BAHAYA DENGGI! Ambil Langkah Pencegahan Sebelum Terlambat.

175

Peningkatan kes demam denggi semakin menjadi-jadi. Masih ramai yang belum mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kes ini daripada menjadi semakin serius.

 

Menurut satu laporan akhbar, Seremban menunjukkan kes demam denggi tertinggi iaitu 546 kes. Apakah langkah perlu dilakukan untuk memastikan masalah ini berkurangan dan menjamin kesihatan keluarga?

 

#1: Terbalikkan baldi kosong atau balang yang boleh menyimpan air berlebihan. Jika terdapat bekas yang tidak boleh dikosongkan, cuba gunakan penutup agar nyamuk tidak dapat masuk.

 

#2: Jangan lupa bersihkan pasu-pasu kosong dan elakkan juga menyiram pokok di dalam pasu secara berlebihan. Buang air yang bertakung di dalam pasu atau bekas penyimpanan air. Ingat, nyamuk aedes suka membiak di dalamnya!

#3: Gunakan alat penghalau nyamuk atau mosquito repellents pada semua kawasan yang terdedah, baik pada waktu siang atau malam.

#4: Pastikan tingkap dan pintu tidak ada lubang! Jika ada, cari cara untuk menutup ya supaya nyamuk tidak boleh menembusi ruang kediaman.

#5: Jika di dapati ada penghuni rumah yang sudah mula menghidap denggi, pastikan mereka tidak digigit nyamuk atau penghuni lain di dalam rumah. Ambillah langkah berjaga-jaga.

#6: Gunakan kelambu. Boleh juga anda mengimbau kembali saat tidur malam di kampung halaman. Penggunaan kelambu untuk anak kecil boleh membantu mengelakkan anak-anak digigit nyamuk.

#7: Jika anda menggunakan cooler, jangan lupa kosongkan bahagian simpanan air supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk. 

#8: Tutup tong sampah daripada terdedah.

 

 

 

 

Jangan Lupa Komen