Kemunculan Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor baru-baru ini menjadi perhatian ramai. Sejak tewas dalam PRU lepas, pembabitan wanita ini dalam bidang politik sepi seketika.

IKLAN

Namun, dia kembali bangkit untuk menawan hati masyarakat khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga.

Mengemaskini perkembangan dan aktiviti harian di media sosial, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini aktif turun padang bertemu dan mendengar keluhan rakyat.

Daripada perkongsian Datuk Seri Rina, kehadirannya untuk bertanding sebagai calon wakil rakyat masih diterima baik masyarakat.

“Apa Je Orang Tak Cakap Pada Saya, Saya Tak Sempurna,” Kelibat Datuk Seri Rina Harun Jadi Bualan!
Kredit Instagram @rinaharunofficial

Bagaimana pun, perjuangan anak kelahiran Kuala Lumpur ini sekali lagi tewas pada PRN Selangor 12 Ogos lalu. Akur dengan keputusan masyarakat, Datuk Seri Rina menerusi media sosial miliknya sedar akan kelemahan dan tindakan segelintir pihak yang tidak menyenangi dirinya.

“Apa je orang tak cakap pada saya. Apa je gelaran buruk yang tidak diberikan pada saya. Saya memang tak sempurna.

Saya adalah manusia biasa, yang banyak dosa dan kesalahan. Saya juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

Saya mungkin tak hebat agama macam orang lain, tapi saya tahu, tuntutan agama adalah maafkan orang lain. Saya maafkan mereka. Saya tahu mereka tidak mengenali saya.

IKLAN

Tapi itu tidak menghalang saya dari berjuang untuk rakyat Batu 3. Saya akan terus bekerja keras, mendengar dan memahami keperluan rakyat, dan berusaha untuk membawa perubahan yang positif.

“Apa Je Orang Tak Cakap Pada Saya, Saya Tak Sempurna,” Kelibat Datuk Seri Rina Harun Jadi Bualan!
Kredit Instagram @rinaharunofficial
“Apa Je Orang Tak Cakap Pada Saya, Saya Tak Sempurna,” Kelibat Datuk Seri Rina Harun Jadi Bualan!
Kredit Instagram @rinaharunofficial
“Apa Je Orang Tak Cakap Pada Saya, Saya Tak Sempurna,” Kelibat Datuk Seri Rina Harun Jadi Bualan!
Kredit Instagram @rinaharunofficial
“Apa Je Orang Tak Cakap Pada Saya, Saya Tak Sempurna,” Kelibat Datuk Seri Rina Harun Jadi Bualan!
Kredit Instagram @rinaharunofficial

Kritikan dan tohmahan adalah sebahagian daripada perjuangan ini, dan saya terima dengan hati terbuka. Saya percaya, dengan keikhlasan dan usaha yang tulus, kita akan
mencapai matlamat kita bersama.”

IKLAN

Tambahnya lagi, “Saya takkan pernah jemu dan penat bertemu rakyat. Saya tak kisah apa orang cakap tentang saya. Sebab tak semua faham dan nampak apa saya buat. Saya pilih jalan ni, dan saya akan berjuang habis-habisan.

Di setiap wajah yang saya jumpa, di setiap tangan yang saya genggam, di setiap cerita yang saya dengar, saya temui semangat, saya temui harapan, saya temui kekuatan.”

“Apa Je Orang Tak Cakap Pada Saya, Saya Tak Sempurna,” Kelibat Datuk Seri Rina Harun Jadi Bualan!
Kredit Instagram @rinaharunofficial
“Apa Je Orang Tak Cakap Pada Saya, Saya Tak Sempurna,” Kelibat Datuk Seri Rina Harun Jadi Bualan!
Kredit Instagram rinaharunofficial

Satu ketika dulu sewaktu menyandang tugas menteri kabinet, penampilan Datuk Seri Rina Harun menjadi bualan hangat kerana kemampuannya menurunkan berat badan hingga kelihatan ramping dan menawan!

Artikel lain https://www.nona.my/usia-perkahwinan-dah-35-tahun-ratu-hati-dato-seri-azmin-ini-setia-ada-6-anak-5-cucu/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI