Ahli Parlimen Segambut, YB Hannah Yeoh seorang yang komited dengan tugasnya. Biarpun tidak lagi bergelar Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Hannah Yeoh masih lagi menunjukkan keprihatinannya terhadap hak perlindungan kanak-kanak di Malaysia.

IKLAN

“Sepanjang PKP, Awasi Anak-Anak Dari Sebarang Bentuk Gangguan & Penderaan” YB HANNAH YEOH

Sebagai contoh, isu penularan wabak COVID-19 turut mendapat keprihatinan YB Hannah Yeoh apabila beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam masa yang sama juga beliau mengharapkan agar sentiasa mengawasi anak-anak di rumah agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Berikut adalah posting beliau di laman Instagram bertarikh 18 Mac 2020.

“Saya meminta supaya ibu bapa sentiasa mengawasi anak-anak kita dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan ini terutamanya daripada sebarang bentuk gangguan, penganiayaan, pengabaian dan penderaan yang boleh memberi kesan berpanjangan terhadap masa depan anak kita.”

CABARAN TUGAS

“Tugas paling mencabar ketika saya bergelar Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dahulu ialah apabila melibatkan kes kanak-kanak. Bagi saya isu kanak-kanak adalah berat kerana saya juga seorang ibu.

Apabila mendengar berita tentang kanak-kanak mati didera atau diabaikan di rumah, emosi dan perasaan saya sebagai seorang ibu mudah terusik.

Kita tiada agensi khas yang menjaga kanak-kanak. Yang ada hanyalah bahagian kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

IKLAN

Justeru, kita perlu memperbaiki situasi ini bagi memastikan ada kementerian mahupun agensi khas untuk menjaga hak kanak-kanak termasuk peruntukan bajet khas untuk menjaga kebajikan mereka.”

“Sepanjang PKP, Awasi Anak-Anak Dari Sebarang Bentuk Gangguan & Penderaan” YB HANNAH YEOH

Menurut ibu kepada dua anak perempuan berusia 9 dan 7 tahun  ini, suaminya seorang yang sangat supportive. Beliau juga sangat prihatin terhadap isu kanak-kanak.

IKLAN

YB Hannah Yeoh cukup mengkagumi Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau menyifatkan mereka sebagai ‘wanita besi’ yang wajar dicontohi.

YB Hannah Yeoh juga pernah bergelar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya.

NASIHAT

“Nasihat saya buat seluruh kaum wanita, pastikan anda selesa dengan diri sendiri. Jika tidak yakin dengan diri sendiri, anda akan sering cenderung untuk meniru cara orang lain. Kita tidak tahu cabaran sebenar yang orang lain hadapi. So be happy with yourself.

Kredit: Instagram YB Hannah Yeoh

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI