Terkedu tengok rumah banglo mewah milik selebriti Bollywood, Shilpa Shetty Kundra. Tidak ubah seperti istana! Tidak hanya memiliki keluasan yang mengagumkan, siling rumah jelitawan ini juga direka hingga mencecah setinggi 14 kaki bertujuan mencipta gambaran luas dan besar bak mahligai. Paling menarik, rumah agam ini mempunyai pemandangan laut dan terletak di pesisir pantai Juhu di Mumbai, India! Bayangkan, tiap hari dapat menghirup udara segar dan menikmati tiupan angin laut yang nyaman.
Dalam kalangan peminat Bollywood, kekayaan yang dimiliki Shilpa Shetty bukan lagi perkara asing. Suami tersayang iaitu Raj Kundra merupakan usahawan kelahiran British yang menjalankan pelbagai pelaburan termasuk kelab kriket dan seni bela diri. Raj mengahwini Shilpa pada tahun 2009 dan sepanjang 11 tahun melayari rumah tangga, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Viann Raj Kundra yang kini berusia 8 tahun.
Ads
Teringin untuk mempunyai anak lagi, pasangan romantis ini menerima kehadiran bayi perempuan Samisha Raj Kundra pada 15 Februari lalu menerusi kehamilan ibu tumpang. Ini kerana Shilpa berdepan masalah untuk hamil dan pernah beberapa kali mengalami keguguran.
Kisah rumah agam Shilpa Shetty dan suami mula menjadi bualan apabila aktres ini kerap memuatnaik video dan aktivitinya bersenam di rumah. Melalui perkongsian tersebut, ramai
yang menyedari kemewahan rumah figura ini. Menghadap Laut Arab, segala hiasan dan dekorasi kediaman menggabungkan elemen glamor dan moden kontemporari mewah ilham Shilpa sendiri. Malah mereka turut menggelarkan kediaman ini sebagai Kinara.
Ads
https://www.instagram.com/p/B_MNnSPhRQp/
Saat melangkah masuk Kinara, rona-rona semula jadi seperti coklat, krim dan hitam melatari segenap sudut kediaman. Tidak ketinggalan, seni bina India yang dipadankan bersama pemilihan perabot moden menjadi titik tumpuan di dalam rumah. Antara ruang yang ada di dalam banglo mewah ini termasuklah gimnasium yang lengkap dengan peralatan senaman terkini, sudut bar, ruang makan, kuil dan landskap taman yang cantik serta luas.
Melihat cita rasa Shilpa, wanita berusia 45 tahun ini jelas membuktikan minatnya yang cukup menggemari hiasan seperti arca dan struktur. Misalnya, di ruang tamu rumah terdapat arca seekor kuda. Sementara di taman… tempat kebiasaanya dia bersenam dan melakukan yoga pula mempunyai struktur patung Buddha.
Ads
Di dalam gym rumahnya
https://www.instagram.com/p/B-O1yEVBHT0/
Mengintai kehidupan mewah pasangan ini, Raj Kundra dilaporkan memiliki 4 buah rumah agam lagi di London, Dubai dan India. Pada tahun 2010 ketika sambutan ulang tahun perkahwinan pertama, Shilpa menerima hadiah sebuah apartment di bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa namun ia kemudiannya dijual pada tahun 2015.
Pada hari lahir Shilpa yang ke-35 pula, suami tercinta sekali lagi menghadiahkan rumah kepadanya dan kali ini ia merupakan sebuat unit penthouse di London. Selain mempunyai aset hartanah, mereka juga memiliki koleksi kereta mewah antaranya Mercedes Benz, Audi, Ferrari dan Lamborghini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah sebulan berpuasa, seluruh umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis ini. Tahun ini merupakan tahun kedua kita menyambutnya berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya akibat penularan pandemik COVID-19.
Foto: Instagram @selangorroyalofficial
Sehubungan dengan itu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya di Negeri Selangor dan di Malaysia am-nya.
Foto: Instagram @selangorroyalofficial
Mengambil berat tentang kebajikan rakyat khususnya di Negeri Selangor susulan meningkatnya jumlah kes-kes baharu jangkitan wabak Covid-19 yang sangat berbahaya, Baginda menyeru rakyat jelata agar menyambut Hari Raya kali ini dalam suasana yang sederhana dan waspada memandangkan Negeri Selangor masih lagi berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Baginda amat bimbang dengan angka kes-kes jangkitan baharu dan kematian di Negeri Selangor yang semakin meningkat setiap hari.
Foto: Instagram @selangorroyalofficial
Baginda mahu rakyat berkorban untuk tidak meneruskan amalan-amalan lazim Hari Raya seperti pulang ke kampung dan kunjung-mengunjung, demi mengelakkan wabak ini daripada terus merebak sehingga sukar dikawal.
Baginda turut berpesan supaya rakyat jangan mengambil mudah dengan bahaya wabak ini dan terus peka dengan situasi terkini di lokasi masing-masing.
Foto: Instagram @selangorroyalofficial
Paling penting, Baginda mahu setiap individu yang perlu keluar ke tempat awam untuk mematuhi SOP yang ditetapkan khususnya memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan pemakaian pelitup muka pada setiap masa.
Foto: Instagram @selangorroyalofficial
Baginda tidak mahu melihat lebih banyak kematian akibat wabak ini dan menyeru rakyat agar sama-sama membantu pihak berkuasa untuk menghentikan penularan wabak ini sepenuhnya.
Sumber: @selangorroyalofficial
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Besar ujian yang dilalui Meutya Viada Hafid untuk bergelar ibu. Siapa sangka Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia ini menanti selama sembilan tahun untuk menimang cahaya mata dan bergelar ibu. Semangat yang dimiliki pemimpin wanita ini nyata mengundang rasa kagum dalam kalangan insan khususnya kaum isteri yang senasib dengannya.
Meutya yang kini berusia 47 tahun kian sibuk menggalas tugas menerajui bidang komunikasi dan digital di negara jiran.
Figura ini secara rasmi dilantik menyandang jawatan Menteri dalam bidang tersebut pada 21 Oktober 2024 semasa pemerintahan Presiden Prabowo Subianto. Ia sekaligus menjadikannya wanita pertama menduduki jawatan berkenaan.
Pesona Meutya Hafid, Menteri Komunikasi Dan Digital Indonesia
Karier politik Meutya Hafid bermula pada tahun 2010 dengan menyertai parti politik Golkar. Terdahulu, dia dikenali sebagai wartawan di Metro TV sekitar tahun 2001 hingga 2008.
Bahkan Meutya juga pernah menemu bual Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kira-kira 21 tahun lalu. Perkara tersebut didedahkan sewaktu dia mengiringi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam lawatan rasmi ke Malaysia pada April lepas.
Meutya Viada Hafid mendirikan rumah tangga pada 24 Februari 2014 dengan Noer Fajrieansyah. Kini usia perkahwinan mereka mencecah usia 11 tahun dan lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata yang dinanti-nantikan iaitu Lyora yang selamat dilahirkan pada 9 September 2022.
Dalam hantaran yang dibuat di media sosial, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari University of New South Wales, Australia dan Sarjana Seni dalam Ilmu Politik, Universitas Indonesia ini meluahkan rasa syukur melihat permata hati kian membesar sihat.
Sambil meletakkan tanda pagar Pejuang Dua Garis Selama 9 Tahun kongsinya, “Terima kasih L. Ibu jadi meneguhkan hati kembali atas semboyan yang dulu selalu ibu pegang 9 tahun tanpa jeda hari menunggumu hadir. Jangan Menyerah.”
Perjuangan Meutya Hafid Jadi Ibu
Memetik laporan Detik Health, Meutya Hafid telah menjalani prosedur IVF sebanyak 10 kali untuk mendapatkan anak.
“Saya pertama kali menjalani bayi tabung itu pada usia 37 tahun. Sempat mengalami tiga kali hamil tapi keguguran kerana janin dan embrio itu tidak bisa berkembang dengan baik.
Alhamdulillah, saya berhasil hamil akhirnya pada usia 44 tahun dan dikurnia puteri yang saya beri nama Lyora Shaqueena Ansyah.”
Sebagai memberi inspirasi kepada pasangan yang masih menanti untuk bergelar ibu ayah, Meutya turut menerbitkan buku ‘Lyora: Keajaiban yang Dinanti’ pada 10 November 2023.
Tidak semua wanita mempunyai rezeki untuk hamil semula jadi namun kerana naluri keibuan yang menebal dalam diri dan berkemampuan untuk melakukan rawatan kesuburan, ada yang sanggup menanggung sakit, mengeluarkan wang yang banyak dan masa yang lama semata-mata untuk memenuhi impian menimang cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.
Moga perkahwinan Meutya Hafid dan suami berkekalan hingga ke syurga di samping puteri kesayangan, Lyora.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila tengok kelibat dan penampilan Wanita Pertama Turki, Emine Erdogan ini terus terbayangkan pesona Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Mana tidaknya, kedua-dua wanita hebat ini berkongsi penampilan yang hampir sama dan disenangi ramai. Apatah lagi Tunku Azizah dan Emine Erdogan dipertemukan baru-baru ini selepas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tiba di Kuala Lumpur untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 pada 18 Disember lepas.
Lahir pada 16 Februari 1955 di Istanbul, isteri Recep Tayyip Erdogan bukan hanya dikagumi rakyatnya kerana sifat ramah dan penyayang bahkan Emine juga aktif menceburi bidang sosial, kebajikan dan politik. Penglibatan wanita berusia 64 tahun ini dalam dunia kebajikan sudah mula berputik sebelum beliau menyandang jawatan Wanita Pertama Turki lagi. Namun, kegiatan Emine dalam bidang berkenaan semakin rancak selepas berkahwin dengan Presiden Turki berkenaan pada 4 Julai 1978.
Hasil perkahwinan selama 41 tahun tersebut, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua perempuan dan dua lelaki. Anak sulung mereka Ahmet Burak Erdogan berusia 40 tahun, diikuti Necmettin Bilal Erdogan, 38 tahun, Esra Erdogan, 36 tahun dan anak bongsu perempuan yang pernah berkhidmat sebagai ketua penasihat presiden yang juga bapanya pada tahun 2013 iaitu Sumeyye Erdogan berumur 34 tahun.
Meskipun kerap bertemu pemimpin-pemimpin dunia dan menjalani kehidupan mewah namun Emine tetap mempamerkan sisi seorang muslimah yang hebat. Memiliki darah keturunan Arab, Emine Erdogan sentiasa membuka mata masyarakat khususnya dalam kalangan isteri pemimpin dunia dengan penampilannya yang sopan dan menutup aurat. Malah, beliau dilihat gemar mengenakan persalinan labuh, longgar serta bertudung litup. Aura Emine mampu membuatkan kaum wanita menoleh ke arahnya beberapa kali.
Terbaru, ketika kunjungan Emine dan suaminya ke Malaysia… beliau kelihatan selesa dan ramah bertemu Raja Permaisuri Agong, isteri Perdana Menteri, dan Timbalan Perdana Menteri. Pakaian yang digayakan juga sederhana dalam segala segi. Antara isteri pemimpin dunia yang pernah menerima kunjungan Emine ialah bekas isteri Barrack Obama iaitu Michelle Obama, isteri Donald Trump; Melania Trump, Ratu Jordan iaitu Ratu Rania dan isteri Perdana Menteri Jepun, Akie Abe.
Selain memperjuangkan nasib golongan kanak-kanak dan wanita di negaranya, Emine juga lantang menyuarakan pandangan beliau terhadap isu penindasan umat Islam di seluruh dunia. Salah satu daripada ribuan kempen kanak-kanak dan wanita yang diadakan Emine ialah ‘Mothers and Daughters at School’ yang membuka peluang kepada golongan ini mendalami bidang akademik dan menguasai kebolehan membaca serta menulis.
Enggan berpuas hati dengan kejayaan itu, beliau seterusnya menyertai persidangan antarabangsa ‘Women in Business Life’ sebagai tanda sokongan kepada penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dan politik.
Paling menyentuh perasaan adalah ketegasan beliau membela nasib dan mengekang penindasan terhadap umat Islam seperti yang berlaku di Gaza, Myanmar dan Pakistan. Terpanggil untuk membantu saudara sesama Islam, Emine dan Recep Tayyip Erdogan telah pergi ke Myanmar pada tahun 2012 semata-mata untuk memberi bantuan kemanusiaan
kepada etnik minoriti Islam Rohingya biarpun berdepan ancaman keselamatan di sana. Semoga Emine dan Presiden Turki ini terus menjadi suara pembela umat Islam di seluruh dunia dan diharapkan agar usaha serta kebaikan yang ditonjolkan menjadi suntikan inspirasi kepada semua.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!