Kalau sebut saja nama Amy Mastura pasti akan terlintas personalitinya yang kelakar dan comel. Tak dinafikan Amy Mastura merupakan salah seorang artis yang mempunyai reputasi bersih daripada kontroversi. Punya keluarga yang bahagia, suami yang baik serta anak-anak yang bijak adalah rezeki buat Amy Mastura yang kini berusia 50 tahun.

IKLAN

Bahagia Bergelar Isteri Selama 21 Tahun, Rahsia ‘Termahal’ Awet Muda AMY MASTURABahagia Bergelar Isteri Selama 21 Tahun, Rahsia ‘Termahal’ Awet Muda AMY MASTURAKesimpulannya bila jiwa kita tenang, bahagia dan positif secara tak langsung kecantikan semula jadi akan terserlah pada luaran seterusnya nampak awet muda seperti Amy Mastura. Apa pun, rezeki Amy Mastura terlihat muda berbanding usia sebenar.

Bahagia Bergelar Isteri Selama 21 Tahun, Rahsia ‘Termahal’ Awet Muda AMY MASTURABahagia Bergelar Isteri Selama 21 Tahun, Rahsia ‘Termahal’ Awet Muda AMY MASTURA“Saya percaya semua orang ada kecantikan masing-masing. Baru-baru ini saya diberi rezeki untuk membawa nama KA.AB Skincare. Ia seolah-olah membuka ruang untuk saya menjaga kulit dengan lebih sedikit dari sebelum ni. Alhamdulillah produk tersebut bersesuaian dengan kulit saya. Jadi saya teruskan menggunakannya.

 

Dari segi pemakanan saya makan semua tetapi secara sederhana. Untuk aktiviti kecergasan selalunya yang ringan saja contohnya berjalan laju atau berjoging sekali sekala. Bagi saya apa-apa pun yang kita buat eloklah bersederhana. Dari segi solekan pun begitu juga, harus bersederhana kecuali ke majlis-majlis tertentu.

Bahagia Bergelar Isteri Selama 21 Tahun, Rahsia ‘Termahal’ Awet Muda AMY MASTURABahagia Bergelar Isteri Selama 21 Tahun, Rahsia ‘Termahal’ Awet Muda AMY MASTURA

Usia akan terus meningkat dan kita tak boleh lari sebab akan menuju juga ke hari tua. Pastinya kita ada orang-orang terdekat yang sudah melalui proses itu terlebih dulu. Bila kita lihat mereka melalui pengalaman itu maka kita boleh ambil pengajarannya ke kehidupan kita kelak.

IKLAN

Jadi kita akan lebih bersedia contohnya dari segi penjagaan kesihatan gigi dan mata. Jadi kita kena tahu sebab kita juga akan ke arah itu satu hari nanti dengan masalah yang sama. Jadi bersedia lebih awal dan bila tiba masanya kita akan menghargai perjalanan proses itu.

Bahagia Bergelar Isteri Selama 21 Tahun, Rahsia ‘Termahal’ Awet Muda AMY MASTURAKEBAHAGIAAN 21 TAHUN
Alhamdulillah syukur masih bertahan walaupun setiap hari ada benda baru dan perbezaan yang kami belajar. Setiap hari nak memperbaiki perhubungan dan diri masing-masing. Yang penting perbaiki diri sendiri dulu. Bukan mudah nak perbaiki orang lain kerana belum tentu orang akan suka dan terima.

IKLAN

Bahagia Bergelar Isteri Selama 21 Tahun, Rahsia ‘Termahal’ Awet Muda AMY MASTURABahagia Bergelar Isteri Selama 21 Tahun, Rahsia ‘Termahal’ Awet Muda AMY MASTURABahagia Bergelar Isteri Selama 21 Tahun, Rahsia ‘Termahal’ Awet Muda AMY MASTURABila kita beri kebaikan Insha-Allah kita akan dapat kebaikan itu semula. Kebahagiaan itu dibina sama-sama antara suami isteri berserta doa. Masing-masing ada tanggungjawab dan ada keinginan untuk bagi kebahagiaan kepada pasangan. Bukan asyik meminta saja. Jadilah isteri dan ibu yang terbaik buat keluarga,” akhiri Amy Mastura yang berpesan kepada para isteri dan ibu agar mengambil peluang sepanjang pandemik ini untuk mengutip seberapa banyak pahala.

Semoga Amy Mastura dan suami kekal bahagia selamanya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua khususnya para wanita untuk menjadi yang terbaik buat keluarga.

Bahagia Bergelar Isteri Selama 21 Tahun, Rahsia ‘Termahal’ Awet Muda AMY MASTURAKredit Foto: Instagram @amymasturalerr

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI