Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Berkat didikan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan isteri, Dr Hamidah Mat, anak sulung mereka iaitu Nusaybah berjaya harumkan nama negara.
Nusaybah Maszlee menjadi pelajar Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang menggondol enam anugerah siswa cemerlang di Georgetown University Qatar.
Bukan sahaja mendapat CGPA 4.0, Alumni Sunway University, SMI al-Amin, dan AJK Mahasiswa Keadilan ini juga berjaya mendapat anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), anugerah pingat Dekan, Thesis terbaik cemerlang dan juga anugerah pelajar paling cemerlang di dalam pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa.
Ads
Nusaybah merupakan anak sulung dalam empat beradik. Anak-anak Dr Maszlee yang lain iaitu Sumayyah, Rufaydah dan Mujaddid masing-masing menurut jejak ibu bapa mereka termasuk berkongsi minat suka membaca.
Ads
Pencapaian beliau telah menjadi inspirasi kepada para pelajar lain dari seluruh dunia, samada di Kampus utama Georgetown University di Washington, mahupun di kampus
Qatar.
Tahniah dan syabas Nusaybah! Pasti kejayaan ini menjadi kebanggaan ibu bapa serta dorongan untuk lebih kuat berusaha buat adik-beradik Nusaybah yang lain.
Ads
Suka tengok potret keluarga Dr Maszlee ni antaranya sewaktu masih bergelar Menteri Pendidikan suatu masa dulu. Keluarga pintar Malaysia!
Sumber: Majalah KeluargaSumber: Majalah Keluarga
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecur liur melihat selebriti Iman Troye berkerap-kerup menikmati NIMS Crispy Choco Tub. Rasanya memang sedap, bayangkan bijirin rangup digaul sebati dengan limpahan coklat cair dalam bekas yang mudah dibawa ke mana-mana. Keenakan makanan yang diasaskan oleh Tengku Norhanim Tengku Othman itu jelas begitu hebat diperkatakan.
Bukan sahaja di kebanyakan kedai utama, NIMS Crispy Choco Tub juga sering dipasarkan di stesen-stesen minyak. Selain golongan dewasa, kanak-kanak dan remaja juga merupakan peminat setia NIMS yang diperakui halal serta dihasilkan di kilang NIMS sendiri yang berstatus GMP.
Bangga melihat usahawan ini di kilangnya. Jom tengok bagaimana proses NIMS Crispy Choco Tub dihasilkan…
Dijual pada harga belasan ringgit, kejayaan NIMS pada awalnya bertitik tolak dari pengalaman Tengku Norhanim (atau Hanim) dan suaminya, Faiz Hussamuddin yang pernah rugi teruk.
“Kadang orang ingat kita berniaga tak jatuh-jatuh. Tapi sebenarnya yang jatuh itulah tanda Allah SWT nak bagi lebih lagi. Kekuatan kita sebenarnya apabila datangnya cabaran. Cabaran tu yang menguatkan semangat kita untuk terus berjuang.
Kami pernah kerugian besar waktu mula-mula meniaga. Jumlahnya lebih RM20,000 kerana banjir besar yang melanda Kelantan pada tahun 2014. Masa tu habis segala bahan mentah tenggelam akibat banjir.
Kemudian kami sekali lagi ditimpa ujian pada tahun 2019. Dengan baki dalam akaun bank hanya tinggal RM3,000, bayangkan ia langsung tidak mencukupi untuk menampung bisnes, membayar gaji pekerja dan komitmen yang ada.
Kami bangkit semula pada musim pandemik dengan team seramai 20,000 orang. Namun sebaik saja PKP berakhir pada tahun 2022, kami struggle untuk pertahankan bisnes dan baki team yang tinggal hanyalah 3,000 orang saja.” Hanim
Walau bagaimanapun, ujian bisnes yang menimpa Hanim sedikit pun tidak melemahkan semangatnya. Usahawan kental anak dua itu yakin bahawa produk NIMS mampu pergi lebih jauh dengan nilai-nilai yang dipegangnya.
Sambil tersenyum, Hanim tenang menjawab.
“Sebenarnya NIMS menyediakan peluang perniagaan dan platform bisnes untuk setiap orang, khususnya wanita serta golongan B40 menjana pendapatan.
Bukan jual produk semata, tapi syarikat kami sediakan peluang untuk membangun bisnes melalui latihan atau coaching yang efisien. Melalui NIMS STUDENTPRENEUR pula, para pelajar juga akan dibimbing dan diberikan tunjuk ajar sewajarnya.
Peluang menjadi pengedar NIMS terbuka luas di Sabah dan Sarawak. Malah kami juga berminat mengembangkan empayar sehingga ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapore, Brunei, Kemboja dan Vietnam.” Hanim
JIWA EMAS
Percaya bahawa ‘pelaburan’ yang betul membuka pintu rezeki, pasangan pengasas suami isteri itu juga aktif menjalankan program kebajikan menerusi NIMSCARE4U pada setiap tahun. Bagi mereka, kunci untuk berjaya terletak pada usaha berterusan, doa yang bersungguh-sungguh serta sifat sabar yang tinggi.
Sifat pemurah dan jiwa emasnya melatih diri Hanim agar selesa memberi. Beliau suka menjamu orang makan dan memberi hadiah untuk menggembirakan orang-orang sekeliling.
Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang workaholic, Hanim juga sangat komited apabila bekerja.
“Saya seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara sehingga mendapat hasil yang diidamkan. Saya kerja tak kira masa dan susah nak berputus asa.
Mungkin hasil daripada pengalaman lalu, kini saya lebih bersemangat untuk mendepani segala ujian yang datang. Apa saja yang baik akan saya lakukan demi memajukan bisnes, keluarga dan orang-orang yang disayangi.” Hanim
PENGIKTIRAFAN
Suka melancong dan pernah menjejakkan kaki ke lebih 20 buah negara, Hanim percaya bahawa hobi ini menyegarkan mindanya. Sesekali, beliau gemar window shopping dan membeli-belah barangan impiannya sebagai ganjaran bekerja keras.
Perniagaan Hanim juga sering menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan tertinggi. Selain diangkat sebagai Nona Best Crispy ChocoTub Award dalam Nona Superwoman Award 2022, beliau juga pernah menerima anugerah berprestij yang lain.
Antaranya The Best Brandlaureate, Top 500 Trusty Brand Award (Majlis Tindakan Pengguna), AWEN AWARD (Asean Women Enterpreneur Network), IKSNITA Award (Women Young Enterpreneur), Bumiputera Business Excellence Award (BBEA) serta The 100 Top Young CEO.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum sedia maklum bahawa Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota baharu sahaja menghiburkan para peminatnya di pulau mutiara, Pulau Pinang dan telah pun melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.
Malah, susulan konsert berkenaan Ella telah beraya mengumpul dana berjumlah lebih RM 30,000 untuk disalurkan kepada Persatuan Cinta Gaza untuk tujuan membela nasib saudara-saudara di Palestin yang bertarung nyawa mempertahankan tanah air mereka serangan puak zalim Zionis dan Tentera Israel.
Lebih menarik perhatian NONA, apabila sebaik sahaja menamatkan konsert, pada keesokkan harinya, Ratu Rock Malaysia, Ella bersama Ikon Wanita Pulau Pinang 2023 yang juga pengasas Skyhill Clinic, Dr. Linda Mat Hassin melaksanakan Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) pula.
Meski kepenatan dan lelah setelah berhempas pulas menjayakan konsert, Ella tetap bersemangat meluangkan masa bagi menghiburkan komuniti orang tua yang menetap di Rumah Warga Emas Darul Hannan, Pulau Pinang.
Selain, menyantuni dan menghiburkan mereka pihak Rock Queen turut memberi sumbangan berbentuk hiasan Landscape bagi menceriakan lagi suasana Rumah Warga Emas itu.
Rock Queen juga turut berbesar hati, menaja makanan minum petang serta makan malam sebanyak 150 pax bagi penghuni dan staf penyeliaan rumah berkenaan.
“Bila mula tengok tempat ni Ella memang speechless, sebab rumah warga emas Darul Hannan ni dah macam resort. Dengan bilik penghuni lengkap dengan fasiliti, bersih dan kemudahan kesihatan lengkap seperti fisioterapi dan dijaga dengan sangat baik dan Ella memang kagum la,” ujar Ella.
Mengulas lanjut, Ella turut mengakui bahawa dia langsung tidak merasa kekok untuk bergaul dengan komuniti yang lebih tua. Malah, ini respon yang diberikan beliau.
“Kita cuba, kalau tak cuba kita takkan dapat merasainya. Lagipun Ella memang idamkan sangat perkara ini dan memang nak tolong semampu boleh untuk menggembirakan mereka pun jadi la,” jelasnya.
Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang, Dr. Linda Mat Hassin dan Ella, Kompleks Darul Hannan dipilih untuk menjayakan CSR ini kerana populasi warga emas paling ramai ditempatkan di Komples berkenaan.
“Pertama objektifnya untuk menyantuni semula warga Pulau Pinang khususnya warga emas.
“Kedua, Kompleks Darul Hannan dipilih untuk menjayakan CSR ini kerana populasi warga emas paling ramai ditempatkan di Kompleks berkenaan.
Dr. Linda berkata, terdapat tiga penyumbang yang turut memberi sumbangan bagi projek CSR ini, iaitu Rock Queen, Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang dan SP Setia.
“Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang membantu dari segi mahu memberi ilmu kesihatan dan penjagaan emosi kepada warga emas. Serta sumbangan berbentuk 100 set bekas makanan (food tray) serta sumbangan telekung sulam Skyhill Clinic.
“Skyhill Clinic juga menyalurkan bantuan keperluan nutrisi berbentuk vitamin. Terdapat dua jenis vitamin, pertama vitamin D dalam bentuk titisan (drops) dan kedua Medical Great Vitamin (Multivitamin) dalam bentuk cecair (liquid),” kata Dr. Linda.
Manakala, SP Setia menyumbangkan barangan keperluan asas seperti shower gel, powder, face towel, set cadar dan comforter.
Untuk rekod, Dr. Linda dan Ella sememangnya anak kelahiran Pulau Pinang. Meski tidak memperoleh peluang dan kesempatan untuk membesar di Pulau Pinang. Mereka kini tetap kembali ke negeri tanah tumpah darah mereka itu dan menabur bakti selayaknya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di sini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang meminati dunia masakan sudah pasti mengenali sosok tubuh selebriti chef yang anggun ini. Wanita yang diberi nama Diana Chan ini mula menempa nama setelah berjaya merangkul gelaran juara pertandingan MasterChef Australia musim ke-9.
Sekali gus melayakkan wanita yang dilahirkan di Sitiawan, Perak ini membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah AUD250,000 bersamaan dengan RM834,000.
Pertandingan yang berlangsung pada tahun 2017 itu telah melonjakkan nama wanita yang dibesarkan di Johor Bahru sejak usia tiga tahun ini untuk beraksi di rancangan masakan termasuk baru-baru ini Unplated with Diana Chan di SBS Food Channel. Terpegun melihat anak Malaysia ini menghidangkan sajian yang begitu istimewa.
Diana Chan mula berpindah ke Australia di usia 18 tahun untuk menyambung pelajaran di Deakin University dalam jurusan perdagangan. Selepas menamatkan pengajian Diana Chan telah bekerja di sana sebagai akauntan.
Wanita yang berusia 32 tahun ini mendapat inspirasi untuk memasak dari masakan Peranakan Baba-Nyonya yang diwarisi dari ibu dan bapanya. Semoga Diana Chan terus bersemangat membawa masakan Malaysia ke persada dunia dan terus mencipta nama dalam dunia masakan.
*Dengar nya kalau beli barang dapur 12.12 di sini ada bayak diskaun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.