instagram miliknya yang memiliki 1 million pengikut, wanita cantik ini mengamalkan beberapa rutin senaman sebagai pilihan yang bersesuaian dengan fizikalnya.

IKLAN

Amalkan 3 Jenis Senaman,  Rahsia Maudy Koesnaedi Kekal Jelita Di Usia 47 Tahun!

Amalkan 3 Jenis Senaman,  Rahsia Maudy Koesnaedi Kekal Jelita Di Usia 47 Tahun!
Antara senaman yang menjadi pilihan Maudy termasuklah pilates, senaman menggunakan treadmill dan yoga. Kebiasaanya, setiap hari dia akan melakukan senaman tersebut untuk memastikan tubuh badan sentiasa fit dan cantik. Amat berterima kasih kepada suami tersayang, Frederik Johannes Meijer yang sentiasa menyokong kerjaya seninya, ibu kepada seorang cahayamata ini amat mementingkan masa berkualiti bersama keluarga kecilnya itu.

IKLAN

Amalkan 3 Jenis Senaman,  Rahsia Maudy Koesnaedi Kekal Jelita Di Usia 47 Tahun!
.Memiliki seorang anak teruna yang sedang meningkat dewasa, Maudy turut memastikan keluarga mendapat limpahan kasih sayang dari dirinya walaupun sering terikat dengan jadual penggambaran filem yang panjang. Jika tidak mempunyai aktiviti seni, Maudy dan suami gemar menghabiskan masa bercuti bersama anak kesayangan mereka, Eddy Maliq Meijer dan ketiga-tiganya turut berkongsi minat yang sama.

Amalkan 3 Jenis Senaman,  Rahsia Maudy Koesnaedi Kekal Jelita Di Usia 47 Tahun!
“Kami sekeluarga gemar bersukan. Jadi ia antara momen yang kami kongsi bersama dan mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Eddy gemar bermain bola keranjang. Jadi, sekali sekala saya akan turut bermain bersamanya. Jika tidak pun, kami akan menghabiskan masa di gimnasium atau berjogging di sekitar kediaman sambil berkongsi aktiviti harian.”

Amalkan 3 Jenis Senaman,  Rahsia Maudy Koesnaedi Kekal Jelita Di Usia 47 Tahun!
Kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga Maudy dan Frederik Johannes Meijer yang telah menginjak 21 tahun sering menjadi perhatian di Indonesia apatah lagi perkahwinan mereka terhindar dari sebarang gossip. Malah keharmonian rumah tangga Maudy dan Erik yang telah dibina hampir 2 dekad ini membuktikan bahawa tidak semua rumah tangga selebriti perlu dilanda badai dan berakhir dengan perceraian.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI