Pengalamannya terlalu banyak. Sebelum dilantik sebagai Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM) Negeri Perak, Mama Yani atau Sayani Saidon terlebih dahulu memimpin JBPM Kedah pada 2019 sekaligus berdepan pelbagai bencana mencemaskan. Ibu anak 3 ini juga memikul tanggungjawab memimpin lebih 1,000 anggota bomba di bawahnya!

Orangnya nampak tegas dan garang. Raut wajah yang serius, cukup menggambarkan betapa beratnya tanggungjawab yang terpikul di atas bahu sebagai seorang Pengarah.

IKLAN

Menurut laporan Bernama, wanita hebat yang dikenali ‘Mama Yani’ itu kini memimpin JBPM Perak sekaligus mencipta rekod sebagai pengarah wanita pertama jabatan itu di negeri tersebut.

Pernah berdepan krisis kepercayaan ketika mula-mula memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah pada 2019, sekali gus menjadi wanita pertama negara menerajui JBPM negeri, Sayani Saidon tidak pernah menjadikan cabaran itu sebagai penghalang memperkasa kerjaya kebombaan.

Ibu Anak 3 Dilantik Pengarah Bomba Perak, MAMA YANI Pikul Tanggungjawab Pimpin 1,000 Anggota!

 

Mengimbau cabaran kerjayanya sewaktu bergelar Pengarah JBPM Kedah, fenomena kepala air yang melanda hebat negeri itu sekitar Ogos-September tahun lalu mencabar mereka.

Pasukannya berperanan menjaga keselamatan penduduk serta melakukan aktiviti penyelamatan ketika berlakunya kebakaran, banjir kilat atau banjir lumpur serta sebagainya.

“Kesiapsiagaan jentera, kemahiran dan kebajikan anggota menjadi visi serta misi saya di sini, saya akan terus membawa amanah di bahu saya dari Kedah ke negeri ini.” Mama Yani

 

KEKELUARGAAN

Ibu kepada tiga anak berusia 26 hingga 17 tahun ini berkata, ketiga-tiga aspek berkenaan amat penting dalam merealisasikan misi dan visi bomba supaya perkhidmatan kebombaan dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan.

Berkenaan kesiapsiagaan jentera, Sayani yang merupakan anak jati Perak memulakan tugasnya sebagai Pengarah JBPM Perak awal bulan ini, berkata beliau mahukan 70 peratus daripada jumlah jentera membabitkan kenderaan operasi berada dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan pada setiap masa.

Baki 30 peratus lagi yang tidak bersedia digunakan, katanya mestilah dalam tempoh pembaikan dan boleh digunakan selepas dibaiki sepenuhnya.

“Kalau bomba hadir (ke lokasi) tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik, kami tidak dapat beri perkhidmatan yang baik. Jadi aset jentera itu mesti dalam keadaan yang siap sedia.” Mama Yani

Ibu Anak 3 Dilantik Pengarah Bomba Perak, MAMA YANI Pikul Tanggungjawab Pimpin 1,000 Anggota!
Temu bual Mama Yani dengan Bernama

 

Anak tunggal perempuan daripada lima beradik ini berkata kemahiran anggotanya dalam bidang khusus penyelamatan juga perlu diperkasakan kerana jajaran lebuh raya di negeri ini adalah antara yang terpanjang di Lebuhraya Utara-Selatan.

IKLAN

Katanya, perkara itu membuatkan anggotanya sentiasa berdepan risiko tinggi bagi menangani kemalangan jalan raya.

“Di situ saya lihat keperluan untuk saya memperkasakan dari segi aspek kecekapan penyelamatan jalan raya dalam kalangan anggota saya, itu saya perlu melihat dan pertingkatkan lagi.” 

 

Tidak lengkap jika tidak bercerita cabaran sebagai wanita yang berada dalam dunia dimonopoli lelaki, wanita cekal ini berkata cabaran besar buat dirinya ialah membuktikan kepada pengurusan tertinggi bahawa mereka memilih individu betul sebagai pengarah negeri.

“Saya mengambil tanggungjawab sebagai Pengarah JBPM Kedah (ketika 2019) dengan yakin itu memang sudah ditakdirkan saya memegang tanggungjawab itu, saya melakukannya dengan sebaik mungkin untuk memimpin lebih 800 orang pada masa itu, di Perak lebih besar cabaran memimpin lebih 1,000 anggota.

Pada saya sebenarnya menjadi wanita bukan halangan untuk saya memimpin walaupun majoriti anggota bawahan saya adalah lelaki.

IKLAN

Kalau dalam kapasitinya kami lebih kurang lima peratus (bomba wanita) daripada keseluruhan (anggota) di seluruh negara.” Mama Yani

Ibu Anak 3 Dilantik Pengarah Bomba Perak, MAMA YANI Pikul Tanggungjawab Pimpin 1,000 Anggota!
Foto Berita Harian

 

Ibu Anak 3 Dilantik Pengarah Bomba Perak, MAMA YANI Pikul Tanggungjawab Pimpin 1,000 Anggota!
Foto Berita Harian

 

Menerapkan suasana kekeluargaan dalam jabatan, beliau menegaskan dirinya sentiasa bekerjasama dengan setiap lapisan pegawai dan anggota tanpa meninggalkan sesiapa di belakang.

“Saya selalu menerapkan tidak ada seorang pun yang tidak penting yang menyumbang peranan mereka dalam menentukan kecemerlangan dan pencapaian jabatan.

Setiap orang berperanan, bertanggungjawab dalam memastikan kita ini bukan penumpang.

Saya selalu tekankan kita betulkan niat untuk bekerja, biasa kita dengar rumahku syurgaku, kita jadikan juga kerjaku ibadahku.” Mama Yani

Pada 1 Jun lalu, Sayani menggantikan Azmi Osman yang bersara wajib daripada perkhidmatannya sebagai Pengarah JBPM Perak.

Pada Mac 2019 Sayani yang ketika itu adalah Timbalan Pengarah JBPM Perak dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JBPM Kedah, sekali gus menyaksikan beliau sebagai pegawai wanita pertama dalam sejarah kebombaan di negara ini yang dilantik menjawat Pengarah JPBM negeri. – BERNAMA

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/saya-mahu-abah-bersara-dengan-terhormat-dato-seri-dr-ahmad-zahid-hamidi-datuk-nurul-zahid/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI