Harapan selebriti terkenal tanahair Rozita Che Wan untuk beraya di kediaman baharu akhirnya tercapai tahun ini. Banglo Che Ta khabarnya siap beberapa hari sebelum umat Islam menyambut hari raya.

IKLAN

Syawal tahun lalu harapan Che Ta untuk beraya di kediaman baharu tidak kesampaian. Rupanya tahun ini rezeki isteri kepada Zain Saidin ini menyambut hari raya Aidilfitri di kediaman baharunya bersama keluarga tercinta.

Banglo Che Ta Akhirnya Siap Sebelum Syawal, Teruja Sambut Raya Di Rumah Baharu!
Foto: Instagram @rozitachewan1
Banglo Che Ta Akhirnya Siap Sebelum Syawal, Teruja Sambut Raya Di Rumah Baharu!
Foto: Instagram @rozitachewan1

Ditambah pula raya tahun ini kita dibenarkan beraya seperti tahun sebelum dunia dilanda COVID-19.

Cerita Che Ta yang teruja apabila banglonya siap beberapa hari sebelum Syawal. “Selepas empat tahun termasuk COVID-19, pengubahsuaian rumah itu tergendala untuk disiapkan. Penantian itu bernoktah dan dapat masuk rumah akhirnya.

Banglo Che Ta Akhirnya Siap Sebelum Syawal, Teruja Sambut Raya Di Rumah Baharu!
Foto: Instagram @rozitachewan1

Cuma kerana sudah merancang awal balik beraya ke Kedah, jadi nak raya di rumah sendiri selepas itulah. Saya pun pindahkan barang dari rumah lama ke kediaman baharu sedikit demi sedikit.

Lepas beraya nanti mulalah ‘all out‘ pindahkan barang,” kata wanita yang berusia 49 tahun ini. Tak sabar NONA nak tengok banglo Che Ta.

Banglo Che Ta Akhirnya Siap Sebelum Syawal, Teruja Sambut Raya Di Rumah Baharu!
Foto: Instagram @rozitachewan1

Sudah menjadi ‘tradisi’ persalinan raya Che Ta menjadi perhatian. Namun sejak akhir-akhir ini ibu kepada tiga cahaya mata itu lebih selesa tidak mendedahkan jumlah persalinan raya tahun ini.

Sudah menjadi kebiasaan kakak kepada selebriti Ayu Raudhah ini akan menyiapkan persiapan persalinan baju raya untuk keluarga lebih awal.

Banglo Che Ta Akhirnya Siap Sebelum Syawal, Teruja Sambut Raya Di Rumah Baharu!
Foto: Instagram @rozitachewan1

“Buat awal, tak kalut. Jadi bulan Ramadan boleh fokus dengan amal ibadat. Pendek kata, baju, kain samping, butang baju Melayu anak dan suami pun sudah disediakan. Pemilihan beraya dengan baju warna sedondon itu pun harus.

IKLAN

Cuma selepas dua tahun beraya dengan norma baharu, saya tetap membataskan pelbagai aspek. Cukup beraya dengan keluarga dan adik beradik lain,” katanya.

Ketika ini, Che Ta muncul dengan drama Mem & Bibik -Bibik di TV3 menerusi slot Azalea sejak 4 April lalu dan Kerana Dia Suka.

Banglo Che Ta Akhirnya Siap Sebelum Syawal, Teruja Sambut Raya Di Rumah Baharu!
Foto: Instagram @rozitachewan1

Drama komedi 20 episod arahan Wan Saiful Shahrizan itu turut dibintangi suaminya, Zain Saidin. Tak ketinggalan pelakon lain seperti Nabila Razali, Azza Elite, Aprena Manrose, Bell Ngasri, Lynnda Sharudin, Shakila Khoriri dan ramai lagi.

IKLAN

“Penggambaran drama itu sudah selesai pada 7 April lalu. Kini saya hanya ada komitmen rakaman program dekorasi, Mai Cheq Deko.

“Untuk program siaran TV Okey itu saya jadi hos. Ia diterbitkan sebanyak 13 episod,” kata Che Ta.

Baca juga; Bersesak Beli EMAS Sebelum Balik Raya, Usah Abai Tip Pilih Gelang Agar Kelihatan Sempurna

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI