Lama tak dengar khabar pengacara televisyen cantik manis, Cheryl Samad. Mengintai media sosial figura ini, macam tak berubah muka Cheryl. Peminat industri muzik era 90an pasti merindui kepetahan wanita manis ini tatkala mengacara.
Cukup energetik, ceria dan sentiasa mengukir senyuman sepanjang mengendalikan program, membuatkan dia disenangi kerana karakternya yang menghiburkan.
Dilahirkan di Kuala Lumpur dan anak kedua daripada tiga beradik, Cheryl atau nama sebenarnya Cheryl Marina Abdul Samad kini kian bahagia memegang status isteri dan ibu.
Meniti usia 43 tahun, pesona Cheryl tetap menarik pandangan apatah lagi dia dikurniakan raut wajah yang tidak dimamah usia.
Malah penampilan dan susuk tubuh isteri Ng Ping Ho ini tak ubah seperti anak dara! Cheryl merupakan anak kacukan Melayu dari bapanya. Manakala ibu Cheryl pula keturunan Eurasian.
Ads
Wajah Cheryl mula menghiasi kaca televisyen ketika menjadi model iklan komersial pada usia empat tahun. Difahamkan ia berlaku secara tidak sengaja memandangkan waktu itu dia menemani kakaknya yang menyertai uji bakat.
Bagaimana pun sekitar tahun 2009, Cheryl menjadi pengacara pilihan bagi pelbagai program berbentuk hiburan dan muzik. Namanya mula melonjak populariti sebagai pengacara ketika mengendalikan program Muzik-Muzik.
Selain itu, Cheryl juga pernah menghiasi program MTV Asia VJ, Malaysia Idol dan Anugerah Juara Lagu. Lebih manis, dia turut diberi kepercayaan untuk acara pembukaan Sukan SEA 2017.
Ads
Tidak sekadar berbakat dalam kerjaya pengacaraan, Cheryl mengasah bakat lakonan menerusi Ghost, Ghost 2 dan The Bridge.
Mei lepas genap 12 tahun usia perkahwinan Cheryl dengan KLoe Hotel, Ng Ping Ho. Menelusuri latar belakang lelaki ini, Ping merupakan pengarah filem, penerbit dan penulis skrip.
Ads
2 Oktober lepas, Ping menyambut ulang tahun kelahiran ke-50. Dia sebelum ini pernah terlibat dalam sitkom komedi TV berbahasa Inggeris seperti Kopitiam, Table for Two dan banyak lagi.
Pun begitu, sejak berkahwin Ping tidak lagi aktif di belakang tabir sebaliknya berkecimpung dalam bidang hartanah.
Sejak mendirikan rumah tangga, Cheryl dan Ping bersetuju memperlahan kerjaya masing-masing demi membesarkan anak tersayang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Stella berusia 10 tahun dan Kate, tujuh tahun.
Perkembangan gaya solekan sama seperti peredaran dalam dunia fesyen. Sentiasa berubah mengikut selera generasi masa kini. Mekap artis adalah orang yang berani untuk mengubah trend solekan untuk dijadikan ikutan wanita yang gemar bergaya. Nama Dato’ Alha Alfa bukan suatu yang asing dalam dunia solekan. Namanya mekar seiring dengan mekap artis selebriti yang lain.
Sentuhan magis jemari juru solek yang satu ini kala berkarya mampu menaikkan seri wajah mempelai dan sentiasa menjadi pilihan selebriti terkenal seperti pelakon adik-beradik Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose.
Pernah suatu ketika menjadi tular kerana bersolek menyerupai pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan. Kuasa solekan yang diadunnya atas wajah mencetus impak luar biasa dan menjadi momen terindah untuk dikenang.
5 DO & DON’T BUAT BAKAL PENGANTIN
DO
Buat rawatan wajah seperti facial.
Buat senaman muka.
Banyak minum air.
Mendapat tidur yang cukup.
Cari jurusolek yang mengikuti cita rasa pengantin.
DON’T
Jangan mencuba produk baru mendekati tarikh perkahwinan.
Elakkan makan makanan berminyak.
Jangan buat rawatan estetik.
Elak bersolek tebal mendekati tarikh perkahwinan.
Cuba kawal stres.
BOLEH BERI TIP BUAT BAKAL PENGANTIN UNTUK TAMPIL BERSERI-SERI PADA HARI BAHAGIA MEREKA?
Bakal pengantin perlu menjaga bahagian dalaman dan tidak membuat persiapan saat akhir. Buat kerja last minute ini akan ganggu emosi kita menjelang tarikh perkahwinan nanti. Kalau boleh seminggu sebelum majlis segala persiapan telah siap dan masa untuk berehat. Serahkan tugas yang berbaki kepada keluarga atau wedding planner. Stres akan memberi kesan yang tidak cantik dan tidak naik seri pada wajah. Waktu sedang mekap sediakan masa untuk mekap sahaja. Jangan dicampur-adukkan dengan perkara lain.
SOLEKAN BEGITU PENTING BUAT PENGANTIN WANITA. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMILIH MEKAP ARTIST?
Cari mekap artis yang anda sendiri pernah lihat sendiri hasilnya. Bukan melalui media sosial yang telah ditapis atau menggunakan aplikasi nampak lebih cantik. Jangan menilai solekan lebih-lebih lagi solekan selebriti kerana mereka memang sudah sedia cantik. Sebaliknya tengok look pada selebriti tersebut. Contohnya kalau selebriti tu suka mekap heavy kita teliti hasil solekannya begitu juga kalau selebriti itu suka solekan natural kita amati cara solekannya. Kemudian bagaimana touch mekap artis tersebut kepada orang lain.
Tidak salah sekiranya mintak kebenaran pengantin (kawan-kawan) sekejap untuk melihat cara mekap artis bekerja. Kalau jauh tidak berkesempatan untuk melihat cara mekap artis bekerja boleh mencari foto ‘tagged’ di Instagram lebih-lebih lagi foto daripada juru foto rasmi mereka. Pengantin mesti menetapkan sendiri look yang mereka kehendaki. Kena study sikit look yang bersesuaian dengan wajah sendiri.
Kredit foto: Instagram @alhaalfa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang awet muda Jang Nara! Dari drama bersiri The Bratty Princess atau The Mischievous Princess tahun 2005 sampai sekarang, macam tak berubah muka pelakon cantik Korea Selatan ini.
Lebih dua dekad drama tersebut disiarkan tapi Jang Nara kekal muda macam gadis remaja. Hakikatnya, 18 Mac lepas dia genap berusia 42 tahun.
Sekitar Jun 2022, peminat Jang Nara teruja apabila bintang kesayangan mereka akhirnya mengumumkan untuk berkahwin.
Khabar tersebut nyata mengejutkan peminat kerana agak jarang jelitawan ini berkongsi sisi peribadi kepada khalayak.
Malah, dia sangat menjaga privasi diri dan sehingga kini pun dia enggan mendedahkan wajah suami kepada umum.
Mengimbas kembali pendedahan itu, Jang Nara mengaku sedang bahagia menjalin hubungan dengan kenalan lama yang bukan bergelar selebriti.
Apa yang pasti, selepas sah bergelar isteri Jang Nara kelihatan makin bahagia dan ceria.
Menjengah media sosial miliknya, jelitawan ini rupa-rupanya aktif dalam sukan bertinju. Walau fizikal kecil molek tapi pergerakan pantasnya di gelanggang buat ramai terpegun.
Barangkali kerana sukan seperti ini Jang Nara mampu mengekalkan bentuk tubuh ideal dan muda remaja.
Jang Nara sebelum ini pernah terlibat dalam penggambaran filem ‘The Kindness of Others’ dan muncul dalam drama ‘Sell Your Haunted House’ pada Jun 2021.
Meskipun status diri sudah berubah namun Jang Nara masih komited dengan karier seni dan aktif mewarnai industri seni seperti biasa.
Dia sebelum ini pernah popular menerusi lagu Sweet Dreams sekitar tahun 2002.
Antara drama lakonannya yang mendapat tempat di hati peminat termasuk Successful Story of a Bright Girl, My Love Patzzi, The Last Empress dan VIP.
Sebelum ini Jang Nara pernah membuat pengakuan tertekan dan berkecil hati dengan komen peminat yang sering bercerita tentang wajahnya yang kelihatan muda daripada usia.
Sejuk mata memandang personaliti popular Aida Khalida. Nama aktres wanita veteran ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Berpuluh-puluh tahun menjadi anak seni, bakat lakonan Aida Khalida masih diiktiraf dan menerima banyak tawaran sampai ke hari ini.
Siapa sangka, dalam usia lewat 60an namanya tetap utuh di persada seni.
Sinonim menjayakan watak ibu, pemilik nama Khalidah Adibah Ahmad ini meniti usia 66 tahun. Cukup berdisiplin dalam karier, jelitawan ini bukan hanya ibu kepada dua anak malah sudah pun bergelar nenek.
Tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran.
Bahkan jika tiada shooting, aktres ini mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini.
Dalam usia 66 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pembedahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, Aida menerusi sebuah portal mendedahkan dia menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air.”
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Moga semangat dan kerja keras Aida menjadi sumber inspirasi kepada golongan wanita agar terus aktif mengejar impian hidup.
AirAsia berhijab membuka lembaran baharu buat wanita Muslim dalam industri penerbangan dengan membenarkan kru kabin memakai hijab secara rasmi. Perubahan ini meraikan kepelbagaian dan memberi ruang kepada wanita hadir sebagai diri sendiri tanpa mengorbankan prinsip.