Nona kini berada di dalam aplikasi   
Nona kini berada di dalam aplikasi   
Home Inspirasi Anak- Anak Senang Dengan Cara Didikan LIZA ABDULLAH, Nak Buat Hal Pun...

Anak- Anak Senang Dengan Cara Didikan LIZA ABDULLAH, Nak Buat Hal Pun Takut!

Siapa tidak kenal dengan aktres hebat 80-an Norliza Abdullah yang terkenal dengan bakat lakonannya yang sering kali meninggalkan kesan buat penggemar sinetron tempatan. Mula dikenali sebagai penyanyi pada tahun 1984 sebelum namanya menjulang sebagai pelakon sejak membintangi filem Ali Setan pada 1985. Majalah Nona membawakan bingkisan ceritera ibu dan anak cantik Liza bersama anak perempuannya yang bernama Nurnaffiz Syahiddah Zolkefli.

IKLAN

Anak- Anak Senang Dengan Cara Didikan LIZA ABDULLAH, Nak Buat Hal Pun Takut!

Figura yang pernah melalui kisah duka dalam kisah rumahtangga ini tidak pernah menjadikan ia sebagai benteng untuk anak-anaknya kekal berhubung dengan bapa kandung mereka. Walaupun bergelar ibu tunggal, beliau masih mengekalkan hubungan yang baik bersama bekas suaminya dan tidak pernah terlintas untuk memutuskan hubungan antara anak dan ayah.

“Sejujurnya saya dan bekas suami masih berkawan baik dan antara kami tiada istilah permusuhan. Malah, kami masih beraya bersama dengan anak-anak dan kadangkala memilih pakaian sedondon untuk digayakan. Isu hak penjagaan anak-anak juga tidak pernah timbul kerana saya tahu, bekas suami saya boleh menjaga anak-anak saya dengan baik.

“Naffiz membesar dalam keadaan dimana dia membesar dengan saya dan ayahnya sebagai suami isteri. Kemudian selepas saya berpisah dengan bekas suami, saya lihat dia jadi semakin matang dan dewasa. Saya nampak Naffiz ini seorang yang pandai membawa diri dan sentiasa bertanggungjawab mengenai urusan adik-beradik yang lain.

Anak- Anak Senang Dengan Cara Didikan LIZA ABDULLAH, Nak Buat Hal Pun Takut!

Selain itu, dia seorang yang cekal dan bijak dalam dalam mencari peluang yang ada. Naffiz juga seorang yang mudah didekati dan disenangi oleh orang yang berada disekelilingnya. Setakat ini saya tidak pernah mendengar perkara-perkara yang tidak enak mengenai dia dan yang boleh merisaukan saya,” ungkap Liza.

Tambah Liza lagi, beliau cukup berbangga dengan pencapaian Naffiz terutamanya dalam bidang akademik. Sikap Naffiz yang rajin berusaha dan sikap tidak mudah mengalah membawa satu lembaran baharu dalam karier yang diceburinya sekarang.

Manakala bagi Naffiz pula, dia  cukup memahami karier ibunya sebagai pelakon dan selebriti. Anak kedua daripada 4 beradik ini tidak pernah merungut bahkan berbangga menjadi anak kepada insan bernama Liza Abdullah. Bertanyakan keistimewaan Liza Abdullah dimatanya, ini jawapan yang diberikan.

IKLAN

Anak- Anak Senang Dengan Cara Didikan LIZA ABDULLAH, Nak Buat Hal Pun Takut!

“Ibu seorang wanita yang kuat bekerja. Dia tidak pernah merungut mengenai kerja dia walaupun saya tahu dia penat. Dia seorang yang sangat berdisiplin. Apabila dia masuk ke set, dia akan tolak semua masalah dia ke tepi dan boleh ceriakan semua orang.

“Saya dan ibu juga sangat rapat. Walaupun saya tahu ibu selalu sibuk dengan jadualnya, tapi dia tetap mencari masa untuk saya dan adik-beradik yang lain”, bicara Naffiz.

IKLAN

Akui Naffiz, ibunya sentiasa menjadi pendorong utama dalam setiap perkara yang dilakukannya. Ibunya tidak pernah menghalang untuk dia menceburi bidang yang diminatinya.

“Selama ini ibu tidak pernah mengongkong dan bersangka buruk terhadap anak-anaknya. Dia akan percayakan anak dia sendiri berbanding orang lain. Jika dia dengar sesuatu yang tidak betul sekalipun mengenai anak-anak dia, dia akan tanya terlebih dahulu sebelum dia marah. Jika betul sekalipun kesalahan itu datang dari anak-anaknya, dia ada cara tersendiri untuk menyelesaikannya.

Anak- Anak Senang Dengan Cara Didikan LIZA ABDULLAH, Nak Buat Hal Pun Takut!

“Sebagai anak yang membesar di zaman moden ini, saya  selesa dengan cara didikan ibu. keterbukaan ibu membuatkan saya sangat seronok dengan cara didikan dia. Bagi saya, cara ibu mendidik saya membuatkan saya lebih jujur dan saya berasa lebih berjaga-jaga untuk khianati kepercayaan yang ibu berikan kepada saya.

“Bukan itu saja, saya juga cukup kagum dan terinspirasi dengan sikap ibu yang terlalu jujur dan ikhlas dalam kariernya. Susah untuk saya describe tahap kejujuran ibu namun orang yang berada disekeliling dia tahu dia seorang yang bagaimana. Antara prinsip yang ibu pegang dari dulu sampai sekarang ialah “biar orang buat kita tapi jangan kita buat orang”, kata Naffiz.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI